Search This Blog

Wednesday 29 January 2014

Apabila tangan mula berkebun....

Assalamualaikum...

Masa nak mula berkebun, saya guna apa2 sahaja keperluan yang ada di dapur untuk ditanam...
Yang pertama ada daun sup dan serai...

 
 
Saya baca, orang cakap kena rendam dulu, biar tumbuh akar dan pucuk baru.
Sepatutnya rendam selama 2 minggu.
Tapi tak sabar sangat, rendam seminggu sahaja.
lagipun tapak batas dah ada, terus tanam kat tanah je la....hihi
 
 
 
Selepas seminggu lebih, pucuk baru dah mula kelihatan...
Akar pun dah ada 2-3 lingkar....
Daun sup pun cepat....

Batas yang saya sediakan, saya bahagikan ikut kategori, terutama sekali jenis habitatnya...
untuk batas pertama, paling hujung kat pagar, saya korek buat dalam sikit, macam lopak atau kolam...
sesuai untuk kangkung, kesum dan daun pandan...yang suka tempat air bertakung (banyak)...

 
 
Masa ni, baru tanam kangkung.
Kangkung ni, ambil keratan batang yang dibeli untuk makan...
Saya ambil makan daun saja, batang2nya saya cucuk kat tanah ni....
 
 
 
Batas kedua saya tanam serai yang direndam tadi....
Dua bahagian lagi masih kosong, belum tanam apa2 lagi...
 
 
 
Batas ketiga, saya tanam daun sup...
ingat sebaris ni, akan tanam pokok yang seangkatan dengannya seperti ketumbar, daun kari atau daun kunyit.
belum ada sumber lagi, terbiar kosong dahulu....
kat hujungnya tu, dah tertanam pokok bunga kantan...
sebab haritu kebetulan ke rumah atuk saudara, rumah dia ada pokok bunga kantan...
apalagi, mestilah nak ambil, free la katakan, huhu...
balik tu enSuami tanam je, tanpa fikir panjang.
saya dah tau, pokok ni boleh membesar setinggi 6meter, dan akan merebak beranak2 lagi.
tapi sebab kawasan yang luas belum digembur, nak cepat, tanam saja kat tempat yang ada...

 
 
Batas keempat, saya tabur biji2 cili padi, cili merah...
kat hujung sekali ada keratan batang daun limau purut, ambil kat rumah atuk saudara tadi juga...
 
Emm, esok baru kita tengok progres selepas sebulan....
Ada yang best, ada yang mengecewakan, huhu.....
 
 

1 comment:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers