Search This Blog

Wednesday 23 August 2017

RESEPI : Bun Kentang dari Doh Donat Kentang

Assalamualaikum...

Minggu ni nak cerita pasal masak-masak je..
dah lama tak update blog kan...

Nak bagi up mood tu, cerita yang simple2 je dulu..
yang mana ada gambar boleh la nak tempek kat sini...
kadang-kadang dah masak banyak kali pun, kalau tak ingat nak amek gambar, memang tak ingat la nak cerita..

Bila dok kemas folder dalam laptop ni, jumpa gambar2 yang sesuai
ada la modal nak menulis, heeee...

Ni cerita pasal buat donat..
jumpa resepi ni sebab singgah di blog Sis FizaLGK, ternampak entri ni kot..
bila baca, dia cakap asalnya resepi adunan tu donat kentang..
separuh buat donat, separuh lagi buat bun kentang...
katanya sedap, lembut dan gebu..
emm macam menarik je...

Sumber resepi, rupanya dari blog Sis YatieMemories..
blog ni memang best..
Saya kalau nak buat kuih tradisional, memang selalu ikut resepi Sis Yatie ni,
alhamdulillah memang menjadi dan sedap...


Saya terlintas nak cuba resepi ni, sebab Hafni suka makan bun kentang..
masa awal2 dulu dia tak pandai makan roti macam ni..
ada sekali tu, Abinya beli bun kentang Sweetie, dah lama sangat tak beli..
teringin sangat katanya, so Hafni pun first time makan dari situ...

Selepas tu, kalau pergi Tesco, umpan dia dengan bun kentang je la..
yang tak syoknya, bun di Tesco Kuala Selangor ni, tak selembut bun di Tesco Stargate..
masa balik Kedah bulan puasa hari tu, saya beli untuk Hafni, berbiji-biji dia makan berebut dengan abang sepupunya yang lain sampai habis bun tu...
balik sini, try beli sekali, ehhh tak lembut la pula macam kat sana...
Emmmm..

So teringat pasal entri yang terjumpa hari tu, menggodek balik cari resepi...
Maka terhasillah bun kentang sendiri...
baru enSuami nak puji, sedap roti yang bini dia buat..
sebab dah banyak kali cuba resepi bun kentang ni, tak menjadi sangat
macam kerasssss je kan....


Jom tengok resepi Donat/Bun Kentang ni...
Sumber : YatieMemories
  • 500G TGandum
  • 200G kentang yang telah direbus dan dilenyek (anggaran dalam 3-4 biji kentang saiz biasa)
  • 4SB susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200ML air suam
  • 3SB marjerin/butter
  • 3SB gula (kena gandakan untuk doh bun, sebab kurang manis)
  • 2SK yis
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Kalau guna tangan masukkan air sedikit demi sedikit. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit.
  2. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan. 
  3. Saya guna mixer biasa, memang tuang semua airnya, sebab takut terlambat nak habiskan.
  4. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
  5. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  6. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
*versi donat
  1. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donat.
  2. Susun donat di atas dulang dan biarkan sehingga donat naik dua kali ganda.
  3. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan.
*versi bun
  1. Bahagikan doh ikut saiz kesukaan. Saya timbang dulu berat doh keseluruhan, pastu bahagi nak berapa biji. So dapatlah berapa gram untuk setiap satu biji bun...
  2. Selepas dah bentukkan ikut gram, susun dalam tray yang disapu marjerin/butter/shortening. Dalam gambar saya guna parchment paper/ kertas minyak. Tak perlu nak sapu2 lagi, lepas bakar, keluar dari loyang, tanggalkan kertasnya dari roti, memang tak melekat pun..
  3. Biarkan bun loyang dalam tempat berkuap/berhaba selama 40 minit sampai naik dua kali ganda.
  4. Sapukan eggwash (bancuhan telur dengan air/susu segar) pada permukaan bun. Paipkan adunan kastad atas bun mengikut corak yang disukai.
  5. Panaskan oven, 170C 10-15 minit sebelum. Bakar selama 20 minit bergantung pada oven masing-masing.
  6. Lepas keluar oven, nak sapu butter pun boleh, tak nak pun takpe.. saya jarang buat step ni.


Resepi Kastad untuk Bun Kentang
Sumber dah tak ingat mana, memang ada dalam buku resepi kat dapur tulisan tangan je, so tak ingat amek dari mana... Saya suka guna resepi ni sebab senang, tak ada guna telur..
  • 3/4 cawan susu cair
  • 2SB TKastad
  • 2SB gula
  • 1SK mentega/marjerin
  • 1/2SK esen vanila
  1. Satukan susu cair, tepung kastad dan gula dalam periuk.. Kacau rata dulu, dah sebati semua baru buka api.
  2. Masak sehingga adunan mula pekat, tutup api dengan segera.
  3. Alihkan periuk dari dapur, masukkan mentega dan esen vanila..
  4. Biarkan sejuk dahulu, baru isi dalam piping bag.
Selalunya sediakan kastad ni lebih awal, semasa menunggu doh direhatkan pada 40 minit pertama tu.
Jadi sempatlah kastad ni sejuk dan pekat dahulu...
Bila dah pekat nanti, senang nak piping..
Kalau berketul2 sebab overcook, boleh tambah air panas sikit, kemudian kacau sampai dia lembut balik..


Ini gambar kali kedua cuba resepi ni..
masa ni buat untuk jamuan raya sekolah Hafni..
adunan pertama buat, buat 25biji je..
enSuami cakap, macam besar je untuk budak2 nak makan...

So buat lagi adunan kedua, target nak susun 7x7, jadi dapat 49 biji..
Tray yang sama je dengan yang tadi..


So dapatlah sendat2 macam ni...
Gemuksss jadinya...


Saya tak ada buat eggwash masa ni, lupa sangat..
lagipun bila dok buat roti bun ni, baru teringat nak kena beli spray la untuk spray eggwash tu..
kalau sapu pakai berus, kalau tersilap tangan tu, terpenyek plak rotinya..
kadang2 sebab zarah air/telur tu berat sebab terlebih meleleh dari berus, akan buatkan roti termendap sikit...

Asyik lupa je, nak beli spray..
dulu dah give up sangat dah nak buat roti2 ni...
penat2 buat, roti jadi keras, lembut roti tu tak bertahan lama...
lagi geram tak sempat makan habis, dah berkulat..
sayang sangat tengoknya....

Tu yang malas dah nak buat roti..
beli je la senang, tak ada penat2 menguli..
makan tak banyak mana pun..
setakat roti bantal Gardenia je pun...
bukan peminat roti bun sangat...

Sejak semangat semula buat bun kentang ni,
Ada la juga dok usha, pengawet roti kat 2PLY..
tapi tarikh luputnya, aduhai...
dah nak dekat sangat..
packaging punya la besar...
kalau nak berniaga, boleh la beli selalu guna dengan kuantiti banyak..

Saya ni kekadang je buat roti..
sebulan sekali pun belum tentu..
bila teringin sangat je, teringin nak buat..
barulah semangat nak menguli roti istimewa sikit...

Bila sembang2 pasal roti ni kan, ada je terlintas di fikiran..
ada tak resepi roti sedap macam Gardenia tu...
lembut, wangi, sedap tahan seminggu
enak dimakan begitu sajaaaaaaaaaaaaaaa...........

Ada??? ada???
ce cite, nak sangat buat roti sedap macam gardenia tu, ahakssss

1 comment:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers