Search This Blog

Showing posts with label Donat. Show all posts
Showing posts with label Donat. Show all posts

Wednesday, 23 August 2017

RESEPI : Bun Kentang dari Doh Donat Kentang

Assalamualaikum...

Minggu ni nak cerita pasal masak-masak je..
dah lama tak update blog kan...

Nak bagi up mood tu, cerita yang simple2 je dulu..
yang mana ada gambar boleh la nak tempek kat sini...
kadang-kadang dah masak banyak kali pun, kalau tak ingat nak amek gambar, memang tak ingat la nak cerita..

Bila dok kemas folder dalam laptop ni, jumpa gambar2 yang sesuai
ada la modal nak menulis, heeee...

Ni cerita pasal buat donat..
jumpa resepi ni sebab singgah di blog Sis FizaLGK, ternampak entri ni kot..
bila baca, dia cakap asalnya resepi adunan tu donat kentang..
separuh buat donat, separuh lagi buat bun kentang...
katanya sedap, lembut dan gebu..
emm macam menarik je...

Sumber resepi, rupanya dari blog Sis YatieMemories..
blog ni memang best..
Saya kalau nak buat kuih tradisional, memang selalu ikut resepi Sis Yatie ni,
alhamdulillah memang menjadi dan sedap...


Saya terlintas nak cuba resepi ni, sebab Hafni suka makan bun kentang..
masa awal2 dulu dia tak pandai makan roti macam ni..
ada sekali tu, Abinya beli bun kentang Sweetie, dah lama sangat tak beli..
teringin sangat katanya, so Hafni pun first time makan dari situ...

Selepas tu, kalau pergi Tesco, umpan dia dengan bun kentang je la..
yang tak syoknya, bun di Tesco Kuala Selangor ni, tak selembut bun di Tesco Stargate..
masa balik Kedah bulan puasa hari tu, saya beli untuk Hafni, berbiji-biji dia makan berebut dengan abang sepupunya yang lain sampai habis bun tu...
balik sini, try beli sekali, ehhh tak lembut la pula macam kat sana...
Emmmm..

So teringat pasal entri yang terjumpa hari tu, menggodek balik cari resepi...
Maka terhasillah bun kentang sendiri...
baru enSuami nak puji, sedap roti yang bini dia buat..
sebab dah banyak kali cuba resepi bun kentang ni, tak menjadi sangat
macam kerasssss je kan....


Jom tengok resepi Donat/Bun Kentang ni...
Sumber : YatieMemories
  • 500G TGandum
  • 200G kentang yang telah direbus dan dilenyek (anggaran dalam 3-4 biji kentang saiz biasa)
  • 4SB susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200ML air suam
  • 3SB marjerin/butter
  • 3SB gula (kena gandakan untuk doh bun, sebab kurang manis)
  • 2SK yis
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Kalau guna tangan masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit.
  2. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. 
  3. Saya guna mixer biasa, memang tuang semua airnya, sebab takut terlambat nak habiskan.
  4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
  5. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  6. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
*versi donat
  1. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donat.
  2. Susun donat di atas dulang dan biarkan sehingga donat naik dua kali ganda.
  3. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan.
*versi bun
  1. Bahagikan doh ikut saiz kesukaan. Saya timbang dulu berat doh keseluruhan, pastu bahagi nak berapa biji. So dapatlah berapa gram untuk setiap satu biji bun...
  2. Selepas dah bentukkan ikut gram, susun dalam tray yang disapu marjerin/butter/shortening. Dalam gambar saya guna parchment paper/ kertas minyak. Tak perlu nak sapu2 lagi, lepas bakar, keluar dari loyang, tanggalkan kertasnya dari roti, memang tak melekat pun..
  3. Biarkan bun loyang dalam tempat berkuap/berhaba selama 40 minit sampai naik dua kali ganda.
  4. Sapukan eggwash (bancuhan telur dengan air/susu segar) pada permukaan bun. Paipkan adunan kastad atas bun mengikut corak yang disukai.
  5. Panaskan oven, 170C 10-15 minit sebelum. Bakar selama 20 minit bergantung pada oven masing-masing.
  6. Lepas keluar oven, nak sapu butter pun boleh, tak nak pun takpe.. saya jarang buat step ni.


Resepi Kastad untuk Bun Kentang
Sumber dah tak ingat mana, memang ada dalam buku resepi kat dapur tulisan tangan je, so tak ingat amek dari mana... Saya suka guna resepi ni sebab senang, tak ada guna telur..
  • 3/4 cawan susu cair
  • 2SB TKastad
  • 2SB gula
  • 1SK mentega/marjerin
  • 1/2SK esen vanila
  1. Satukan susu cair, tepung kastad dan gula dalam periuk.. Kacau rata dulu, dah sebati semua baru buka api.
  2. Masak sehingga adunan mula pekat, tutup api dengan segera.
  3. Alihkan periuk dari dapur, masukkan mentega dan esen vanila..
  4. Biarkan sejuk dahulu, baru isi dalam piping bag.
Selalunya sediakan kastad ni lebih awal, semasa menunggu doh direhatkan pada 40 minit pertama tu.
Jadi sempatlah kastad ni sejuk dan pekat dahulu...
Bila dah pekat nanti, senang nak piping..
Kalau berketul2 sebab overcook, boleh tambah air panas sikit, kemudian kacau sampai dia lembut balik..


Ini gambar kali kedua cuba resepi ni..
masa ni buat untuk jamuan raya sekolah Hafni..
adunan pertama buat, buat 25biji je..
enSuami cakap, macam besar je untuk budak2 nak makan...

So buat lagi adunan kedua, target nak susun 7x7, jadi dapat 49 biji..
Tray yang sama je dengan yang tadi..


So dapatlah sendat2 macam ni...
Gemuksss jadinya...


Saya tak ada buat eggwash masa ni, lupa sangat..
lagipun bila dok buat roti bun ni, baru teringat nak kena beli spray la untuk spray eggwash tu..
kalau sapu pakai berus, kalau tersilap tangan tu, terpenyek plak rotinya..
kadang2 sebab zarah air/telur tu berat sebab terlebih meleleh dari berus, akan buatkan roti termendap sikit...

Asyik lupa je, nak beli spray..
dulu dah give up sangat dah nak buat roti2 ni...
penat2 buat, roti jadi keras, lembut roti tu tak bertahan lama...
lagi geram tak sempat makan habis, dah berkulat..
sayang sangat tengoknya....

Tu yang malas dah nak buat roti..
beli je la senang, tak ada penat2 menguli..
makan tak banyak mana pun..
setakat roti bantal Gardenia je pun...
bukan peminat roti bun sangat...

Sejak semangat semula buat bun kentang ni,
Ada la juga dok usha, pengawet roti kat 2PLY..
tapi tarikh luputnya, aduhai...
dah nak dekat sangat..
packaging punya la besar...
kalau nak berniaga, boleh la beli selalu guna dengan kuantiti banyak..

Saya ni kekadang je buat roti..
sebulan sekali pun belum tentu..
bila teringin sangat je, teringin nak buat..
barulah semangat nak menguli roti istimewa sikit...

Bila sembang2 pasal roti ni kan, ada je terlintas di fikiran..
ada tak resepi roti sedap macam Gardenia tu...
lembut, wangi, sedap tahan seminggu
enak dimakan begitu sajaaaaaaaaaaaaaaa...........

Ada??? ada???
ce cite, nak sangat buat roti sedap macam gardenia tu, ahakssss

Friday, 18 December 2015

RESEPI : Koleksi Resepi Donat Senang, Gebu dan Sedap

Assalamualaikum...

Resepi senang2 aje...

Dah lama kot dok terperam nak buat donat, tapi tak ada acuan..
bila acuan dah beli, tapi tak buat-buat jugak...

Saya ingat susah nak buat donat ni..
almaklumlah, kalau bab nak kena kembang2 ni, saya memang takut nak cuba..
sebab selalu gagal..
tangan panaihh kot...
asyik tak jadi je kan....

Sampai la hari tu, ada kawan WA tanya, sapa ada resepi donat gebu..
dia teringin sangat nak makan la la tu jugak...
pastu saya ada la send sreenshot resepi MissSue...
tapi dia cakap tak ada shortening..

Pastu saya google jumpa resepi AzlitaMasamManis.
Pastu ada sorang kawan send gambar resepi ni...

RESEPI 1


Dia cakap dia cuba buat jadi elok gebu..
kawan dia cuba pun, jadi jugak...
saya pun tengok la resepi...
wow macam senang...

Bila cuba buat, memang sungguh la senang...
sekejap je dah habis siap...
dalam masa sejam, settle siap acuan...
tunggu dia kembang, kemudian boleh goreng dah...


Saya nak senang...
lepas kuarkan angin, terus lenyek dengan penggelek, dan tekap acuan...
kemudian susun dalam tray.
Biar 10 minit lagi untuk kembang sebelum goreng....
bila buat macam ni, sekejap je dah siap...
baru saya tahu buat donat sesenang ini..
ingat susah camna la kan....


Rupa donat selepas kembang 10minit...
2cawan tepung, dapat dalam 20++ biji...

Masa goreng2 donat, enSuami terajin lak, tolong kisarkan gula...
habis kisar, dia kata, nak bagi ke Uncle sikit tak?
Tunggu nak rasa dulu, OK ke tak..
first time kot buat, tak tau rasa macam mana lagi...
Bila dah rasa, emmm OK gebu...
baru la yakin nak bagi...


Cara saya nak salut gula, letak sikit2 je gula dalam satu bekas/tipuware..
saya guna bekas bulat taufufah/bubur nasi tu...
muat untuk sebiji donat...
goncang2 donat dalam bekas tu...
gula tak leh letak banyak, sebab nanti lekat banyak, manis pula..
dan kalau ada terkena minyak gorengan tu, akan buat gula rosak/tak lekat lagi dah pada donat...

RESEPI 2
Dari blog AzlitaMasamManis...
Sumber resepi dari Chef Asma

500 gm tepung roti atau tepung high protein atau tepung gandum ( sebaiknya tepung roti ) = 3cawan + 3/4cawan
10 gm instant yeast = 1 SB atau 1 peket mauripan = 11G
1 sudu besar bread softener ~ optional [saya tak letak]
60 gm mentega = 3SB + 2SK
60 gm gula halus = 3SB + 2SK
2 SB susu tepung [saya tak letak]
1 SB susu pekat manis
2 biji telur
1/2 SK garam atau secubit garam
200 ml air sejuk dari peti ais

Pasal sukatan ni, agak pening sikit..
sebab dah malas nak guna penimbang..
sempat timbang tepung je, pastu Hafni bawak lari penimbang, main masak2 dia pula di ruang tamu..
nak pergi berebut dengan anak, memang tak la..
so main agak2 je la...
yang tepung tu lepas timbang 500g, saya sukat guna cawan pula..
selalu saya main agak, 500g = 4cawan..
rupanya tak cukup tepat 4cawan, 1/4 lagi kurang..
untuk marjerin tu, saya guna kaedah resepi 1. memandangkan 2cawan tepung, 2SB marjerin, saya pun ikut sukatan tepung, dapat la 3SB. 3/4cawan : 3/4 SB. 1SB = 3SK. So 3/4 SB = 2SK...
Hahahaa, pandai2 je kan...
semalam google, metric converter tu, tak betul la kalau dia bagi 1.2000cawan.. acaner nak kira tu?
lama2 jumpa satu jadual sukatan gram ke cawan..
yang ni baru tepat.
nanti saya share di hujung entri....

Siapa yang nak timbang, sila kan timbang..
kalau nak ikut yang saya buat tu pun, OK kot..
jadi OK je...
tak tahu la kalau ikut sukatan betul, jadi super sedap lagi ke, ehhhhe...


Kali ini, jiwa raga lebih bersedia...
ada gambar step by step...

Dalam entri Kak Ita tu, dia buat guna bread maker..
saya tak BM, guna tangan je..
mixer pun dah malas nak bawak keluar...

Kaedah, saya ikut je cara resepi pertama...
semua sama je....


Lepas dah uli, letak kat tempat panas/ berhaba...
saya letak atas water filter...
lepas 40minit...


Dah kembang, 2 kali ganda...
boleh tumbuk2 keluarkan angin...


Boleh uli2 lagi sampai habis angin...
kemudian bahagikan doh kepada 4-6 bahagian...
buat kecil2, senang nak gelek...


Sebelum nak gelek, sediakan loyang yang ditabur tepung.
memandangkan kali ini hampir 4 cawan, mesti dua kali ganda hasilnya dari resepi sebelum...
3 loyang disediakan...
kali ni simpan dalam oven je...
sebab besar, tak muat nak letak atas filter...


Gelek tepung, tebal nipis ikut kehendak...
kalau buat nipis, dapat banyak..
nipis2 pun, nanti dia kembang lagi, gemoksss juga nanti..


Acuan pun kena letak dalam tepung sebelum guna
senang nanti bila nak tekap..
acuan tak lekat pada doh..


Kemudian tekap acuan sampai habis doh donat...
kalau buat siap2 macam ni, kelebihannya tak ada lebihan lubang kat tengah tu...
Kalau kak Ita, dia bulat2kan sesiap untuk saiz donat tu..
pastu tekan dengan acuan apa tak tahu, just ada lubang je kat tengah...


So dapat la 3 loyang ni..
susun bertingkek-tingkek dalam oven....
nak tau berapa biji, silalah kira sendiri, kekeke....


Tunggu 10 minit..
ini terlebih dah ni....


Haaa, gemoksss tak dia kembangg????


Saya goreng yang dalam loyang ni je...
2 loyang lagi tu, saya nak sejuk bekukan...


Lepas dua kali buat donat ni, baru saya perasan..
Hafni tak nak yang ada gula..
so, tinggal dua biji yang tak bersalut..
pelik pula anak Umi ni...
Layan kan je la...


Haaa, hasil dalamnya...
Saya suka donat ni..
macam donat yang orang jual..
rasanya lain sikit dari resepi 1..
resepi 1 tak ada telur..
tapi tetap gebu, cuma tekak saya ada rasa kekurangan sesuatu...
bila cuba resepi 2 ni, baru saya dapat donat yang saya idam2kan...
cewahhhh....

Untuk teknik sejuk beku donat...
dari kursus yang saya sertai, kena bakar...
180C selama 5-6minit.. Api atas bawah.
Oven saya tak ada 6minit, sebab gandaan 5..
so saya masak 5 minit je..


Lepas bakar, tunggu sejuk dulu...
baru susun donat dalam bekas/plastik kemudian simpan dalam freezer...
Bila nak masak, kena nyahbekukan dulu...
bila dah lembut, baru boleh goreng.
goreng dengan api sederhana kecil, kalau tak, cepat hangit..
donat dah masak, tak perlu nak goreng lama2...

Tapi bagi saya, kualiti ni kurang sikit..
tak pasti kenapa, di bahagian bawah donat [bahagian loyang] agak menyerap minyak...
mungkin saya ada tersalah kat mana2 kot...

Kawan yang bagi resepi 1 tu, dia goreng separuh masak...
lain kali boleh la cuba, untuk goreng pula..

Buat masa ni, dah muak nak makan donat, wakakaka..
dalam masa 3 hari, saya cuba kedua2 resepi ni, dah tak lalu dah nak makan...
ada 1 bekas lagi donat dalam freezer tu...
tunggu 2-3 bulan lagi kot baru nak makan, hahaha...

Resepi MissSue pun belum cuba lagi, huhuhuhu....

Ini jadual yang saya cerita tadi...
tapi sikit je bahan2nya..
mungkin boleh disuaipadankan dengan bahan2 yang hampir sama fizikalnya kalau tak ada dalam jadual ni...
entah la..
Kalau boleh guna, guna..
kalau tak boleh, abaikan...



WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Daisypath Anniversary tickers