Search This Blog

Tuesday, 14 February 2012

D.I.Y : Aksesori Perhiasan Kereta ; Berjaya MengUNINGkan WakSabar!

Hari tu plan dalam kepala otak, nak buat 2kusyen nak letak kat dashboard belakang. 2kusyen leher. 2poket belakang kerusi depan. 2pelekat tali pinggang keledar. dan nak letak pelapik kat dashboard depan dan balut stereng keta.

Mak aii, banyaknya hang nak buat Nabilah ahmad.
Dah ler pilih kain kaler kuning, memang enSuami bangkang habis!
Hui, dah beli dah.
Lama sudaaa......
Tapi xsiap2 lagi.

Sebab nak sulam nama kat sarung kusyen dan lain-lain lagi.
Dan untuk setakat ni pun, bukan keseluruhan projek dalam kepala ni dah siap.
Separuh je rasa..

Xsabaq nak pasang dah.

Bukannya apa, banyak sangat barang menyemak dalam rumah n bilikku.
Sebelum housemate kata pape, elok2lah longgokkan dalam keta ja.
Sejak beli almari baju hari2, rasa lega sket.
Bab2 baju dah setel, xda nak serabut pandangan mata bila tengok bilik belakang tu, kalau tak, alahai sedihnya tengok almari bajuku yang terkoyak-rabak n selalu runtuh bila Nurul tarik baju2 dia kat rak baju dia [mesti korang xpaham dan xdapat bayangkan kan, emmm abaikan, memang sedey!]

Bila dah siap je kusyen 4segi n kusyen leher tu, terus semangat nak pasang.
Masa pagi tu pasang, macam ni la rupanya....


MMS kat enSuami, jangan marah, huhuhu!


See, dah kuning kan keta ni, adoi.....
Xtau la sakit kat mana, pi pilih kaler kuning ni...

Memandangkan dashboard belakang WakSabar ni tinggi dan kedudukan kusyen macam tu jadinya bila letak, xjadi nak kekalkan kat situ.
Mengganggu pandangan la bila tengok cermin pandang belakang.
Allah, patutlah...
Dashboard yang kuning tu pun mengganggu.
Masa drive tu, terus tarik, jatuhkan ke bawah.

Akhirnya pada masa kini, kusyen ni duduk macam ni je la, kat kerusi belakang tu.

Kadang2 rasa menyemak la plak..
Kadang2 rasa lantak lah...
Habis pusing plan 360 darjah.
Tak seperti yang dibayangkan.
Sekarang ni macam tu lah.

Ayat bangkangan:
Nape pilih kaler kuning?
Hitam lagi best, lagi macho!
Dalam hati sabaq je lah...
Yelah kali ni je nak wat benda ni....
Pakai la dlu sampai kotoq rosak, pastu buang!
Lepas ni beli ja terus, malas dah nak wat pape...

2dunia yang berbeza.
Mungkin diriku yang cerah, memang dah besa kaler yang striking.
Tapi enSuami, xsuka, xsesuai, pelik katanya.

Apa yang pelik, mataku nampak cantik saja.
Dia dah biasa dengan kaler yang besa2, yang xjanggal dan sesuai dengannya.
Tapi Nabilah memang tiada halangan, kaler apa pun masyukkk...

Sekarang menjadi pnIsteri dengan dunia yang terhad pilihan warnanya untuk meraikan enSuami.
Baiklah ini yang terakhir wat pelik2...
Lepas ni nak diam saja....

*Apa ek kerja harianku bila menjadi suri rumah sepenuh masa kelak???? Nak merapu gitu gini xboleh sudaaa...sobsobsob =(

Wednesday, 8 February 2012

Trip ke Kedah, bawa Kawan2 N9 tengok pokok PADI...

Kami semua bertolak awal pagi hari Sabtu...
Awal pergi ni, nak saran kat kengkawan lalu jalan bawah tanpa highway, xberani la plak sebab xingat jalan sangat.
Almaklumlah, baru menjadi pemandu dengan rasminya.
Sebelum ni, ikut orang je kan, kadang2 masuk2 keta ja, nak tidoq truih, hahaha.
La ni dah jadi pemandu, memang xleh nak tidoq2 la..
Dah la pemandu x expert lagi...

Jadi, semuanya serah kat Kak Sab sbg ketua driver, n kami as co-pilot pada pagi tu..
Dah masuk hiway, sesak gila la plak.
Akak frust la, jammed...kita lalu jalan bawah nak?

Dah tu, kontek enSuami tanya pasal jalan.
Dia pun kontek google map, nak tengok jalan.
Dah xda exit yang sesuai..
Kalau keluar pun, dah jadi jauh balik..

Masa kuar dr rnr tu, Nabilah dah stat mandu, Kak Sab mengantuk plak..
Terus, kami jumpa exit Tg Malim..
Kuar jugak, kat situ...
Jauh pun jauh lah..

Terus lagi, enSuami kata kena masuk hiway balik bila sampai Bidor.
Xnak arr masuk hiway...
Kebetulan masa lalu situ, nampak Lumut la plak.
Dengan yakin, belok ke Lumut plak [105km mak ai]
Hahaha, konon cam dah besa ngan jalan ke Lumut.

Lamaaaaaaa masuk jalan tu, cam semacam je...
Dalam hati, jangan la sesat plak.
Takut kena marah ngan enSuami [sebab xdengaq cakap suami kan, ampunnn]

Kak Sab positif kan keadaan.
Nabilah dah besa kan jalan sini, xpe terus je.
Kan haritu nak pi kenduri Dira menghala ke Lumut, Teluk Intan.
Ye ke, xingat dah, huuuuuu takut...
Xpe xsesat, terusss betul dah ni... [sejukkan hatiku-hai hati tenang, OK]

Memandangkan mencari jalan tanpa pengetahuan enSuami, huhu
Tepon BangChiq plak...
Dia memang expert jalan Ipoh, Bota, Setiawan, Seri Manjung, Lumut, Pantai Remis [sbb dulu blajaq kat Seri Iskandar]
Jadi teponlah abang, tanya pasal jalan. Diapun habaq sebijik2...
Haa, memang betui jumpa jalan tu, jalan ni...
Selamat la kami sampai kat umah dia kat Bukit Mertajam dalam jam 2.30 petang.

Berehat la kami dengan makan tengahari sekali.
Jam 5, kami pun keluaq untuk balik Alostaq plak.

Bila sampai tu sengaja amek exit tol Alor Setar (S) sebab nak pi pekan Alostaq, nak beli kain [almaklumlah masuk kelas jahitan sekarang-nak cari kain kat Bangi xsyok....nak balik beli kat kampungku jugak]

~Hehe, stesen teksi Pekan Rabu pun menunjukkan sokongan kepada Kerajaan Negeri, Takbir!~

Dengan alasan boleh solat Maghrib kat Masjid Zahir [kebanggaan Kedah]
Walaupun ceq orang Kedah, xpenah lagi solat kat sini [sedihnyaaa]
Dulu pun ada cerita tentang impian nak nikah kat masjid ni [cerita di sini]

~Dulu sekejap, nama dia Cek Det Mall - mungkin nak mengampu TunM kot. La ni nama Pekan Rabu semula, bru syiokkkk~

Lepas beli kain2, kami ke Pekan Rabu plak.
Nanti mesti orang tanya dah pi Alostaq, xsinggah Pekan rabu ka?

~Ok, ini kuih bunga pudak, bukan popia! Abg ipaq dulu kata popia ke ni, bila tengok kuih nih, hihi. Rasanya manis, intinya dari kelapa parut. Nabilah Ahmad xreti lg buat kuih ni, nanti ceq blajaq naa~

Mana buah tangan? Kalau nak buah tangan dari Kedah, memang sesuai la membeli kat Pekan Rabu ni...
Jom pi Pekan Rabu yang canggih ni...

~Pemandangan dari jejantas Pekan Rabu- Waktu Maghrib~

Aisyah kata, Canggihnya pekan Rabu... siap ada eskelator. tak penah tengok eskelator tengah2 jalan pekan camni...!
Hahaha, itulah kebanggaan Pekan Rabu!

~Bergambaq sat dengan eskelator yang canggih ni~

~Baru tau ada bangunan PAS kat sini, adoi adoi, berat mu nih!~
~Pemandangan sekitar Pekan Rabu, baru naik je ni. Tetiba isytihar diri 'Bakti Mendahului Janji' setelah dah kalah di Kedah~
~Pemandangan Masjid Zahir pada malam tu, indahnya-Subhanallah~
Lepas selesai solat, kami ke klon I-City kat Alostaq plak.


Dekat ja, depan Masjid Zahir ni je...
Kami pun pi jalan kaki lintas jalan yang sesak tu, kenderaan xberhenti2 adoi, susah nak lintas.
kena lari2 cumil cam penguin kekeke [teringat plak istilah Puan Ain Rashid]


~Pemandangan Menara Alor Setar pada waktu malam~
~Bergambaq dengan syoknyaaa~
~Paksa Kak Sab n Aisyah dok kat Papan tanda ni. Cop dah mai Kedah dah!~

Esoknya, hari Ahad, kami ke Muzium padi plak...
~Design Muzium ni pun ada PADI haaa~
Syok ehhhhh....
~Khusyuk koooooot, membaca hehe~

Ada banyak info la pasal asal usul padi.
Terusan glamor Terusan Wan Mad Saman.

~Masa ni tengah khusyuk baca pasal terusan Wan Mad Saman yang idea asalnya dari Siam~

Jenis dan nama2 padi yang ada di dunia ni.
Yang ceq ingat Padi Malinja je la..

~Emping ni pun, makanan tradisional Kedah, tapi xbeli pun, sebab xlalu nak makan, takut org Selangor pun xlalu nak makan,huh~
Ingat masa subjek Sejarah Tingkatan 1 tu, Cikgu Abdullah cerita padi Malinja ni, bila dah jadi beras, masak nasi, nasi dia lembutttt ja... Pas2 boleh tahan smpai 3hari.
Beras la ni, jangan harap la, sehari pun dah boleh basi kalau basuh xbersih betul2.
Dan juga jenis periuk nasi yang diguna.
Ikut pengalaman ceq la, Mak dok komen, periuk nasi yang penutup dia jenis sekali dengan periuk tu, memang nasi xtahan lama. Kalau penutup periuk jenis asing2 tu, OK [korang paham x???] Periuk plak salah, hahaha...


Masa pi Muzium ni, CikTeh teman.
Dah banyak kali kot dia pi...
Ceq ja yang first time nak masuk...n Kak Sab dan Aisyah.

Bila masuk Muzium ni, depa akan bawak pelawat terus ke pentas persembahan.
Siap pusing2 lagi pentas ni, pening kepala...

Kat pentas ni, ada lukisan keseluruhan pemandangan di sekitar Muzium ni.
Memang real sgt lukisan2 ni.
Kami pun terpegun, bergambar, dan amek gambar lukisan2 yang cantik2 ni....
Macam terer je kami amek gambaq2 ni, hehehe...

Jom ikut kami membajak tanah dengan kerbau....
Selain dari gambaq lucu yang hari2, [cerita sini] gambaq ni pun lucu.
Tapi nampak real ak....
Ada kerbau kat sini, nak membajak.
Camni zaman dulu, sebelum ada trektar [bahasa Kedah, rasminya apa, adoi lemah nak translate]
Pastu jalan2 lagi, lagi nak ketawa bila jumpa ni...


Hangpa nampak???
Hahaha, Chah chah, kerbau ke kanan.
Kami dok mengacah [mengusik] Aisyah yang kadang2 orang panggil esyah, Echah, chah chah sama la kan..
Gelak2 kami kat depan ni, hahaha...



Pastu ada pulak Pantun Kasih.

Aisyah kata, ha sesuai ni pantun suamisteri nih..
Ha memang pun, rangkap terakhir, sesuai nak bagi kat enSuami, hehehe

Ok, sesape nak datang melawat ke Muzium Padi ni, amatlah dialukan.
Ini jadual Muzium. Jangan salah datang pada masa yang xkena, nanti xdapat masuk....hampa ja mai...huhu

Bertentang dengan Muzium ni, ada Muzium rumah Tradisional, tapi xleh masuk plak, tutup sudaa.
Dan ada 1 lagi Gunung Keriang depan muzium tu jugak.

Masa ni rasa pemandangan ini, cantik sangat...
Tapi itu je lah yang ada, apa ntah orang yang pegang kamera tu buat, adoi....


 


Lepas tu balik rumah, rehat tido dlu.
Petang tu kami berjalan kaki ke bendang, tanah ayah punya.
Tapi ayahku xtanam padi, dia tanam pelam [maksudnya mangga]
Memang ayah suka buat pelik2 daripada orang lain.
Dulu tanam la padi.
Sejak pencen, mata pun xberapa nampak, ayah pi tambak tanah, dia tanam pelam semua.
Kadang2 berbuah, tuan punya xdan nak makan, orang lain dah amek awai2 lagi. [xdak rezeki, positifkan keadaan]
Kebetulan masa tu, bukan musim berbuah, jumpa pokok je la..
First time jejak kaki kat situ sejak 2008 pokok pelam tu ditanam.
Selalu tengok dari tingkap dapur kat umah ja, Mak dok habaq selalu, 'tengok pokok pelam ayah hang, orang tanam padi, dia tanam padi xjadi, dia tanam pelam pulak'

~Ok, inilah PADI! hasil sentuhan Kak Sab by DSLR~


Ni keadaan padi yang rebah bila ditiup angin kuat...
Kira ni kategori padi rosak la ni.
Kesian, padi ni xkuat...
Kalau mesin padi boleh kaut [potong] skali, untunglah petani. Selalunya memang rugi la klu gamaknya begini.

Rumahku!
Berlatar belakangkan Gunung Jerai, ok!
Cantikkan kampungku!
Alhamdulillah, =)

~Kami di tengah2 sawah....~

Nampak tak, pokok seketui2 tu? Tulah pokok pelam ayahku, sepanjang2 tanah miliknya.....

 Kak Sab kata gambaq ni cantik, OK saya letak dalam blog saya.....


Pemandangan sungai di sebelah laluan msuk ke kampung.
Ada peniaga jual sayuq dan ikan2 pada setiap pagi.
Sapa ntah yang kreatip ni, buat kapal penanda tu guna polisterin bakul ikan tu..
Cantikkan? Kreatip gitu..
Orang kampungku, memang hebat! hehe
Jom la mai, kami semawa mai Alostaq....[semawa = jemput]



Friday, 3 February 2012

Kuih Lopes yang xbulat,ngeh ngeh (^,^)

Petang semalam, tengah dok wat keja, tiba terlintas gambaran kuih ini di fikiran..

Kuih apa tu, xingat dah namanya..
Lama pk, kuih lopes!!!!!

Camna nak buat?
Try search kat internet..
Pakai pulut plak dah...
Nak beli pulut, mahal plak, cam xberbaloi nak makan sket je..

Petang tu ikut YB ke taman Jasmin, wat edaran jemputan Jamuan Tahun Baru Cina, 4 Feb..
Niat di hati nak cari2 kat pasar malam je lah..
Xyah susah2 nak masak..
Teringin tu, nak makan sket je, bkn banyak pun..
Kalau masak, banyak sgt plak, sape nak habiskan???

Cari punya cari, xjumpa jugak.. [kot tersalah masuk lorong kot]
Xjumpa cari, balik begitu dgn perasaan yang xtahu apa perasaan, huuu...

Pagi td, tiba2 rasa nak mengunyah.
Asalnya nak beli chocolate bar je..
Pas2 teringat nak masak Oblong hari ni [sebab tinggal Nabilah n Kay je kat umah wekend ni, yg lain2 nak blk kg]
Bila pi kedai teringat pasal kuih lopes lagi...
Adoi, tengok2 barang2...
Ok la, stil dalam bajet.
Oblong plak xdak kt kedai tu...
Xjadi nak masak Oblong.
Wat kuih lopes lah, yeh!

Balik rehat tengahari, terus buat.
Kot2 boleh bawak ke pejabat, bg Aisyah rasa.
Dia ni, nampak saja, klu Nabilah nak try pape resepi baru, isk...
Macam tau2 jaaaaaaa...

Pastu kan biasa, kuih lopes ni bulat2..
Balut dgn daun pisang..
Balik umah tengok pokok pisang kat belakang umah tinggi sangat..
Sape nak tolong tebangkan nih?
Xdapek la nak balut daun pisang nih...

Masa dok masak pulut tu, dapat idea untuk padatkan dalam tuperware je...
So tuperware bertuah adalah tuperware aiskrim HPA, kekeke...
Dalam gambar asal resepi tu pun, chef dia dah ubah suai..
Kuih lopes tiga segi...

Jadi macam ni pun OK lah...
Nanti potong2...
Memandangkan daun pisang dah xda, ceq guna daun pandan aja balut dia, kasi wangi gitu....
Macam tu la rupanya, bila dilapik dengan daun pandan, dipadatkan dalam tuperware..
Kira mudah la ni...
Cara tradisional xdapat buat, buat cara moden pun xpa..
Janji jadi n boleh dimakan, tetap kekal sedap, hehehe...

Akhirnya potong 3segi...
Try bawak pi pejabat...
Dah makan beberapa ketui, dah rasa puas dah..

Baki pulut, santan n air daun pandan tadi, pk2 nak wat lagi untuk bekalan perjalanan esok.
Tapi rasa macam dah puas dah makan.

Nak try resepi lain lah...
Apa yang sesuai, hehe?
Seri muka, idak?

Hehe, tengok lah kalau rajin malam ni...

Hari2, ada wat kek carrot untuk bekalan perjalanan balik ke Kedah...

Malam tu buat, krek krek potong dia..
Xrasa lembab2 basah macam haousemate buat..
Yang tertinggal bahan adalah serbuk kayu manis.
Kawan terlupa nak tulis dalam resepi yang dia bagi tu..

Lepas ni nak cuba lagi, try kukus plak..
Kot lembab sket lain kali, idak???

Kenangan kali ketiga makan di Red Wok bersama YB, EnAmir, Kak Sab n Nabilah.
YB nak cuba restoran baru..
Alang2 lalu Putra Kajang, jom la singgah Red Wok [cam buat iklan plak]


YB suh Nabilah yang tempah apa yang sedap, sebab dah besa makan...
Pertama sekali mesti la Tomyam susu dia yang best tu...
Kalau ikut Nabilah, tomyam dengan telur dadar dah cukup.
YB suh tambah order amek ikan masak pape...
Risau plak nak tempah ikan takut kena macam hari2 makan kena RM70 utk ikan siakap saiz utk 2 orang aje itu...
Kali ni amek jgk la siakap, masa ape 3 rasa kot.. saiz 4 org.
Masa ni xteringat nak berkira...
Kalau makan kat kedai Chinese Food ni, saiz makan utk 2 dalam menu, klu kita makan, sesuai utk 4 orang.

Kalau kali ni dtg 4 org, eloknya amek yg saiz 2.
Tp pi order yang saiz 4, amek kau, besaq gedabak..
Dah la tomyam pun dah ada lauk.
Pas2 order lg, kailan masak pe ntah...

Tomyam dia mmg best.
Kalau la mkn nasi dgn tomyam n telur dadar saja, xla rasa sedih sgt..
Tengok la hidangan makanan ni, takut rasa berdosaaaaaaa...

Lama dah dok pulun makan....
Akhirnya xdapat nak habiskan nasi putih itu...
Tomyam pun banyak lagi...
Kami habiskan ikan tu..sengkak dah perut ceq...

EnAmir bawak RM100 pi byr, pulangnya Rm1.20...
Mak ai, 98 lebih la nmpknya..

Tobat dah x pi, hehehe...
Sejak makan kat situ, YB asyik nak ajak je ke restoran ni..
Adoi, udah2 le, xserik2 lagi, huuuuuuu


Wednesday, 1 February 2012

Rahsia Tulisan Tangan kita yang comel ini, =)

Tulisan mencerminkan peribadi... Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup...

Pertama : Tekanan ketika menulis

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
• Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
• Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakitKedua : Bentuk Tulisan

Kedua : Bentuk tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
• Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
• Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)


Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
• Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
• Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

iii. Tegak
• Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

iv. Campur-campur
• Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)


Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
• Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
• Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut


Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
• Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Pendek dan tak sempurna
• Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri


Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
• Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
• Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
• Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

*Korang tergolong dalam kategori yang mana? cepat2 pilih, dan padankan dengan peribadi diri, tepat x?

Sumber : Dr Fadzilah Kamsah

Daisypath Anniversary tickers