Search This Blog

Thursday 30 April 2015

RESEPI : Akhirnya dapat pau macam orang jual tu..

Assalamualaikum....

Yezza, kembali mood nak masak2 masuk blog..

Angin apa saya xtau..
enSuami dok berzikir suh buat karipap, pnIsteri pi buat pau, huhuhu...

Hujung minggu lepas, beli stok baru bahan masak kat rumah...
bawang besar punya la banyak enSuami amek, sampai 2KG lebih...
murah la kata kan...
dapat shopping kat TF tu..
beli kentang banyak2 nak buat inti karipap...

Petang semalam, saya dah buat awal inti karipap ni..
kali ni guna resepi sempurna, bukan main campak2 ikut dan je [spesies apa entah, hahaha]
inti karipap kali ni guna resepi dari Puan Hanieliza, ikut sukatan semua betul2, sebab nak buat sedap2..
cuma saya gandakan saiz adunan, sebab nak buat banyak2..
nak buat stok lebih, tak perlu buat banyak2 kali, jimat tenaga dan masa, kekdahnya....

Resepi Inti Pau Ayam (boleh juga guna untuk karipap)

300 gm isi ayam [potong dadu kecil]
3 biji kentang [dadu kecil]
1 batang lobak merah kecil [potong dadu kecil] (yang ni saya ganti keledek, carrot dah habis)
2 s/b serbuk kari ayam (saya guna 3SB serbuk kari + 1SB serbuk cili + 2BIJI cili padi-nak pedas, huhu)
1 cawan air
garam gula
daun sup [racik kasar] 

Bahan tumis
minyak
1 ulas bawang putih [hiris]
3 ulas bawang merah [hiris]

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn sedikit air, isi ayam dan kacau rata.
3. Masukkan kentang, carrot, garam dan air.
4. Biarkan mendih dan pekat.
5. Bila telah lembut dan pekat boleh masukkan inti dalam mangkuk.


Selalu kan, saya buat inti karipap, masa tumis mesti letak kayu manis, bunga lawang, macam nak buat kari.
tapi sebab dalam resepi ni tak ada, so, saya ikut je..
mungkin tak sama kot untuk inti pau ayam...
tapi hasilnya sama juga macam biasa inti karipap [bagi saya lah, huhu]

Pagi ni baru buat doh kuih pau selepas sarapan pagi..
rasa macam tak ada kerja plak, tak tahu nak buat apa..
terus teringat nak buat pau lah...
terus keluarkan mixer nak buat...

Masa tu ingat nak buat doh dari resepi tadi je..
tapi sempat lagi dok google...
tapi taip pau cina...

Sebab ini kali kedua saya cuba buat pau..
hari tu buat, tak berapa nak jadi..
enSuami komplen, mana boleh buat kuih pau guna tepung biasa...
awat yang tak boleh nya? saya dok buat dengan Mak zaman dulu, guna tepung gandum je..
pastu tekad nak beli tepung pau plak..
dah beli tepung pau, tapi tak buat2 lagi.
tepung roti yang beli sama dengan tepung pau, dah habis licin, selamat buat roti, bun...


Jumpa la resepi kat blog Wind of Change, tapi dia ada bagi link PAU BAGUS...
kedua2nya saya tengok...
apa beza dari segi bahan2, adunan, cara buat, dan hasil tekstur kuih pau selepas masak...

Ye la bos besaq nak makan pau yang macam jual kat Sungai Besar tu..
kalau orang Sungai Besar, mesti tau, ada pau sedap kat tepi jalan, berdekatan dengan pasaraya Sri Kassim tu...
kalau pergi Sg Besar, mesti nak beli pau tu...

Tapi sejak reti buat sendiri, dah tak rasa nak beli...
sebab dah reti buat sendiri..
entah macam mana, saya pilih nak buat resepi PAU BAGUS...
Sumber asal resepi PAU BAGUS dari kak NoorMasri

Bahan (A)
250g tepung pau
20g gula caster
11g yis kering
125g air

Bahan (B)
250g tepung pau
100g gula caster
15g Double Action baking powder
5 g garam
30g shortening
125g air

Inti - ikut citarasa

Cara

  1. Bahan A, campurkan semua bahan kering diikuti air kemudian uli sehingga sebati dan perap 1 jam.
  2. Bahan B, dlm bekas lain campurkan bahan kering diikuti shortening dan akhir sekali air. Uli sehingga sebati dan rehatkan sekejap.
  3. Selepas 1 jam doh A diperap, campurkan dgn bahan B dan uli sehingga licin lebih kurang 7 minit.
  4. Perap 30 minit.
  5. Kemudian tumbukkan doh utk keluarkan angin dan timbangkan setiap bahagian seberat 50g.
  6. Masukkan inti dan biarkan naik selama 20 minit.
  7. Bahagian bawah tu lapik dengan kertas/daun pisang (gunting dalam size 2" X 2" samada segiempat/bulat).
  8. Kukus selama 7 -10 minit.
  9. Pastikan tudung pengukus dibalut kain supaya air wap tidak menitik ke atas pau.
  10. Enak dimakan panas2.


Haaa, macam2 suka duka nak buat kuih pau ni..
ada ke patut, masa timbang tepung semua, siap diadun dan diperap, nak sukat tepung untuk bahan B baru teringat, apesal guna tepung gandum???? yarks.......
dah ada beli tepung pau, boleh pulak, pi amek tepung gandum, adoi...
otak letak mana xtau, huhuhu...

Dah tu Bahan B baru guna tepung pau.
kamikaze tak???
sempat lagi dok pi mengadu kat Kak WindofChange tu, tersalah tepung, boleh cenggitu...
memang otak tak center agaknya pagi tadi...
saya teruskan jugak la buat..
kalau jadi, rezeki...
kalau tak jadi, pasrah je la...


Lepas dah perap tu, oh ya, untuk bahan B, saya buat lambat sikit setengah jam dari Bahan A.
sempat lagi dok cuci2 besen, pinggan, segala..
nasib baik enSuami rajin hari ni..
dia yang masakkan makan tengahari... Nasi planta + kurma telur rebus.
Alhamdulillah...
saya boleh la fokus buat kuih pau...


Pastu timbang 50G, agak besar juga la...
sebesar tapak tangan, belum tunggu kembang selepas 20 minit...
lepas ni kalau buat lagi, kurangkan sikit timbangan.
boleh dapat banyak biji.
yang ni, dapat 18 biji je...


Lepas bahagikan doh kepada 50G, baru mula membalut pau...
saya leperkan sikit je..
tak pun, tak ada tekan2 pun, masa angkat tepung tu pun, doh dah tertarik sikit, so, terus letak inti.
1 SB inti, kalau boleh nak letak lebih lagi..
nanti bos besaq komplen, inti sket plak kang...
tapi 1SB pun dah kira patut da, satni susah plak nak tutup...


Terus je tarik hujung dengan hujung yang bertentangan, cantumkan...
Ok, saya tak ada plan nak buat kuih pau yang cantum atas tu..
jadi saya terbalikkan aje, cantuman tu ke sebelah bawah...
buat lapik dengan kertas A4 je, baking paper tak ada.
stok daun pisang, dah jadi kuning dah..
kalau ikut saya, lagi suka guna daun pisang.
tapi tak pe la, guna kertas plak....



Lepas dah bentuk2kan, kena rehat lagi 20 minit.
saya susun dalam tray oven, simpan masuk dalam oven je..
kat luar tak ada ruang..
dan tak selamat juga, Hafni macam geram je dok tengok, sebiji-biji macam ni...

Siap je semua 18 biji, cukup2 masa nak makan tengahari jam 12...
so makan dulu, ingat nak kukus petang2 nanti...
saja nak buat lambat, macam orang jual tu, kira lama la doh dia mengembang...
tapi tu la, dalam jam 12.55 kot, saya keluarkan juga kuali untuk kukus...
tak nak biar lama2, kang lain plak jadinya...

Selepas hampir sejam, biar..
Rupanya begini...


Dia tak kembang naik tinggi lor...
jadi kembang menggelebeh...
berat dengan inti ayam ka, pau oi...


Dan lebih menambahkan lagi suka duka, saya tak ada periuk kukus khas..
sebelum ni, memang style ni je la saya buat...
kehendak nak memasak tu, tidak pernah patah disebabkan dari ketiadaan peralatan, cewahh...
bukan susah pun nak buat, perlu sedikit kreatif dan idea...
masalah pasti boleh settle...
guna apa yang ada je...
janji boleh masak dan makan...



Hentam dua kuali terus, nak cepat punya pasai...
dan sebab pau ni besar kan, 3 biji je boleh muat...
memang sesuai la perderas terus dengan dua kuali...


Hasilnya, tak comel.......
berkedut2 tu, sebab mungkin tak tutup dengan kain..
dan juga bila tengah panas, tiba2 angkat penutup, dia terus turun, [yang saya perasan la- hasil post mortem, hihi]
mungkin hasilnya tak sesempurna dengan periuk kukus khas kot...


Tapi rasanya, memang BEST..
sebagus namanya PAU BAGUS...
lembut dan gebu...
saya suka teksturnya....
rasa macam dah sama dengan pau yang dijual di Sg Besar tu dah, hehehe...
tapi tak tau la bos besaq nak komen apa nanti...



Masa dok snap gambar, dah ngap 2 biji...
masa dok menulis ni pun, dah ngap 2 biji..
4 biji dah selamat masuk perutku....
pau ayam sedap dimakan, nyum...nyum...nyum.. [macam Ipin nyanyi la plak]

5 comments:

  1. assalam...pandainya buat pau..rajin.

    ReplyDelete
  2. Slm Nabila, pau tu jd kedut sbb terlebih perap. Tq krn sudi cuba resepi tu. Next time perap jgn lama2 ye..cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh, mmg xleh lama ek..
      Ok.
      Mmg nk buat lg lps ni, sbb sedap..
      Mekasih kak utk tunjuk ajarnya.

      Delete
  3. patutnya perap 20 minit sahaja.

    ReplyDelete
  4. assalam nabila…maaf kros tak menjawab soalan u. lama bercuti blogging. huhu!!!!btw pau tu walau kedut2 tapi still nampak gebu. kak noor sifu pun dah jawab tu ;)

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers