Dapat hadiah electric oven dari Kak Mariah dan Hj Rosdi.
Terima kasih, Kak! Hj Rosdi jugak.
Teringat masa kursus frozen food tu..
Kita sama2 mengacau adunan kuih-muih dan kek jugak.
Agaknya akak dapat teka dari sini ke ek?
Nabilah baru berkira2 nak beli oven dan microwave hari2.
Tengok2 malam tu, dah dapat kat pejabat.
Alhamdulillah nasib bek xbeli lg siang tu.
Tapi yang rugi, xdapat beli microwave Samsung yang murah dalam harga promosi tu sebab dah ada yang beli hari Isnin tu, huhhhhhhhhhhhhhh
Xda rezeki nak dapat yang murah dengan barang yang berkualiti.
Kena plan n kumpul duit lg untuk misi yang akan datang.
Masa pi hari Selasa tu, memandangkan microwave dah dibeli oleh orang lain, jadi saya beli dapur gas, jenama Elba.
Dah ada kat umah kat Bangi ni.
Sekarang dah ada dua harta untuk rumah baru di sini.
Akan cuba bawak balik ke Sekinchan untuk simpanan masa depan.
*Bila ya dapat pindah serumah dengan enSuami???*
Hari ni, Nabilah dah guna electric oven ni, Sayang!
Wat masak roti telur mata kerbau macam Sayang tunjuk kat blog dulu.
Sebenarnya nak uji oven tu berada dalam keadaan baik dan tidak rosak.
Kalau sempat ceq mana2 yang rosak, boleh la kita tukar ke baiki ke selagi ada warranty kan???
Roti telur sedang dibakar dalam oven
Akhirnya siap roti telur ni..
Siap makan macam makan piza plak, hehehe...
*Resepi kedua mungkin kek besday kitorg...Nak buat kek apa ye, kawan2??
...........Nanti kita cuba buat lagi yek, sarapan ke sekolah untuk Sayang..........
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih untuk komen bernas anda :)