Search This Blog

Friday 14 June 2013

Muka Naurah macam laki hang laa........


Balik kampung lepas, kakak dari Sabah sekeluarga pun balik juga.
Kebetulan diorang ada reunion di Bukit Merah.
So bercuti panjang la kali ini.

Tapi selalu pun, memang lama jugak bercuti kalau balik semenanjung.
Mesti 2 minggu lebih.
Iye la nak balik dua rumah mak ayah kan...
Satu dok Kepong, satu nun jauh di Alostaq...

Lepas balik dari Bukit Merah, 1 family deman batuk2 kecuali kakak saya.
Yang teruk si kecik ni la....


Lama demam panas dia.
Sampai hari Rabu malam Khamis, dia jadi keras membatu.
Umi n Abi dia sentuh, xda respon pape....

Muka pucat lesu, gelabah la Abi n Umi.
Terus bawa ke Kedah Medical Centre (KMC).
Dah lewat malam perasan.
Swasta la senang nak pi, hospital Sultanah jauh lagi dari KMC ni.

Kami balik Kedah hari Sabtu, masih di hospital lagi.
Dalam nak balik tu, sempat la tanya OK tak Naurah sekarang?
Apa yang tak kena lama sangat demam?

Kakak kata, doktor suspek kena H1N1.
H1N1? dah lama tak dengaq orang kena virus ni.
Sebab pi Bukit Merah ka?
Mungkin la kot, sebab bila dah ramai2 orang ni, macam2 la bakteria ada kan...
H1N1 tersebar melalui udara OK.

Masa dok pi melawat dia, asyik merap je la.
Orang sakit kan...
Dah tangan pun bercucuk ubat.
Kesiannya kecik2 dah jadi macam ni.
Yang buat dia teruk lagi sebab dia ada penyakit asma.
Dia mudah jadi lemah, sesak nafas la.

Aii kalau jadi kat saya, mesti tak reti nak handle semua ini.
Nasib baik la Umi dia doktor.
Abi plak Farmasis, dua2 bidang perubatan.
Ada kelebihan kat sini, Allah uji pula dengan kesihatan anak2.
Faateh pun dah 4tahun, kecik ja dia....
Naurah plak nampak membesar sihat.

Tembam gitu, geram kat pipi dia.
Dengan mata bulat2 hitam....
Bulu mata melentik, mai mana ni ha....
Umi Abi dia tak da plak camtu.


Kami dok sembang kat spital, ikut mak mertua kakak saya kot.
Muka tembam bulat.
Mata dia tu, wat kami geram tu.
Dengan bibir juih seksi gitu....


Hari terakhir dia nak balik dah, baru kami dapat bermain dengan dia.
Dah sihat daa, xda la nak meragam..
Kami bergambar depan webcam je la... [kualiti tak elok sgt]
Ajak2 main dengan dia, sebab Umi dia nak berkemas barang dah nak balik petang tu...
Dia macam syok la tengok muka dia ada dalam kamera tu.
Tangan asyik nak capai ke skrin laptop jeeee....

Tengahari tu, kami keluar makan kat Restoran Nasi Kandar Ramli.
Dekat je dengan rumah.
Saja nak pekena nasi kandar, Abang Firdaus nak belanja.

Masa dok tunggu order air nak sampai.
Kami semua dok tengok la telatah si Naurah ni.
Alek2 kakak saya kata, muka Naurah macam laki hang laaa...


Mana daaaa...
Muka Hasyim panjang.
Sebelum ni, saya dok terpikir2 dah, muka Naurah ni macam sape ye..
Ada seseorang la yang seiras dengan dia....

Pastu baru saya teringat, muka macam adik ipar saya, iaitu adik Hasyim.
Namanya Nawal.
Sama la ni, pipi tembam naik, bibir bawah ke depan sket, mata dia pun bulat jugak.
Dalam family Hasyim, muka Nawal je lain bebenor...
Yang lain2 ada juga iras2, sket2, muka panjang gitu.


Sama tak muka depa berdua?

Naurah

vS

Nawal

~Cilok gambaq Nawal dari FB~
Cik Nawal Shahri, jangan marah nooooooooo



1 comment:

  1. alahaii siannya...naurah dh sihat ke blm ni? harap2 takde pape la yer

    tp knp i rasa naurah mcm muka u ek? hihi

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers