Search This Blog

Sunday 16 November 2014

Fail 3inci kini lengkap sempurna semuanya ;)


Assalamualaikum...

Minta maap banyak la hari tu buat kerja tak sempurna lagi.
Entri Jumaat lepas, dah siap ditaip dan disetkan 2,3 hari sebelum tu...
Masa tu memang tak da mood lagi nak upgrade.


Semasa entri dah keluar di blog pagi Jumaat tu, tetiba je mood nak siapkan menjelma.
Tanpa sedar, kaki tangan dah menuju ke bilik untuk membawa fail2 tersebut ke bilik SOHO untuk memulakan operasi.
Sekali dah mai angin nak siapkan tu, terus je laju tangan bergerakerja.

Sekejap je buat benda tu...
Tak keluar peluh pun..
Tapi punya la lama terperap tak siapkan dengan sempurna sampai berbulan-bulan..
Emmm, xtau la nak habaq lagu mana lagi....

SEBELUM : Rupa fail yang separuh jalan.

SELEPAS : Rupa fail yang telah dibalut sepenuhnya...

Ada perbezaan, perasan tak, kekeke....
Alkisahnya, saya dah tercetak lebih chevron [besar] yang cover depan tu.
Macamana entah boleh salah kira, dah terlebih.
Masa nak siapkan balut2 ni pun, dok fikir2 banyak kali, nak guna chevron yang ada saja ke, atau nak cetak baru bagi sama macam yang dah buat [chevron kecil].

Rasa macam tak nak membazir.
Nak guna apa yang ada saja la.
Lagipun masa tu, printer enSuami ada masalah sikit.
Ink hitam tak nak keluar, kena bawak ke klinik dulu untuk servis.
Jadi tak nak buang masa menunggu, guna apa yang ada ja...
Itu yang jadi macam tu tu, hihihi....

Pagi Sabtu semalam, baru enSuami bawa printer ke klinik komputer untuk diservis.
Dah balik tu, baru dapat print beberapa label baru...

Saya buat tambahan untuk hospitality atau fail talian kecemasan seperti dalam cerita entri semalam.


3 fail yang sebelum ni tak ada label, dah berlabel.
Fail lama yang ada tentang diri saya dari tahun 2008 hingga 2014 juga berlabel.
Satu lagi fail untuk tujuan yang sama, tapi bermula untuk tahun depan 2015.
Berakhir bila? kita tunggu sehingga fail penuh la...


Tulis nama sendiri je la...
Nak tempek muka, dok comey (~_^)


Secara keseluruhannya, untuk permukaan luar dan dalam, 9 fail ni dah lengkap mengikut piawaian saya.
Rasa puas hati dah bila tengok kat sudut ni. (^_^)
Sebelum ni, separuh hati je...
Sekarang dah kembang semua la, bila tengok ni, dah siap lengkap.
Bahagian depan, memang saya tak ada label apa2.
Menggunakan sepenuhnya panduan label di bahagian tepi fail semata-mata.

Kat bahagian dalam ada juga partition.
Divider tu buat sendiri guna kad kawen kawan2 [artcard la katakan] kahkahkah...
Jangan marah, naaa kawan2 saya tu (0_0) kekeke...
Babaiiiiiii.........


6 comments:

  1. Wahhhhhh.. siap logo lagi.. memang thorbaik la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang nak adjust bila guna logo, hehe.

      mekasih mamaLyn :)

      Delete
  2. oh cantik dan kemas.....jauh beza dengan cara saya..heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih rehana.

      Oh, buat mcmana tu? Nanti sy pi terjah..hehe.

      Delete
  3. eyaahhhh suka idea labeling guna logo ni...senang nak terjah!! good sharing sangat2!! :))

    ReplyDelete
  4. Nice idea! Senang nak nampak dr jauh bile gune logo.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers