Berdasarkan saranan untuk selesaikan semua hal di pihak lelaki sebelum sesi persekolahan 2011 bermula.
Perancangan nak balik bulan 2 semasa cuti raya Cina, agak xsempat nak uruskan. Semput kot, beb nak sibuk2 masa tu.
Sekali orang pejabat cuti, ha nah, amek kau!
Buat cepat, Wak ni!
Tengok2 ha..masa nak setle bulan 12 tu, bukan main tensionnya pokcik tu.
Ha, kan dah cakap.. Elok setle awal2...
Dah setle, terus dia pos ke Kedah. Masa tu ceq dok ada kat Bangi lagi. Rileks la mokcik ni, hehehe..
Bajet nak balik hujung bulan 1 tu, Naimaton kawen...
Bo la pi hantaq borang sekali, BChaq dah tolong amek kan borang kosong selepas terima surat permohonan dari Wak.
Bila dah balik kedah, tengok2 xleh hantaq lagi.
Peraturan di Kedah boleh hantaq borang nikah sebulan dari tempoh tarikh nikah.
Isk, sapa suh buat peraturan macam ni ni?
Menyusahkan orang x eh?
Bukan semua anak dara Kedah ni dok kat Kedah ja. Kalau yang keja jauh2, negeri lain. Sekali sekala balik.
Dah la nak dekat kawen, banyak guna duit. Kalau kena berulang 2-5 kali Selangor <-> Kedah, pengsan la ceq. Pi balik pon duit tiket RM100. Nak kira amek cuti lagi ka.
Habis la cuti saya kalau macam ni... Simpan 10 hari untuk kawen ni. Tinggal 10 hari untuk cuti2 bersama enSuami lepas kawen kelak.
Pastu, terpaksa la redha, xdapat nak selesaikan untuk balik kali ni. Bulan Februari tahun ni, bulan yang sangat sibuk di pejabat. Hujung minggu xfree.. Xdapat nak balik.
Akhirnya amek risiko untuk uruskan permohonan tu masa cuti kawen tu. Seminggu lagi nak kawen, weh!
Xtakut ka? Takutttttttt.... takut ceq xdapat kawen, huhuhu.....
Ada saja bayangan yang mengerikan...
*Kalau pejabat kata, Awat lambat hantaq...Kami nak jawab, sapa suh buat peraturan hanya boleh hantar sebulan sebelum tarikh nikah?
*Kalau pejabat lambat uruskan? Kenduri tetap berlangsung tapi pengantin xnikah lagi?
Oh tidakkkkkkkkk........ Rugissssssssssss saya!
Ai, macam2 la mimpi buruk masa tu........Tawakal je la.
Bila balik Kedah, hari Sabtu tu, cuba untuk mengisi lengkap borang permohonan. Setle mana yang xsetel lagi.
Hari Ahad, mulakan pergerakan. Pi jumpa Tok Imam. Majlis Nikah pun xdecide lagi conpem2.
Nak nikah malam ka? Nikah pagi kenduri?
Tanya Pengantin Lelaki : Nak nikah pagi tu.
Family Perempuan : Nak nikah malam, sebab xmau kalut pagi kenduri. Kami kan tuan rumah, mesti kalut punya la.
Tanya Pengantin Perempuan : *tersepit antara 2. Eh 3. My OP pun dok desak, bila nak set waktu nikah, sebab dia clash byk majlis masa 11, 12, 13 Mac tu. Ramai sangat yang kawen dan bertunang. Nak nikah malam pun OK, xla rasa sekejap sangat pakai baju nikah, sebab kalut2 nak tukar utk baju seterusnya. Lagipun saya ada misi untuk enSuami. (*tapi xdapat nak laksanakan lepas nikah tu, sobsobsob) Nak nikah siang pun boleh, jimat sket belanja untuk OP, hehehe.
*xpenah buat kenduri masa cuti sekolah. Kali ni je xdak pilihan sebab dah kawen dengan Cikgu, =|
Lepas setel kat Tok Kadi, pi Pejabat Agama Islam Kota Setar. Nak hantar borang, kena isi 1 lagi borang kat pejabat tu. Pas2 buat bayaran RM4.Masa buat bayaran2, ternampak plak permohonan buat kad nikah. Tanya2...
Nabilah : Kalau nikah di Kedah, kad nikah ni, kena buat yang Kedah punya ka? Ka buat kat Selangor pun boleh?
Kerani : Kalau nikah kat Kedah, kena buat yang Kedah punya la.
Nabilah : O, ok. Nak kena beli borang ka?
Kerani : Bayar RM40 untuk beli borang tu. Nanti hantar, sertakan 2keping gambar bagi setiap lelaki dan perempuan.
Nabilah : Ok, baik. Saya nak beli.
Kerani : Dah nikah, baru isi, hantaq kat sini balik naa....
Nabilah : OK.Untuk permohonan pernikahan, proses akan siap dalam masa 3hari. Oh, sempat la. Hari Rabu dah boleh amek. Alhamdulillah.
Kes 1
Masa menunggu giliran tu, ada sorang laki minta dia nak segera siap hari ni. Apa permohonan yang sebelum ni, tertangguh berbulan2, membuatkan dia xdapat nak hantaq borang permohonan nikah ni ke pejabat. Hari ni baru dapat, hari ni juga dia mai pejabat. Pas2 plak, dia dah mula cuti, xda wakil yang boleh mai amek borang tu untuk dia.
*Dalam otak pk, laki ni orang mana? Dia nak nikah kat Baling (maksudnya bakal isteri orang Baling) tapi dia xda ahli keluarga yang boleh amek untuk dia hari Rabu ni. Agaknya di Alor Setaq ni, tempat keja dia, dia mohon pengesahan mastautin di sini, dan buat permohonan pernikahan di sini kot)
Kes 2
Xpasti masalah pa, tapi pakcik ni, mungkin wali untuk pernikahan anak dia datang ke pejabat tanya2 la. Pas2 pegawai tu tanya, nikah kat mana ntau? Nikah kat masjid Zahir, pakcik tu jawab.
*Masjid Zahir, bestnya. Masjid yang diingini untuk menjadi sejarah dalam hidupku. Tapi xdapat sebab bukan dalam kariah masjid Zahir. Penah cakap kat mak,
Nabilah : Mak, KChiq nak nikah kat masjid Zahir, bo ak?
Mak : Xketahuan kot, bukan kariah kita kat situ.
Nabilah : Ala, artis boleh ja nikah kat mana2. Xkan kita xbo kot?
Mak : Awat, hang artis ka ha?
Nabilah : *sebek ler kami ("_)
Redha je la, nikah kat Masjid Kebun Pinang, Masjid Nur Iman Batu 4 Tandop.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)