Search This Blog

Showing posts with label Blogger Lovers. Show all posts
Showing posts with label Blogger Lovers. Show all posts

Friday, 7 October 2016

Macam mana 'bloglist' boleh hilang?

Assalamualaikum.

Hai korang punya blog jadi macam saya x eh?

Petang semalam baru perasan, masa nak add 'bloglist', sekali tengok tak ada..
Refresh byk kali pun xda, aik..

Tak puas hati, buka layout [berwajah baru kan?] Memang sah xda langsung!

Saya tak ada edit apa2 pun..
Lama berbulan dah xbelek apa2 pun kat blog ni..

Klu update blog pun, taip2, publish, terus tutup.
Memang xcara la nak deko2 blog ni, xda masa...

Tu yang hairan tu macam mana boleh hilang..
Habis lah link2 penting yang saya simpan.
Macam mana nak cari balik, huhu..

Baru sikit dapat tambah link blog kawan2 yang saya ada bookmark dalam laptop.

Meh tinggal kan link blog korang ya..
Nanti boleh saya add dalam 'bloglist'saya, please..

Bukan ku pinta, hilangnya 'bloglist' tu,
Tidak ku sangka, rupanya begini..
Sedeh weh...



#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Wednesday, 26 August 2015

TEMPAHAN : Makeover Blog

Assalamualaikum..

Alhamdulillah...
terima kasih kepada mereka yang sudi menerima khidmat NH Design untuk makeover blog anda...
Terima kasih...


~SEBELUM~


~SELEPAS~


~SEBELUM~

~SELEPAS~

Dah mula dok makeover blog orang, terasa bersemangat la plak..
nak makeover blog sendiri pula...

Tapi tetiba dapat link blog Dr bos yang lama...
masih jejak yang lama...

Ada angin, mood rajin mai..
saja2 tukar muka baru...
last saya design tu tahun 2013 sebelum habis kontrak...
so tukar baru yang lebih simple...


Belum siap sepenuhnya..
dah lama tak kemaskini blog ni..
labelling pun tak ada tag, kena rajin lagi masuk kemas2 blog ni..
ex-bos ni, update entri setiap hari, tapi kurang cakna dengan penyelenggaraan blog seperti labelling, hehehe...
Dr. semakin sibuk dengan pembinaan Masjid Al-Umm yang dah nak siap ni..
tak sabar nak meraikan perasmian masjid ni.. [sebab pernah terlibat dengan mesyuarat JK Masjid]
harapnya berkesempatan tak lama lagi, inshaAllah...


Ada yang berminat nak tempah makeover blog/website? RM30-RM50 sahaja.
Buat blog/website? RM50 sahaja.
Servis update blog/website tanpa had bilangan entri RM10 sahaja sebulan [maklumat sedia ada dan arahan yang lengkap]
WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Majalah | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

Saturday, 18 June 2011

7 Cara Buat Duit dengan Blog Sendiri


Posted by Azahari on June 16th, 2011

Berikutan beberapa email yang kita terima bertanyakan “bagaimana blog boleh menjana pendapatan”, “bagaimana buat duit dengan blog”, terdetik untuk kita menulis di blog sekadar berkongsi ilmu kita yang sedikit ini. Secara ringkasnya, terdapat beberapa cara untuk kita mendapatkan wang dari blog. Antaranya :-

1. Buat duit dengan meletakkan iklan di blog.

Kaedah ini amat popular dilakukan kebanyakan blogger. Jumlah pengunjung yang tinggi menjadikan blog popular dan mudah di cari. Trafik yang banyak dan konsisten di blog merupakan kelebihan dengan menggunakannya untuk meletakkan iklan. Pelbagai saiz dan susun atur iklan boleh diletakkan seperti banner, skycraper, icon kecil mahupun iklan teks.

2. Buat duit dengan Google Adsense.

Kita boleh mendaftar akaun Google Adsense dengan mendaftar di sini. Setelah mendaftar, pihak google akan mengesahkan akaun google adsense dan setelah itu kita boleh masukkan iklan yang telah google sediakan. Kita cuma pilih saiz dan jenis iklan yang mahu kita letakkan di blog kita. Apabila pengunjung klik pada iklan tersebut, kita akan dapat wang mengikut harga iklan yang di klik oleh pelanggan.

3. Menjual blog berpotensi

Apabila blog kita sudah ada pengunjung dan pengikut blog yang ramai, kita boleh menjual blog dengan harga yang kita tetapkan. Jika kita merasakan blog kita itu berpotensi untuk dimajukan tetapi kita tidak dapat menguruskannya lagi, ini merupakan langkah yang baik. Kita boleh memindahkan kandungan blog serta domain yang kita daftarkan kepada pembeli setelah harga dipersetujui kedua-dua belah pihak. Memiliki blog .com sendiri juga memberi kita kelebihan apabila menjualnya kerana kita dapat menawarkan harga yang lebih tinggi.

4. Menyertai program affiliate

Program affiliate samada dari Malaysia atau luar negara memberi pulangan lumayan apabila ada pengunjung membelinya daripada link kita. Kod affiliate atau banner kita boleh letakkan di blog dan pengunjung yang membeli dari link kita, kita akan dapat komisen. Contoh program affiliate yang kita jalankan adalah Affiliate Video Buat Blog. Pendaftaran affiliate juga mudah dan kita boleh letakkan banner di blog dengan mudah.

5. Membuat review berbayar

Blog boleh menjadi tempat yang sesuai untuk membuat review kerana pengunjung internet mencari maklumat di internet. Katakan ada pengunjung yang ingin membeli kamera tetapi ingin mendapatkan gambaran atau pandangan pengguna yang telah menggunakannya. Mereka akan mencari maklumat di Google dengan menaip keyword seperti “camera review” atau “review kodak latest camera” dan macam-macam lagi keyword. Bagi kita, ini merupakan peluang buat duit dengan membuat review berbayar. Pihak pengiklan akan membayar bagi setiap review yang kita akan buat.

6. Menjual produk sendiri

Bagi blogger yang sudah pun mempunyai produk sendiri, lebih mudah untuk kita promosi di blog. Kita boleh masukkan gambar produk, membina borang pesanan, contact form, facebook dan sebagainya di dalam blog yang kita bina itu nanti. Pengunjung boleh membuat bayaran samada melalui perbankan internet ataupun deposit ke mesin ATM. Mereka boleh mengisi borang pesanan di web setelah bayaran di buat dan kita dapat semak pesanan samada di blog ataupun melalui email.

7. Buat duit dengan servis

Kita dapat menawarkan servis yang tawarkan di blog. Servis merupakan cara yang mudah untuk kita buat duit dengan kos yang amat minimum. Pelbagai servis kita boleh buat bergantung kepada kepakaran kita. Perkhidmatan servis yang baik juga menambahkan pelanggan kita dan juga mungkin menambah “repeated customer” yang berpuas hati dengan servis kita.
Bagi saudara yang berminat memiliki blog domain .com pilihan sendiri, saudara boleh dapatkan Video Panduan Blog Wordpress di sini.





Daisypath Anniversary tickers