Search This Blog

Tuesday 22 July 2014

aYaQ gLaMoR kat aLOsTaQ ;p

Assalamualaikum....
Dulu2 kat Alostaq ada satu kedai glamor yang juai Bihun Sup, Laksa yang sedap.
Betui2 kat sebelah Star Walk [masa sekarang]...
Ayaq jagung dia best sangatttt...
Tapi la ni, kalau tak silap, kedai tu dah tak dak kot.
Kalau ada pun, mungkin dah tukaq tauke kedai.
Sebab rasa macam tak sama ja sedap kali terakhir makan dulu2 tu....
Lama dah tak berjalan kot tu..
Sebab kalau pi Pekan, tempat singgah selalu kat Pekan Rabu dan Kapitol ja...
Sebab tak reti nak parking reta kat mana.
Dulu2 pi pekan naik bas ja.
La ni dah kawen.
enSuami pun bukan orang Alostaq.
Kalau saya tak reti, dia lagi la tak reti.
Saya pun tak berani nak ajak tempat2 yang saya xtau nak parking reta kat mana.
Satni pakat tarik muka, tension xtau kat mana nak parking.
Hahaha....
Baru ni balik kedah, klu pi makan kat foodcourt Pekan Rabu, ada 1 gerai hujung sekali sebelah dalam, ada juai jagung shake....
Nampak jagung ja, terus teringat yang sedap tu...
Cepat2 la order.
Memang sedap arrr...
Sekali hirup boleh habis...
[isk dok taip ni pun, dok terlioq plak]
Nasib baik sedap.
Boleh la mai minum lagi...
Tapi kadang2 teringin, nak try buat sendiri.
Resepi mudaj je..
Jagung manis yang dalam tin tu, susu pekat, gula kalau nak tambah lagi, dengan air sejuk atau ais batu.
 

First time try...
Tak menjadi la rasanya mcm kat kedai..

Saya syak, sebab jagungnya dan kordial jagung ni..
Tersilap tak beli yang jagung manis.
Selalu beli yang tin hitam kuning tu, yang tu memang lemak berkrim jagungnya...
Tapi sebab kat Tesco tak ada cap tu, saya main amek je cap ape pun..
Terlupa nak belek pasal 'sweet corn'.

Cara saya buat, guna kordial jagung, bancuh dengan susu pekat.


Kordial ni pun tak best, kuning sangat.
Pewarna je lebih, cari saya pun jadi kuning masa kordial ni tumpah sikit kat tangan, iskkk.
Saya rasa cap Double Lion tu terbaik.
Ingat dolu2, penah nampak kat kedai sedap tu, botol kordial cap Double Lion, emmm.


Pastu masuk blender, mesin..
Kalau nak shake, kena letak ais batu lah...

Lepas mesin je, berbuih-buih.
Creamy, macam sedap jer...
Bolehlah nak hilangkan dahaga dan teringin.
Tadi google resepi, ada juga orang guna jagung fresh sahaja...
Tak ada kordial pun..
Nanti nak try plak tanpa kordial.
Yang penting kena cari jagung manis, cap hitam kuning tu.
Tak ingat plak company apa.
Dok tengok Mak selalu beli cap tu, kalau dia nak buat kastad jagung...
Isk, balik Kedah ni, harap dan la jalan2 kat Pekan Rabu tu..
Nak pekena ayaq jagung, terlioq dah ceqqqqqq, hukhukhuk.....
Sapa2 pi Alostaq atau Kedah [daerah lain saya tak pasti, hee]
Jangan lupa try ayaq jagung nohhhh...
Kalau dak, rugiiiiiiiiii, sedap ooooooooo

4 comments:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers