Assalamualaikum...
Dalam bulan Ramadhan ni, Alhamdulillah menu makan sepenuhnya masak di rumah.
Kecuali satu ja, saya minta beli kat bazar..
Iaitu jus kegemaran ni...
Air Kedondong Asam Boi...
Pertama kali minum air ni kat pasar malam Kampar.
Masa tu belajar di KMJ tahun 2009.
Sejak pindah dari situ, dok terlioq la dengan ayaq kedondong ni...
Sampai la Restoran Mohd Chan, ada jus ni dalam menu dia....
Perghhh kat situ lagi kaw kaw kedondong dia...
Sedap arrr, 1 mug RM 3.50 ke RM 4.50 ntah, tak ingat.
Tapi best la dah tau nak beli kat mana kalau teringin2 kan...
Dan lagi syok, kat Kuala Selangor pun dah ada Mohd Chan, caya lah..
Hari tu dah sekali pergi makan kat situ.
Memang sama ja kualiti Mohd Chan kat tempat yang saya pernah rasa macam di Bangi, Klang Sentral dan kini Kuala Selangor.
Baguslah kalau kualiti terjaga.
Tak dalah rasa makan kat sini sedap, kat situ tak sedap, tak syok la kan.
Masa bulan puasa ni, kat Bazar Ramadhan dah ada jual.
Kalau kat sini, mau ada 3,4 gerai enSuami saya kata yang jual air kedondong ni...
Tapi dia pilih yang jus lah bukan kordial.
Selalu jus, jual RM3 la yang sebungkus besar tu, boleh minum satu family....
Tambah asam boi lagi, slurpppppp...
Nak jadi cerita, balik dari sekolah enSuami singgah MyMydin beli barang.
Sekali tengok, dia beli buah kedondong???
Aik ada jual kat MyMydin?
Syok arrrr.........
Boleh buat sendiri, tak perlu beli lagi...
Saya punya la suka minum air ni, sampai enSuami pun dah tau.
Nampak buah tu, boleh plak dia pi beli....
Mesti teringat nak buat air jus tu.
Esoknya baru saya buat jus...
Senang je rupanya....
Buah ni tak ada hampas sangat pun, macam karot tu...
Boleh terus tuang tanpa tapis pun....
Tambah lagi 2 biji, asam boi....
Kemudian simpan dalam peti ais untuk disejukkan.
Nak letak ais batu, enSuami tak kasi.
Apppppppp, tangan Hafni tu...
Geram gamaknya tengok asam boi tu terapung2 gitu...
Hihihi........
Jom berbuka puasa.......
Ehh, waktu Maghrib nanti lah, hahaha............
x pernh plk cuba air kedondong..
ReplyDeletemm
Sedap ooo air kedondong.
ReplyDeleteTapi kalau ada yg xtahan masam asam boi, mungkin tak minat.
tp mcmana pun kena cuba dulu, baru tau tekak boleh terima ke tak, heee