Search This Blog

Saturday 15 June 2013

Cameron Lavender yang keUNGUan, dan Jatuh Cinta Makan Strawberi Fresh-freshhhhhhh

Dalam perjalanan naik ke Cameron, yang satu ini sahaja yang menarik perhatian.


Cameron Lavender!
Dah la peminat ungu.
Nampak ungu dari jauh, memang teruja la...
Dah pesan2, esok mesti singgah nak tengok on the way balik nanti.
Adik2 pun kata nak pi.


Nak masuk ni ada kena bayar daaa...
Dewasa RM 5 seorang.
Patut la ramai je lepak2 kat luar..
Ingat open, boleh masuk gitu je...
Nak masuk punya pasal, nak tengok lavender katakan, bayar jugak la...

Please Come again? Xmai dah arrrrr...
Heeeeeeeeee...

Kat luar pintu masuk, berkira2 berapa kepala ahli keluarga, hahaha.
Ni peta kedudukan taman Cameron Lavender.
Bukan Lavender sahaja yang ada, bunga2 lain pun ada jugak.
Tapi kami tak tau la nama2nya.
Dia pun tak tulis signage kan, emm spoil kat sini.


Camni rupanya lavender dari dekat.
Bila cium takda la plak ada bau.
Tapi mcmana, kita dimomokkan dengan perfume bau lavender.
Macam dalam iklan Febreze, iye2 je makcik tu cakap dengan semangatnya seolah2 dia di ladang lavender!

Tapi lavender tetap ada baunya tersendiri.
Bila cium dekat je tak berbau wangi.
Tapi dalam kelompok yang besar mcm ni, kita boleh rasa kesegaran lavender, mcm tu la kot.


Yang ni bunga ape pun xtau la.
Macam lukisan 3D plak daun bunga tu.


Pastu kaler kuning plak.
Yang ni semua tau kot, bunga Daisy.
Betoi dak?


Merah ni, xtau jugak nama apa.


Pandangan keseluruhan di ladang utama.
Berselang-seli warnanya.
Ke yang purple kelabu ni yang lavender?
Saya baru terperasan la masa menulis ni..ayyo..


Boleh tiru idea ni, pada sape yang ada banyak kasut pua chu kang!
Boleh guna pakai barang terbuang.
Kat rumah kami takda kasut camni.
Takkan nak beli plak kot semata2 nak tbuat camni, hahaha.


Yang ni, kalau tak silap saya, bunga seri pagi.
Tapi agak luar biasa la rasa, boleh ada belang2 camni.
Rasa mcam diorg sengaja pi cat putih2 kat bunga tu.
Mesti ada guna teknologi kacukan ni..
Sebab hasilnya pun tak sekata, campur2 lagi warnanya.


Sampai la kat part yang paling best.
Adik2 ipar dah mendahului.
Petik strawberi sendiri...


Syoknya tengok strawberi merah2 ranum ni...



Mak teruja dan gembira sangat.
Katanya tak terbayang plak dalam hidupnya boleh petik buah strawberi sendiri.
Zaman sekarang macam2 ada, hehehe.
Janji ada duit, huhu.


Saya tukang sambut ja, Mak yang guntingkan.
Dok syok gunting-gunting, tak sedar dah terambil banyak kot...


Ni buah terakhir yang saya petik pakai kuku saja.
Paling besar, merah meranum, nyum nyum...

Dah tu, kena pi timbang la bayaq.
Dah terlebih dari 100g.
Kena bayar RM 18.30, kira dalam 300g lebih la kitorang petik tu..


Dah sudah bayar, kat situ jugak kami makan.
Tapi memang best la buah strawberi tu.
Merah, ranum, manis dia lain..
Makan tak basuh pun buah tu, dah baru amek dari pokok.
Sedap gila makan fresh2 tu..

Kalau nak dikirakan, mahal sket la rate harga buah strawberi kat sini.
Commpare kalau kita beli kat pasar.
Sebelum kami balik tu, kat area pasar malam tu, bila pagi2, dia ada pasar tani.
Ada la jual, buah-buahan, sayur-sayuran, dengan murah2 gila2.
Syoknya dok Cameron, boleh makan sayur, buah segar2.

Tapi kalau orang asal, tentu la dah tak lalu dah nak makan strawberi hari2 kan...
Semua nak jual kat orang luar je la...
Lagi untung dapat duit.

Pagi tu, Mak borong sayur.
7 barang RM 10.
Sayur boleh campur2.
KakYa beli strawberi.
Ada Cina tu jual 1 tray RM30.
Buahnya pun besar2, merah, macam sedap je...
Pilih la tray mana nak, nanti dia bungkuskan ke dalam kotak plastik jernih tu.
Selalu dapat dalam 3kotak.
Yang macam ni saya rasa berbaloi compare yang lain.
Buah dia pun besaq.
Sedap gila makan strawberi masa sejuk2 ni...
Freshhhhh, dah tak pikir dah basuh tak basuh lagi.
Amek, boh dalam mulut je la.
Emmmmmmm, nikmatnyaaaaa.

Saya plak sibuk memborong teh perisa strawberi.
Seingat saya dulu jenama Bharat Tea.
Rupanya dah tukar nama daa..
Dia guna Cameron Valley plak, patut la cari tak jumpa.
Banyak2 kedai yang jual teh Bharat ni, harga paling murah dia bagi sekotak RM8.
Takkan jumpa murah lagi dari RM8.
Sebab diorang cakap, klu bagi murah lagi, nanti takda orang nak pergi beli kat center Bharat tu.

Iye betul. kat kedai ladang Bharat tu sendiri, jual RM 8.90 sekotak.
Baik beli kat pasar, boleh kurang lagi sampai RM8 sekotak.
Sepatutnya kat kilang la murah, ni kat kilang plak mahal.
Sebab dok dalam kedai ber-aircond kot.

Peminat UNGU, terbeliak tak mata tengok?
Nasib baik saya tak minat kat patung2, bantal peluk atau sebagainya.
Kalau yang minat tu mesti akan membeli kan?
Saya tak suka nak bazir duit untuk patung2...anti!

Memang lain rasanya makan strawberi kat Cameron n bila dah balik rumah.
Sepanjang jalan dalam kereta tu, kami dok mengunyah strawberi jeeeee.
Masa fresh2 tu la best makan.
Siap enSuami pesan lagi letak dalam kereta, jangan letak kat bonet.
Mesti kena sejuk punya strawberi ni...

Sah ar, bila sampai rumah je, esok tengok dah mula nak masam, hitam2 lebam.
Patutla bila kawan2 bawak balik strawberi sebagai buah tangan, banyak macam dah lebam je kan...
Ingat diorang beli yang murah2, lelong ja, [jahat betoi sangkaan, sory mory]
Sekarang baru tau, dah memang bukan cuaca dia, sebab tu la dia tak berapa nak tahan lama.
Simpan dalam peti ais pun tak boleh menandingi kedinginan semula jadi yang Allah cipta!
SubhanaAllah, memang nikmat la makan strawberi kat Cameron.
Yang ni je la pengalaman yang best kat Cameron Highlands!


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers