Search This Blog

Tuesday 11 June 2013

Maklumat lengkap mengenai produk Salindah


Ada kawan tanya tentang produk Set Bersalin Salindah. Saya dah lama draft maklumat ni. Hari ini baru dapat siapkan. Harap orang lain pun boleh ambil info ini sebelum memilih produk set bersalin yang ada di pasaran, OK.

Selamat membaca, n ingat semua.

Saya pun nak kena baca selalu, kot2 terlupa makan ubat ni pada waktu yang sepatutnya..



SALINDAH remedi ajaib yang dapat memudahkan kelahiran dan Penggunaan SALINDAH Set Lengkap, Insya-Allah akan membantu ibu melahirkan anak yang sihat dan cergas, pintar dan cerdas. Pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat serta tumbesaran yang kuat.

Salindah dirumus khas daripada ubat-ubatan mengikut kaedah Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang tidak memberi sebarang kesan sampingan. Ia merangkumi tiga tempoh iaitu Pemakanan Ketika Hamil (ceraian B1~B3), Persediaan Waktu Bersalin (ceraian B4~B6) dan Rawatan Dalam Masa Pantang (ceraian L7~L12).

Ramai ibu-ibu yang mengambil set salindah mengaku terdapat perbezaan ketara semasa proses bersalin dan perkembangan bayi juga berbeza berbanding dengan pengalaman tanpa mengambil produk ini.

SEMUA produk Salindah berdaftar dengan KKM Malaysia (Jangan mempercayai fitnah bahawa produk ini tidak berdaftar) Produk yang berdaftar dengan KKM mempunyai nombor pendaftaran MAL. Sila lakukan pengesahan dengan melawati laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (http://www.bpfk.gov.my ), klik pada "Registered Products Search" di bahagian kiri bawah dan cari "Salindah" . Insyaalah ini akan menghilangkan keraguan anda tentang produk Salindah.

CERAIAN PRODUK SALINDAH

SALINDAH B1
Kategori: Biokimia
Isi: 336 biji
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Wanita hamil 12 minggu dan juga semua peringkat umur.
Cara penggunaan:
Untuk kes akut - 2 biji setiap 3 jam.
Untuk kes kronik - 2 biji 3 kali sehari.
Untuk kes biasa - 2 biji 2 kali sehari.

SALINDAH B1 penting untuk pembentukan hemoglobin. la berperanan untuk membekalkan oksigen ke setiap sel tubuh serta menguatkan saluran darah. Ceraian SALINDAH B1 sepatutnya diambil sebagai suplemen untuk merawat banyak masalah penyakit tanpa mengira jenis simptom yang timbul. Ini termasuklah masalah pernafasan, pendarahan, anemia, pendarahan haid yang banyak, demam dan selesema, sakit tekak, keradangan, "congestion", kekejangan otot, subu tubuh meningkat, berdebar-debar dan reumatisme. la boleh dianggap sebagai remedi "first aid". Ceraian SALINDAH B1 boleh dijadikan serbuk dan dipedap pada bahagian luka atau tercalar, mampu untuk menghentikan pendarahan.

KHASIAT :
Memberi zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilangkan atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul simpul urat-urat di kaki. Menghilangkan letih lesu.

SALINDAH B2
Kategori: Biokimia
Isi: 96 biji
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Wanita hamil 24 minggu dan juga semua peringkat umur.
Cara penggunaan:
2 biji 3 kali sehari.

SALINDAH B2
Berfungsi untuk pembentukan sel darah baru dan sistem penghadaman. B2 disyorkan untuk mereka yang menghadapi masalah penghadaman, lemah tulang, kerosakan gigi, kelemahan peredaran darah, chilblain (jari membengkak, merah dan gatal terutama ketika cuaca sejuk), kebas, spasma, keradangan tonsil, polipus hidung, letih dan lemah-lemah di dalam tubuh. Tonik yang baik untuk kesembuhan dan boleh digunakan bersama B1 untuk merawat masalah anemia. Di dalam tubuh komponen ini terhasil melalui proses penghadaman, asimilasi, pertumbuhan sel melalui penggunaan tenaga.

KHASIAT :
Memberi zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambahkan darah. Menambah selera makan, menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota, kaki dan tangan. Mencegah osteoporosis.

SALINDAH B3
Kategori: Biokimia
Isi: 96 biji
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Wanita hamil 28 minggu dan juga semua peringkat umur.
Cara penggunaan:
2 biji 3 kali sehari.

SALINDAH B3
Suplemen untuk saraf dan bersifat antibiotik. Disyorkan untuk masalah sistem saraf terma-suklah keradangan saraf, masalah penghadaman, sakit kepala, stres, susah hati atau bimbang, dispepsia, depresi, insomnia, keletihan fizikal dan mental, lemah daya ingatan dan konsentrasi, nafas berbau dan kayap. Simptom biasanya melarat dengan keadaan keletihan mental dan fizikal serta sejuk. Lega dengan keadaan panas, rehat dan kadangkala makan.

KHASIAT:
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.

SALINDAH B4
Kategori: Homeopati
Isi: 30 biji
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Semua peringkat umur dan wanita hamil.
Cara penggunaan:
Dikemam 1 biji 1 kali sehari, mulai 4 minggu sebelum jangkaan bersalin.
1 biji 3 kali sehari (untuk masalah haid dan senggugut)

SALINDAH B4
Remedi Homeopati ini sesuai untuk senggugut, dengan rasa sakit di celah peha. Haid berwarna gelap, beku berbau dengan rasa sakit bahagian belakang. Haid tidak tetap. Sakit otot, rasa berat bahagian bawah tubuh, rasa menyucuk dan tegang pada bahagian leher dan belakang. Sakit kepala kerana susah hati, banyak belajar atau akibat jangkitan pada sistem perkumuhan, juga boleh mengubati sebarang kesakitan akibat melahirkan anak.

KHASIAT :
Remedi istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan (alamat palsu), menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan sebelum bersalin dengan mengendur dan menganjalkan otot-otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.

SALINDAH B5
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Untuk wanita hamil.
Cara penggunaan:
Dikemam 2 biji 3 kali sehari, mulai 2 minggu sebelum jangkaan bersalin.

SALINDAH B5
Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan Salindah B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.

SALINDAH B6
Kategori: Homeopati
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Semua peringkat umur dan wanita hamil.
Cara penggunaan: Dikemam 1 biji 1 kali sehari, dan apabila perlu.

SALINDAH B6
Wanita yang mengalami sejarah sistem perkencingan yang lemah dan haid yang tidak menentu boleh menggunakan B6. Rasa tidak selesa sewaktu kedatangan haid dengan rasa sakit di celah peha dan kaki termasuklah bahagian pelvik. Begitu juga sekiranya berlaku pendarahan yang terlalu banyak atau keputihan. Rasa kebas-kebas terutama di sendi jari.

KHASIAT :
Remedi ini menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepatkan dan memudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.

CATATAN TAMBAHAN

  • Sekiranya bayi songsang, bolehlah mendapatkan ubat homopati RTA.
  • Sekiranya bayi terkena penyakit kuning, sila dapatkan ubat homopati RTD. RTD boleh diambil oleh ibu mulai sebulan sebelum bersalin bagi mengelak bayi terkena demam kuning.
  • Untuk meningkatkan kandungan susu badan, amalkan ubat homopati RTC
  • Seelok-eloknya ambil Salindah semasa perut kosong (sebelum makan)
  • Sekiranya lambat mula mengambil B1, ia boleh diambil sekali dengan B2 atau B3, jarakkan 5 minit antaranya. B1 digalakkan untuk dihabiskan walaupun bermula lewat
  • B3, B4 dan B5 elok diambil selang 30 minit
  • Salindah boleh diambil dengan vitamin atau ubat lain. Cuma jarakkan 2 jam


SALINDAH L7
Kategori: Herbalisme
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Remedi cecair bagi menyembuhkan luka dan jahitan episiotomi dengan cepat. Boleh digunakan sebagai sapuan di bahagian pusat bayi, luka, calar, dibuat basuhan dan kompres.

KHASIAT : Remedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan episiotomi dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka jahitan. Mencegah jangkitan kuman dan bernanah.
Cara penggunaan:
- sapu/basuh luaran pada bahagian yang luka.

SALINDAH L8
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Khasiat:
Semua peringkat umur dan wanita hamil.
Cara penggunaan:
Dikemam 1 biji 1 kali sehari.

SALINDAH L8
Boleh digunakan untuk masalah sakit kepala berdengap, melarat di sebelah kanan terutamanya, melarat disebabkan oleh cahaya, bunyi bising, tidur dan pada waktu petang. Bengkak kelopak mata, kanak-kanak menangis ketika sedang tidur, suka mengetap gigi, sakit bila menelan, batuk, bisul, demam garing, tonsil, sakit gigi berdenyut, bengkak merah, berdarah hidung, sejuk anggota, meracau dan menjerit.

KHASIAT :
Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakoit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala Kategori: Homeopati

SALINDAH L9
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Semua peringkat umur dan wanita hamil.
Cara penggunaan:
Dikemam 1 biji 2 kali sehari.

SALINDAH L9
Dikenali sebagai tonik otot, boleh digunakan sekiranya mengalami lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau busuk, letih lesu, menambah tenaga, hidung berdarah, cirit berdarah memulas, suara parau banyak bercakap, mimpi gerun kisah kematian.

KHASIAT :
Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota itu.

SALINDAH L10
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Semua peringkat umur dan wanita selepas bersalin.
Cara penggunaan:
2 biji 3 kali sehari.

SALINDAH L10
Berfungsi untuk membentuk keanjalan tisu pada kulit, otot, enamel gigi dan aliran darah. Disyorkan untuk otot-otot yang lemah, menguatkan gigi, kulit pecah, lemah peredaran darah, kerosakan tendon, ligamen, otot dan tulang, mengatasi masalah vena varikos, sembelit, sakit belakang, ekzema, buasir, gusi berdarah dan resdung. Ia juga boleh membantu mencegah dan mengurangkan kesan meregang (stretch marks).

KHASIAT : Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan mengecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru

SALINDAH L11
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Untuk golongan wanita dan lelaki.
Cara penggunaan:

SALINDAH L11 
Sesuai digunakan oleh seisi rumah, kerana khasiat di dalamnya dapat merawat pelbagai penyakit. Herba Cymbopogon nardus bersifat antiradang, menghilangkan rasa sakit (analgetik) serta melancarkan sirkulasi darah. Sesuai untuk menstruasi yang tidak teratur, sakit kepala dan otot, sakit sendi dan batuk.

Piper retrofractum pula untuk memanaskan badan, sakit ulu hati, sakit kepala, sakit gigi, afrodisiak, hidung berair dan rasa lemah (neurasthenia), masalah pencernaan, kembung. Manakala Solanum torvum berperanan untuk menghilangkan darah beku, bengkak terpukul, gastrik, tidak datang haid dan sakit gigi.

Zingiber aromaticum atau lempuyang merupakan herba yang tidak asing lagi di dalam perubatan tradisional. Herba ini tardapat di dalam ceraian

SALINDAH L11
Berperanan untuk membersihkan darah, anti kejang, mengandungi limonene yang bersifat mengeluarkan gas (karminatif) hasil pencernaan. Ia juga sesuai untuk menambah nafsu makan, kaki bengkak sehabis pantang, koliks, kekurangan darah, gatal-gatal, kecacingan, sesak nafas, kembung, malaria, pedih perut dan lemah urat saraf.

Bunga cengkih mengandungi kariofilin, yang berkhasiat untuk menghangatkan, menghilangkan rasa sakit setempat, mengeluarkan angin dalam tubuh, mengharumkan, bersifat antibakteria, dan menghilangkan kejang perut. Menurut WHO, cengkih merupakan di antara herba ubatan yang paling banyak dipakai di dunia dalam bentuk balsam atau minyak.

Menurut farmakopia Belanda, rizom Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering digunakan untuk rumusan ubatan. Ia dikenali kerana manfaat terapeutik dan halia ini menjadi herba asas di dalam penghasilan ubat di 23 buah negara. Ia boleh merangsang kelenjar pencernaan, membuka selera makan dan untuk sistem pencernaan. Sifatnya yang pedas dapat menghangat tubuh dan mengeluarkan keringat. Bersifat antiinflamasi dan antibakteria. Sesuai untuk masalah sakit kepala, batuk, kembung, mual atau mabuk perjalanan.

Ceraian L11 ini juga mengandungi Nigella sativa. Jika diamalkan membantu mengatasi masalah keputihan, sembelit dan batuk rejan. Ekstrak pelaga juga boleh merawat masalah flatulasi atau meteorismus (penimbunan gas di dalam usus), koliks dan lemah-lemah tubuh, mulut berbau, peluh berbau, batuk terutama di kalangan kanak-kanak dan gatal tekak.

Limonina di dalam jintan mengharumkan dan kandungan flavonoida di dalamnya berkhasiat menyembuhkan radang. Khusus untuk kanak-kanak yang mengalami batuk, diarea dan mencegah kejang. Di samping itu juga wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur boleh mengamalkan minum tonik ini.

Piper retrofractum menurut farmakopia China, sesuai untuk merawat sakit dada, sakit perut, lebih asid di dalam perut (gastrik), cirit-birit, hernia (burut), sinusitis, sakit gigi, kencing tidak lancar dan haid tidak teratur. Ia juga merangsang uri keluar sewaktu melahirkan.

KHASIAT : Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan,menambahkan selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis, menenangkan tidur, menghi-langkan kebas-kebas. Menyegarkan rahim dan alat peranakan.

SALINDAH L12
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Golongan Wanita.
Cara penggunaan:
Untuk masalah pramenopaus dan menopaus makan bersama ceraian SALINDAH BI dan B2

SALINDAH L12

MASALAH-MASALAH WANITA
Bertindak sebagai tonik untuk wanita, berkeadaan lemah dan letih, gejala-gejala pramenopaus dan menopaus. Masalah haid yang tidak teratur, terlalu banyak atau berketul, masalah senggugut, leukorea, ketumbuhan seperti fibroid, cysts dan endometriosis, kurang nafsu seks, sakit sewaktu bersetubuh, penyakit kelamin, sindrom pramenstrual (PMS), masalah kesuburan, mandul, ketulan di dalam buah dada, osteoporosis dan lain-lain.

CATATAN TAMBAHAN:

  • Kurangkan pengambilan L11 sekiranya bayi yang menyusu badan cirit birit atau demam
  • Sekiranya kurang susu boleh mengambil RTC
  • Sekiranya anak demam kuning boleh beri RTD. RTD boleh diambil oleh ibu mulai sebulan sebelum bersalin bagi mengelak bayi terkena demam kuning.


PANDUAN PENGGUNA

  • Seelok-eloknya ambil Salindah semasa perut kosong (sebelum makan).
  • Sekiranya lambat mula mengambil B1, ia boleh diambil sekali dengan B2 atau B3, jarakkan 5 minit antaranya. B1 digalakkan untuk dihabiskan walaupun bermula lewat.
  • B3, B4 dan B5 elok diambil selang 30 minit
  • Salindah boleh diambil dengan vitamin atau ubat lain. Cuma jarakkan 2 jam
  • Hendaklah berpantang minuman berkafein seperti kopi, nescafe dan juga air bergas semasa mengambil pil homopati (B4, B6, L8 dan L9)
  • Hendaklah berpantang asam semasa mengambil pil biokimia BTS (B1, B2, B3, B5, L10 dan L12)
  • Hendaklah berpantang air kelapa, air asam dan limau nipis semasa mengambil herba L11 dan kurangkan pengambilan L11 sekiranya bayi yang menyusu badan cirit birit atau demam.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers