Search This Blog

Showing posts with label Sarawak Bumi Kenyalang. Show all posts
Showing posts with label Sarawak Bumi Kenyalang. Show all posts

Wednesday, 5 November 2014

Takpelah kak, saya tak jadi cikgu pun....

Assalamualaikum...

Minggu lepas saya ada tolong2 enSuami semak kertas peperiksaan.
Tapi subjek enSuami senang je.
Subjek Geografi.
Kertas objektif je la...
So dia dah sediakan template jawapan, saya just amek tanda2 je la...

Tapi hai, macam2 ado kat kertas jawapan ni...
Saya ingat masa zaman belajar dulu, tanda objektif guna pensil, senang nak padam kalau nak tukar jawapan.
Budak2 sekarang, hey........
Tanda dengan pen, habaq hang.....


Tengoklah jadi macamana bila nak tukar jawapan...
Siap pangkah2 lagi, macam dia plak cikgu...
Yang syoknya, jawapan yang dia tukaq tu la, jawapan yang betoi...
Nasib ang la, student oi, sapa suh tukaq...
Kan dah salah, I potong terus jek, kalau ada dua jawapan macam tu...

Main2 diorang ni.
Mentang2 la diorang tau, cikgu-cikgi tanda pakai lubang, kalau kena jawapan yang dia tanda lebih tu, free2 je dia dapat markah.
Sapa boh jawapan dua, kita kasi potong terus....


Yang ni lagi Master ni...
Tanda jawapan macam cikgu tanda kertas.
Main calit2 ja....
Amboi, besaq kepala betoi.
Seingat saya, cikgu2 dulu asyik bising2 je, pasal nak hitamkan jawapan je pun...
Tiap2 kali exam, tiap2 kali cikgu berleter.
Rupanya memang ada manusia yang masih tak paham arahan ni...
Tu nasib bila dapat cikgu pompuan, berleter.
Cikgu laki, emmmmmmmmmmm.
Mana la ada nak bising.
Habis semak bagi, nak bincang balik jawapan, pun tak tentu lagi.
enSuami saya buat ke tak, saya pun xtau....
Kalau bukan dia sendiri yang semak, acaner dia nak tau ragam anak murid dia ni.
Jadi macam cikgu yang tak berperasaan la laguni.
Saya yang dok berletiaq kat rumah, sampai masuk blog, kahkahkah....



Ha, yang ni spesies main hentam...
Semua jawapan A ja sampai 60.
Yang B saja pun ada.
Yang C saja pun ada.
Ni kira nasib la ni.
Selalu jawapan sama banyak puratanya.
Jadi kebarangkalian markah antara 18-20 la dia dapat.


Yang ni main lempaq dadu agaknya...
Siap ada 1, 2, 3, 4.
Yang mana dapat 3, tanda C.
Kalau dapat 1, A.
Agak2 betoi dak tekaan saya????
Mesti punya la........


Dan yang terakhir, bangun jam 3,4 pagi tolong enSuami isi borang cikgu.
Apa nama borang ni, saya tak tau la..
Tiap2 hujung tahun je, mesti kena isi.
enSuami saya pandai buat macam ni je la, tampal.
Dia cakap terpulang pada sekolah masing2.
Sebenarnya tulis tangan pun boleh.
Tapi kalau pentadbiran suruh taip pakai komputer, nak bagi nampak kemas, cantik gitu.
Kena la buat macam ni.

Saya tanya juga, awat tak taip dalam Word, print terus kat kertas ni.
Dia kata pernah cuba, tak tak match sangat dengan blank dia...
Ala, orang laki macam enSuami saya tak cukup gigih, nak perhati, kecil2 adjust dalam Word.
Dia bab komputer dia tak berapa expert, dia tak mau.
Saya pula, tak tau plak kertas dia tu belum binding, ingat dah macam buku.
Rupanya bila siap semua, jadi tebal benda ni.
Sebab ada laporan macam2 kan...
Dalam template tu pun, ada banyak tag, sila rujuk lampiran sekian bla bla...
Kena binding kat kedai, nak stapler kat rumah, tak muat.

Tengok la kalau ada masa, saya nak godek2 tengok buat template untuk isi borang ni....
Tiap2 tahun macam ni.
Buat kerja tiap2 tahun pun tak improve.
Rasa macam mesin robot je, buat benda sama, tiap2 tahun.
Hai nasib la cikgu sekarang......
Tak tau la nak kata apa....
Bila orang jahil dipilih menjadi pemimpin, rakyat yang bijak pun boleh jadi dungu.
Semuanya terpaksa.

Tetiba teringat ada jiran cakap, Nabilah tak nak ke apply education?
Jadi cikgu macam Hasyim?
Xpayah la kak, saya tak nak kerja, saya nak dok rumah.

Kalau la saya kerja, lagi berganda2 kerja saya nak kena buat.
Jadi suri rumah ni pun dah xterbuat, banyaknye kerja.
Kalau balik kerja penat2, nak sambung kerja kat rumah plak.
Hoi, mengamuk la saya hari2....

Saya tak jadi cikgu pun, kebanyakan kerja cikgu saya buat.
enSuami saya ambil kesempatan tau..
Kejap2 minta saya buat itu buat ini...
Emmm, nasib la........

Ehh, saya tak mengeluh pun gurauan jek..
Kalau saya tak siapkan, rumah saya jadi sepah tau.
Faham je la orang laki kalau buat kerja macamana...
3,4 hari ruang tamu saya tak terurus.
Saya biar je enSuami saya berkubang kat situ dengan kertas2 soalan dia.
Lagi tak siap, bersepah jekkkkkkkk.
Bila dah siap, dia angkut semua pi sekolah.
Awal2 lagi saya dah halau nyah2 kertas soalan tu.
Saya nak kemas, banyak hari dah serabut.

Kalau tak halau cepat2, rumah saya plak yang bersepah dengan macam2 kertas.
Saya pun tak tau, kenapa dia suka sangat simpan kertas2 anak murid dia tu.
Bukan setakat sekolah sekarang, sekolah dari Sarawak pun dia angkut sekali.
Sanggup angkut berkotak2 dari Sarawak balik Bangi.
Dari Bangi balik ke Kuala Selangor.
Apa kekdahnya, saya pun tak tau la...
Takkan cikgu simpan kertas soalan kat rumah kot.
Sejak ada PBS, lagi banyakkkkkkkkk kertas.
Membazir sangat, soalan mudah pun, student xleh jawab, sia2 ja print banyak2 buat PBS.
Ni baru sorang jadi cikgu.
Kalau suamisteri jadi cikgu, macamana la..

Entah2 suami saya je macam ni.
Orang lain rumah kemas jek...
Mentang2la isteri dok rumah tak tau kerja cikgu macamana...
Berani la dia kelentong kite, ekkkkkk

Saya bising2 pun, dia buat dekkkkk je....
Katanya, Abang nak guna, Abang nak guna...
Kalau saya buang apa2 kertas, mula la dia nak jadi singa, Jangan kacau barang Abang!
Cehhhh....... dah 3 tahun dok simpan, tak guna2 pun saya tengok.
Bila saya nak buang, baru nak melenting.
Ade saya kisah, huhhhhhhhhh.
Menyemakkkkkkk je kat rumah ni...


Wednesday, 16 May 2012

Untuk semua Guru Malaysia, (",)



Tuan Pengetua,

Mesyuarat tergempar dipanggil pada petang itu. Maka terpaksalah saya memohon cuti daripada anda, kerana sememangnya saya tidak dapat menghadiri mesyuarat itu. Anda tanyakan saya, ke mana saya pergi? Malah mengatakan bahawa keesokannya Sabtu, ke mana saya nak pergi sehingga tergesa-gesa pula? Saya berdolak-dalih. Saya berkata saya telah memohon cuti lebih awal lagi, dan anda telah luluskan. Anda tidak mendesak lagi. Namun saya telah merancang dalam hati saya. Seandainya secara terus-terang anda tanya, adakah saya menghadiri BERSIH 3.0, saya akan mengakui secara jujur.

Tuan pengetua, saya telah memohon cuti pada 5 April. Dalam borang permohonan cuti, saya mengisi "urusan peribadi". Mungkin anda tidak akan mengaitkannya dengan BERSIH. Sememangnya ia adalah urusan peribadi. Dan ia juga hal negara yang mustahak. Bukankah pihak sekolah suka berkongsi teori Maslow dengan pelajar? Ya, saya mempunyai keperluan sosial saya. Malah saya mahu merealisasikan diri saya. Pada saat-saat yang genting ini, sememangnya saya tidak sanggup mengurung diri saya di sekolah hanya kerana mahu mengajar pada hari itu. Sememangnya saya tidak sanggup untuk berkongsi dengan pelajar saya, apa itu BERSIH, dan kemudiannya, kembali duduk di depan komputer dan mengalirkan air mata saya, setelah melepaskan ketidakpuasan.

Tuan Pengetua, tahukah anda? Setiap hari, kita bekerja dalam keadaan yang sejahtera di sekolah, berulang-alik dari bilik guru ke bilik darjah. Pelajar bersopan-santun di depan kita. Suasana sekolah aman dan sentosa. Sebagai seorang guru, saya memilih untuk ke jalan raya pada hari ini. Tak takut saya kepada mentari yang terik mahupun hujan yang lebat. Tak gentar saya berdepan dengan gas pemedih mata dan meriam air berkimia. Tak takut juga andainya saya ditangkap polis... Namun saya takut pula untuk memaklumkan anda bahawa saya nak hadir perhimpunan BERSIH 3.0. Ini kerana saya takut anda tidak meluluskan pemohonan cuti saya. Bukankah ia sesuatu yang memilukan? Mengapa saya anggap anda tidak benarkan? Kerana anda mungkin tidak faham betapa besar maknanya keputusan ini untuk diri saya.

Negara kita sudah jatuh sakit. Saya tidak mahu melihatnya sakit tenat, sehingga tidak terubat...

Saya tidak mahu mendidik anak murid saya untuk cintai bumi ini, buatlah kerja untuk menjaga alam ini, meleter ini dan itu - tetapi tercengang menatap pembinaan kilang Lynas di tanahair kita. Saya tidak mahu menjelaskan apa itu "melayan nyawa manusia bagai lalang" (peribahasa cina), namun saya gagal menjelaskan kepada pelajar saya bagaimana Teoh Beng Hock menemui ajal. Saya tidak mahu berkuliah, mengajar apakah keistimewaan yang ada dengan bangunan bersejarah di negara kita, tetapi saya perlu membaca al-fatihah untuk Jalan Sultan yang mungkin dirobohkan.

Saya tidak mahu hanya meminta pelajar kita untuk menyanyi lagu Negaraku, berulang-kali di perhimpunan mingguan - sebagai tanda hormat dan cinta kepada negara, tetapi tiada cara lain untuk saya membuktikan bahawa ini negara saya, mengapa perlu saya mencintainya? Banyak persoalan yang tidak berani saya jawab secara terus apabila diajukan pelajar. Banyak peristiwa yang berlaku di negara kita, dan nilai yang kami pegang amat berbeza. Tiada gunanya kita mengajar banyak tanpa sebuah negara yang bersih. Semakin banyak kita mengajar, anak murid kita akan membalas, "Kau bohong!" Jadi, saya mesti menyumbang apa yang mampu, meskipun sikit tetapi bermakna. Jangan kita tunggu sehingga berambut putih, barulah kita menyesal tanpa boleh berbuat apa-apa. Tuan pengetua, saya tidak mahu lagi mendidik anak murid kita dengan teladan yang negatif.

Tuan pengetua, bukankah aktiviti yang bermakna seharusnya digalakkan? Kitar semula bahan buangan, menghiasi dinding rumah orang tua, menyambut Hari Kanak-Kanak di rumah anak yatim... Bukankah kita sering menggalakkan agar anak murid kita bergiat aktif untuk menyertai aktiviti yang bermakna? Mengkayakan pengalaman hidup kita, belajar untuk berbakti. Lebih baik jika ibu bapa hadir bersama anak-anak dalam aktiviti sedemikian.

Saya juga terserempak dengan ibu bapa di tempat berhimpun. Mereka mendidik anak dengan jasad dan jiwa mereka tentang apa itu keadilan. Sememangnya tiada alasan untuk kita melarang mereka daripada memohon cuti untuk hadir. Hanya satu hari kita tidak belajar di sekolah, biar kita keluar sekolah - belajar sesuatu yang tidak dapat diajar guru. Semestinya pengalaman itu akan memahat di hati sepanjang hayat mereka.

Saya berharap agar anda juga sama seperti tuan pengetua sekolah lain, menyeru guru membeli baju kuning untuk menyokong pilihan raya yang bersih. Saya berharap anda boleh turun ke jalan raya sebagaimana yang dilakukan pengetua sekolah lain.

Saya lebih berharap anda mengumumkan cuti satu hari, memberi kelapangan kepada guru dan pelajar untuk memilih agar turun ke jalan raya pada saat-saat yang bersejarah ini. Namun, jelas, saya terlebih fikir. Untuk puluhan tahun pendidikan Cina ditindas, kita cuba berdikari, tabah untuk berdepan dengan situasi yang sukar ini. Namun selama ini kita hanya menjerit, kita menuntut sijil peperiksaan sekolah menengah Cina swasta diiktiraf, menginstitusikan peruntukan dana kepada sekolah Cina. Jeritan tetap jeritan selepas puluhan tahun. Seandainya kita tidak mempunyai pilihan raya yang bersih, tiada satu kerajaan yang akur kepada suara rakyat - mereka tidak akan mendengar meskipun betapa lantang kita menjerit...

Tuan pengetua, saya akan menebus kelas yang dilapangkan kerana cuti saya. Jangan bimbang. Tetapi seandainya saya tidak turun ke jalan raya kali ini, saya rasa untuk seumur hidup saya tidak dapat menebusnya. Akhir kata, saya merakamkan penghargaan kerana anda meluluskan permohonan cuti saya. -MR

*Surat ini ditulis oleh seorang guru sekolah menengah Cina, Kathy Kee dan disiarkan melalui Facebook. Diterjemah dengan keizinan daripada penulis

 http://sharpshooterblogger.blogspot.com

Tuesday, 15 May 2012

Selamat hari guru tahun ini meletupppp!

Tiba2 ja hit counter Tautan Hati meletup sampai tercatat seperti gambar kt bawah...
  Photobucket
Terkezut kottt..

Kalau cek satu2, banyak entri selamat Hari Guru.

Oo almaklum lah title entri pun Selamat Hari Guru, tu yang tersampai kat blog ini.hee hee
Tahun ni nak ucap selamat hari guru lagi kat enSuami?
Tiap2 tahun nak kena ucap ke?

Bebeh nanti, kueng kueng kueng.....broken heart

Xda puisi la tahun ni, 
Xsempat nak feel...
Asik gaduh je kannnnn
Xpernah nak elokkkkkkk, aishhhhhat wits' end

Tu la, PJJ jeee
Xsempat nak berkenalan pun dengan enSuami.
Asal cakap je, marah.
Asal marah je, cakap.
Dah le pnIsteri ni garang
Maknanya kalau x sebab nak marah, xkan boleh cakap berjela2 la kan...
Emmmmm, letih la camni.

enSuami nak hadiah hari guru?
Hadiah pe lak ehhhh

Ada tengok sesuatu yang menarik, tapiiiiiiiiiiiiiiii

pnIsteri pun nak hadiah jugakkkkkkkkk.batting eyelashes
Hadiah enSuami dapat pindah balik Bangi ke Selangor ke.......

Kesian kat kami tau.
Sapa yang PJJ je memahami.

Merempat merana menumpang kasih, huhu
Bilakah derita ini akan berakhir?

Sape paling lama PJJ kat sini?
Saya nak belajar berdikari macam awak!

Tolong sayaaaaaaa, doakan suapaya Hasyim Rahimi dapat pindah ke Hulu Langat!praying
19hb ni keluar result...
Berdebarnya.......

5tahun sudah di Sarawak, xkan xdapat pindah lagi kotttttttt!sad



Friday, 23 March 2012

Hati Sarawak terbang ke Bangi (",)

Pada waktu diri dilanda kesedihan, ermmmmmmmmmm...

enSuami sibuk ke Daro...
Hanya boleh sms, tanpa dapat tepon dan berinternet...

Sibuk dia bersukan, eh bukan......... pelajar yang bersukan [baru betul]
Cikgu tengok2 aja....
Bila tanya bersorak x untuk student????
Emmm, tengok aje, buat pe nak bersorak.......[xbersemangat langsung cikgu ni,isk!]
Oops, takkkkkkkkk
enSuami saya keja dia jaga PA System...jauh dari kawasan trek pertandingan.
Wah, hebatnya enSuami saya....

Menjadi urusetia siaraya di peringkat Bahagian Daro [gabungan dari empat Daerah]
Woow, besar tu...
Glamernya enSuami saya, hehehe
Tahniah ye........
Berbakti mencurahkan tenaga dengan kemahiran dan kebolehan yang ada..

Sebaik2 manusia, adalah yang bermanfaat untuk masyarakatnya...
Alhamdulillah dapat lagi pahala untuk saya!
I Like!!!


Seawal 5.45 pagi dah bergerak ke Stadium...
Tinggal kat hotel pun, hotel xdak ayaq plak...
Kesiannya kat depa....
Ujian, cobaan cobaan cobaan..
Sabaq nooooooo

Kat pejabat plak, tiba2 ada orang menjual...
Cenderahati frameeeeee dari Sarawak heeeeeeeeee....
Menyumbang la sket, jauh2 orang tu datang ekkkk.
Beli 1 RM8, beli 2 RM10.
Share le Nabilah dengan Kak Sab beli frame ni.......

Ok lepas ni boleh gantung gambar dengan enSuami di rumah baru, yahuuuuuuuuuuuuu.....


*Bila orang perantauan Sarawak nak balik Bangi lagi? emmmmmmmmmmmmm =|

Saturday, 19 November 2011

sEmuaaaa Abang beli....... =)

Tet tet [bunyi SMS]

ensuami : Beli tshirt jap. Sale
~MMS yang dihantar)

pnIsteri : tshrt macho x? ad couple tshrt x utk ayg skali? ;)

enSuami : Huhu xda la syg. semua bahagian lelaki. nanti kita cari sama

pnIsteri : .............


Tet tet [bunyi SMS]

enSuami : Beli tebaloi jap
~MMS yang dihantar~

pnIsteri : Sagu ada x syg?

enSuami : Tebloi n sagu
~MMS yang dihantar~

pnIsteri : Syg, sagu yg mkn trus tu..bkn yg kna msak tu.nak 1 rasa..

enSuami : Ikan masin n belacn bintulu
~MMS yang dihantar~


pnIsteri : .............
enSuami : Ok dah beli.. huhu
pnIsteri : Apa yg syg bli?ikn masin?
enSuami : Semua
pnIsteri : Hah? byknya syg borong..sgguh ni?
....................................

Sungguh ke ni...
Apa yang dibeli agaknya...
Dapat x yang diidam petang ini???



*jgn jeles enSuami saya bawa blk byk buah tangan dr bumi kenyalang, ngee


Thursday, 3 November 2011

Untuk Sayang yang beraya di perantauan (^_~)

Nak raya, hehehe...... nak raya.... 
Meh le makan kuih raya.. 
Sedap ke kuih raya mung? 
Xtau le, kekekekeke....
 
Kiriman bungkusan untuk yang tersayang dah sampai pagi ni.... 
Alhamdulillah dah selamat sampai ke tangan enSuami. 
Harap isi di dalam juga masih selamat untuk dimakan... 
Jangan xmakan tau... 
Makan sampai habis... 
Walaupun ceq masak xsedap hangat.........hihihi
 
Especially kuih mazola@kacang ni..... 
Nanti makan lah ye...... 
Makan dengan kasih sayang hehehe.... 
Sebab buat pun dengan penuh kasih sayang untuk Sayang....... 
Awal2 pagi bangun, cepat2 bungkuskan. 
 Kena poskan hari ini (Isnin) juga supaya Khamis boleh dapat. 
Nanti kang xdapat makan masa hari raya..... 
Sedih enSuami nanti, huhuhu..... 
Dan macam biasa, feveret enSuami........
~Simpul Kasih untuk enSuami~
 
Dan sedikit serunding baki dari buat simpul kasih tadi.
Istimewa serunding udang. 
~Selamat x letak macam ni?~
Bungkus dalam kotak. Nasib baik ada kotak ni.. 
Lama gak dok pikiaq nak letak dalam apa nak pos.....
 
Yeh, saya bungkus dalam kotak limau mandarin, Gong Xi Fa Cai yang lepas. 
Untung simpan kotak2 kosong dari pejabat ni, masa hari raya cina lepas. 
Boleh gak berjasa padaku, hehehe......... 
~Perlu ke tulis anak panah this side up, camni? ngeee~
Selamat lah ye, isi di dalam.........
 
Selamat Menjamu Selera...... 
Selamat Hari Raya Haji. Hari Sabtu ni, jangan lupa posa ya.. 
Hari orang wukuf, berkat dan mustajab nak berdoa....... 
Minta lulus pindah ke Kuala Selangor, Amin. 
Minta ampun dan maaf kali ini. Beraya di kampung Kedah. 
Sayang jangan nangis tau di pagi raya...... 
Nanti cuti sekolah, kita jupa ya....... 
Wekend nak dengan Sayang je.........huuuuuuuuuu 
*tapi 4Dis2011 kena ikut YB p UPSI le, ada pembentangan kertas kerja le......

Wednesday, 18 May 2011

Kekasih Hati di Perantauan ("_)

~Katanya makan nasi goreng ayam kat kedai Belawai dengan kawan cikgunya di sana~
~Bot yang menjadi pengangkutan utama dari Belawai nak ke Sarikei~
~Jeti Belawai~
~Goreng cucur udang dengan udang yg besaq2 lagi murah di sana~
 Jeles sih, dapat makan udang yang murah, =/
~Rumah panjang yang moden~
~Menghadiri mesyuarat Penasihat KRS sekolah~
~Dalam perjalanan pulang dari Mukah bersama kawan~

Sunday, 31 October 2010

trip to mukah

Dari kanan taufik,sy,brakson,herman.lyn,bijana cikgu sek rendah,dyg,mimi,wardah,Jamal pembantu lab
Hmm masa ni dah nak mgrib sebb tu samar2 ja
Semua keletihan sudah, bila terlewat sbb kereta rosak
ini si wardah, pegang matahari kononnya
tu feri sudah sampai, ini feri kecik ja
ini gambar kg tian, laluan air
 Ini dalam feri yg besar panas, juga dalam ni, hbis sun burn muka
3 kereta kami pi, avanza tu la yg rosak
menunggu feri juga ini masa nak pi
ini gambar dapor sagu tu, panas sungguh dalam dapor ni bara dia kuat, nampak x dia gelek bagi bulat
tu sape ntah
sunrise



Daisypath Anniversary tickers