Search This Blog

Wednesday 21 January 2015

DAPUR : Rak terbuka di ruang dapur

Assalamualaikum...

Hari ni, mood baik punya, kekeke....
Happy happy, baru balik dari shopping kat Giant, huahuahua...
Giant je pun, hahaha...

Ok, syok nak habaq, sebab tak selalu beli banyak2 kat Giant...
sebab giant lebih mahal sikit dari Tesco.
Kebetulan untuk katalog 2minggu ni, kat Tesco tak offer banyak makanan yang murah, Giant plak yang melimpah2 makanan yang ada sedikit sale daripada harga biasa...

Oppppppps, walaupun nampak macam ada sale kat giant, tapi saya tengok juga.
Kadang kalau sale pun, tapi still mahal juga [banding dengan Speedmart atau Mydin atau Tesco], tatap tak beli juga.
Dah giant memang mahal kan, huahuahua....

Memang dalam list nak beli makanan2 kering yang dah kehabisan stok.
Dah tesco tak ada offer, kita pi giant la, hoorey....
Ada banyak barang yang memang saya dok aim, Giant plak buat offer.
Macam orang mengantuk yang disorongkan bantal, kekeke....

Dah balik tu, kerja mengemas, simpan2 la plak, barang2 yang dibeli.
Sebelum ini, macam biasa, makanan kering, saya letak di bahagian atas para microwave.


Bahagian belakang tin biskut tu.
Nampak gayanya, tak jadi la nak cerita part tu.
Sebab sekarang isi2 kat belakang tu, dah berubah posisinya.
Apa yang ada sekarang, ada tin biskut tu yang dah dibalut wallpaper, dan bakul pink untuk letak roti dan biskut.
Kategori makanan 'ready to eat', kekdahnya.

Di bahagian para ni, agak tinggi untuk capaian tangan saya.
Tambah lagi, kena simpan kat bahagian belakang.
Masa simpan tu, memang saya dah siap tarik kerusi, siap simpan semua macam biasa.
Pastu, dok kemas2 kat peti ais, terperasan la plak rak kat sebelah tu.
Aiii, selama ni, tak nampak ke rak tu, heyyyy...
Bukan tak nampak, tapi buat2 tak nampak...
Sebab sepah sangat kat rak ni....


Kat bahagian rak ni, ada 4 para.
Atas sekali, kami letak barang hardware, lampu2 downlight yang lebih, peralatan akuarium, dan barang2 kreativiti saya.
Ada juga letak lilin, ink printer, dan juga penyembur nyamuk.

Tingkat 2,3, baru saya guna untuk letak makanan.
Sebelum ni, tingkat 2, saya letak bawang2 dan bekas biskut kuih raya tu.
Sebab kan tak susun2 sangat, memang tak banyak pun barang boleh letak.

Tingkat 3, saya buat letak botol minyak masak, dengan tipuware yang kosong, menanti giliran untuk digunakan.

Tingkat 4, simpan kotak besar yang dalam tu ada oven dan langsir rumah, simpan sat kat sini, tak ada tempat lain, huhuhu...

Ok, sebelum mula kemas tu, tak mau nak amek gambaq...
Sebab tak tau lagi, sama ada selepas kemas, berubah ke tak, dari sebelumnya...
Aikkkk
Kalau dah namanya mengemas, takkan la tak da perubahan kan?
Tak kira, tak kira, tak mau tunjuk jugakkkk, hahahaha....

Pertama sekali, bahagian atas tu, saya kemaskan dulu.
Lepas siap pasang almari IKEA haritu, skru2 yang lebih tu, kami main longgok2 je kat dalam kotak pink tu.
Nak harap enSuami saya, memang tak la, dia nak simpan.
Ada banyak benda yang boleh dibuang, masih ada di rak ni.
Bila buat penyisihan, baru clear sikit.
Time mood rajin ni, laju je nak buang barang2/sampah2 yang tak berguna.
Malas nak simpan2 lagi, buat semak plak....

Alang2 dah nak mengemas ni, saya tunjuk sekali la, cara saya simpan barang2 hardware kat rumah...
Hardware lah sangat, hahaha...
Saya guna kotak laptop acer ni...


Kotak ni best, sebab ada pemegang.
Lagipun, kualiti kotaknya tebal.
Ada 3 kali kunci.
Memang sesuai sangat nak guna.
Gaya mekanik bawak kotak spanarnya, hehehe...


Kat bahagian dalam, saya guna bekas2 rempah saya yang lama.
Bekas plastik, yang asalnya penutup kaler merah.
Tapi sebab rajin terlebih, saya pi spray hijau, kenkonon nak tema hijau la untuk dapur.
Disebabkan saya tukar botol kaca, so botol plastik ni free.
Entah macam mana entah, dapat idea nak guna bekas ni untuk isi paku2, skru2 yang ada.
Sebab kalau nak harap enSuami, merata-rata la jumpa paku, skru ni...
Ikut dan dia je, nak letak mana....


Jadi, alang2 dah ada bekas ni, saya pun isi semua barang2 yang ada ikut kategori dalam satu bekas.
Nanti senang nak cari, ambil, letak balik.
Dah bekas pun transparent kan, takkan tak nampak kottt....


Yang bahagian kiri plak, ada L-shape, glue gun, Allen key, sarung tangan, penggelek cat kecil, spanar pun ada.
Bila simpan setempat, senang nak cari.
Tak ada nak lupa2, salah tempat nak cari, tak jumpa2 bila nak guna...
itu semestinya dielakkan.


Kotak ni, saya letak bahagian tepi sekali.
Sebab dia lebar sangat, tak muat dah kat bahagian lain.
Sebelah dia plak, ada bekas Shell ni.


Dalam dia ada semua kelengkapan nak bertukang.
Tapi bukan heavy-duty la...
Just cukup untuk keperluan.


Ada tukul, spanar, player, tape pengukur, screwdriver biasa-bunga, yang kecil dan besar, dan pisau.
kalau tak silap saya, set ni dapat hadiah masa servis kereta.
enSuami tukar minyak pelincir, jenama Shell [sintetik kot]

Lepas tu, ada juga bahagian lilin, kiwi kasut enSuami, ink printer, saya letak dalam kotak.
Haaa, jangan tanya awat tak balut.
Belum cukup rajin nak balut2 tu.
Hopefully, ni sementara je.
Kot le ada idea/tempat lain nak susun.
Malas la nak balut2 ni...
Lagipun tadi nak cepat.
Banyak lagi benda lain tak kemas, [hey alasan, ngehngeh]


Yang tingkat ke2 ni, yang 100% transform.
Saya guna bakul yang sama juga.
Susun2, dapat letak 4 biji bakul.
Tengah2 tu memang cantek la ada space untuk rak pink tu.
Oops abaikan model tecik tu, dia baru bangun tidur
Nasib baik, Ummi dah siap kemas daaaa...


Bahagian kanan, belakang sekali, bahagian makanan dalam tin.
Tapi takde la makanan sangat, hanya susu pekat, susu cair.
dan ada 1 tin nenas dadu, kenkonon nak buat pizza hawaii, sampai la ni, tak jadi lagi pizza, huhuhu.
Bahagian depan, ada tepung gandum.
Belakang tu tepung goreng rangup, tengah tunggu nak refill dalam bekas.


Bahagian tengah, ada rak 3 tingkat ni.
Saya guna buat letak bawang besar, putih, cili kering dan kentang.
Tapi kentang, cili kering, dah habis.


Bahagian kiri belakang plak, ada makanan kering macam bihun, pasta, mi kering kasar, mi kering halus. Suka dengan cap Vit's tu. Giant sale skg RM1.98 sampai 28 Jan, hihihi...
Bahagian depan ni, tak ada apa sangat.
Just nak penuhkan je.
Ada kerepek, serbuk oreo, dengan tepung naik sendiri kot [boleh pulak tak ingat]
Tak ada plak gambar penuh untuk setiap tingkat ek...
Lupa nak amek kot.

Tingkat ke3 ni pun, saya close up bahagian yang baru je..
Nak tunjuk bahagian untuk recycle paper untuk kegunaan dapur dan bekas saya simpan plastik sampah.
Hahahahaha.....


Kertas2 tu, kertas iklan Tesco n Giant.
Lepas dah habis shopping, saya lipat2, untuk guna kat dapur.
Kertas tesco selalu licin, saya guna buat lapik plastik sampah, sebab dia boleh kalis air [lambat serap air]
Kertas giant yang menyerap air, saya guna untuk buat lapik dalam tipuware untuk cili padi atau sayur2.


Plastik2 sampah, saya lipat 4 je...
Just tindan2 je.
Pastu tutup kotak tu, buat lubang kat tengah.
Kenkonon kaedah macam tarik tisu lah.
Tapi saya memang tak tindih berantaian pun.
Boleh je tarik terus.
Plastik tesco, giant, mydin, speedmart je saya guna letak dalam ni.
untuk yang saiz standard yang besar sekali la.
yang kecik2 tu letak asing, untuk guna kat bilik air.
OK, saya tak rajin lagi nak balut.
Kena tengok dulu, lama mana boleh bertahan dengan konsep ni.


Rak ke3 ni, masih dengan tong minyak.
Bekas2 biskut raya.
Belakang2 tu, ada juga tipuware yang besar2.
menanti giliran nak guna.
Ohh ya, semua bakul yang saya ada, yang tak diguna, saya longgok setempat kat situ.
Supaya saya sentiasa nampak, yang saya ada bakul.

Sebenaqnya pagi tadi sebelum pi giant tu, sempat lagi dok berkira2 nak beli bakul baru nak susun2 makanan kering.
Asyik dok fikir, kira2 je...
Tapi belum buat2 kemas lagi.
Sekali dah mula kemas, baru tau....
Takyah nak beli baru pun.
Apa yang ada pun, dah lebih dari cukup, huahuahua.....

Sebelah rak, ada peti ais, sebelah peti ais, ada mesin basuh.
Sebelah mesin basuh, ada apa?
Hahaha, ada tangga.
Saya fungsikan dia sebagai rak untuk saya letak sabun dan pelembut, aci dakkk?
Guna je la apa yang ada.


Ok juga mesin basuh ada kat dapur.
Sebelum mula sediakan sarapan, saya mula dulu kat mesin basuh.
Sambil2 basuh, sambil masak.
Habis masak, terus makan.
Sudah makan, masuk toilet.
Keluar toilet, terus sidai baju.
Sidai baju pun dalam bilik je.
Bilik tu pun, sebelah dapur je, hehehehe..
Senang sangat, tak da nak jalan jauh2.
One stop center, kekdahnyer.....

4 comments:

  1. cantiknye warna dapur merah...seronokkan bila tengok dapur kita sentiasa kemas...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kak nabilah..nk tye,akk buat sndiri ke rak kayu tu?beli katne?bole share x kak?sy tgh mncari idea save bajet utk deco ruang dapur,ruang tamu,bilk dan smue ruang kat umh tu la kak...susah nk cari brg klu xde label..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam aien,
      Rak terbuka tu beli di IKEA.
      Di IKEA, ada 2 jenis, kayu n stainless steel.
      Klu kayu, ada 3 saiz, paling kecil, rm60++, yg besar sekali mcm akak nye, rm127 klu xsilap.

      Klu xdpt IKEA, kedai hardware pun ada jual rak terbuka yg heavy duty, yg kaler biru-kuning tu, hga rm100++ ikut saiz..

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers