Assalamualaikum....
Baru berjinak2 dalam bercucuk tanam..
Mahu berjasa dan berbudi pada tanah.
kita pun dapat manfaatnya....
ehhe xda la banyak pun sayuran...
nak kategorikan ape pun tak tau la....
kira kebun la kot...sebab bukan bunga2an....
kalau bunga2, kita boleh la panggil taman kan....
Batas pertama...........
Kangkung la paling mula dan cepat menampakkan hasil....
Tapi setakat ni belum tuai2 lagi....
saya masih dok tunggu progres seterusnya.....
adakah akan membesar lagi?
atau macam tu sahaja perkembangannya....
nak cakap pokok2 yang saya tanam ni, tumbuh tu tumbuh...
tapi belum gemuk2s lagi la....
macam tak berapa yakin nak tuai lagi....
enSuami pun kata tunggu dulu, tengok biar dia besar lagi...
saya takut kang, dok tunggu nak besar, entah2 dia layu kat pokok je, hehe...
rugi kalau tak amek cepat....
tapi, saya nak tunggu bunga kangkung yang cantik tu, huuuu...
Bahagian hujung sekali, saya tanam daun kesum...
daun kesum tu masa beli, terus cabut2 daun2nya..
cucuk batang sahaja, tanam banyak2 yang ada.....
tengah2 tu, daun pandan pula.
anak pokok amek kat umah mertua.
pada awalnya ada daun...
tapi lama2 dia kekuningan, dan melayu...
nampak tak cantik pula dan serabut.
akhirnya saya amek gunting, terus potong biar gondol camtu...
guna kaedah tanam kesum, biar tanam batang sahaja, nanti baru ada peluang pucuk baru nak keluar...
ya, sekarang memang nampak ada pucuk2 baru yang tumbuh, kan betul hipotesis tu....hehe
Batas kedua, serai hidup juga...
tapi belum ada yang beranak2 lagi...
hari tu tengok macam hampir nak kering...
nasib baik cepat2 siram, lepas tu tengok baru sihat semula...
Sebelah serai, saya tanam pokok daun kari...
tapi setakat ni, belum ada berita baik.
macam tak nak hidup, tapi bila pegang2 batang tu, macam kuat plak tertanam.
masih menunggu progres seterusnya.
tapi semalam, saya dah tanam ubi kunyit dalam bahagian tu...
kebetulan ada beli kat pasar, memang niat nak tanam kunyit pun, sebab nak daunnya...
untuk tambah aroma dalam rendang, sedapnya wangi....
sebahagian lagi, saya tanam daun selom...
yeay, ulam pertama kegemaran saya telah dapat ditanam.
setakat ni, dah nampak daun2 pucuknya.
tak sabar nak petik, tapi belum tiba masanya lagi...
ulam raja ja belum jumpa lagi...
Batas ketiga, dulu yang tanam daun sup tu, tapi pokok tu tak dapat bertahan..
mungkin sebab recycle je kot, dah habis nutrien, macam tak hidup je, saya pun tanam pokok lain...
saya gantikan dengan benih jagung yang dibeli.
tapi sampai sekarang pun tak nampak pertumbuhan, entah jadi entah tidak...
mau tunggu lagi untuk beberapa lama...
kalau tak ada berita baik, kita tukar benih lain plak...
Pokok bunga kantan, alhamdulillah nampak hidup.
dah mula ada daun yang kembang.
enSuami tanya bila nak keluar bunganya, tak nampak pun...
ayokk, kena tunggu batang lain la...
klu satu batang keluar daun, selamanya daun..
sebab satu batang tu akan keluar daun, bunga akan keluar dari batang lain plak...
jadi nak menunggu batang bunga nak keluar, xtau la seluas mana yang dia nak hidup...
harap tak membesar meluas sangat..
nanti kacau pagar jiran, huuu...
Batas ni paling suka dok tengok...
Lama2 tenung, anak pokok cili dah naik...
terlalu banyak, rapat2...
enSuami kata kena alihkan bagi jarak2...
baru dia boleh hidup elok..
tapi takkan semua pokok nak hidup? banyak tu...
kalau satu pokok yang hidup dan beri hasilnya, pun dah cukup bagi saya...
kang tak termakan, sedih plak emmmm.
Pokok limau purut pun belum nampak progresnya...
entah hidup ke tak....
sebelah tu ada ruang kosong sikit, saya cuba tanam anak pokok salad..
nak tengok boleh hidup ke tak...
tak ada dalam gambar, sebab baru je tanam lepas amek gambar ni...
Sebelum ni, saya xtau pun boleh guna sayur yang kita beli tu untuk tanam...
Jumpa kat blog mana entah, katanya, bahagian yang paling dalam tu boleh tanam...
jadi boleh la tumbuh pokok baru...
teknik ni, pertama kali saya cuba untuk kailan....
daripada segenggam sayur kailan yang dibeli di kedai, boleh dapat 3 pokok baru sayur kailan..
Yang ni batang paling besar dan paling bawah....
dah keluar pun daun baru....
Hujungnya plak, takda kerja, saya tanam kentang, haha...
dah siap tumbuh rizomnya, tak habis2 makan, lama sangat simpan..
geram tengok, pi tanam je la...
kot2 hidup, ada rezeki dapat makan kentang baru lagi....
Nampak tak kentangnya?
Dua ketul saya tanam...
haaaa. ce cari, jumpa tak?
Yang ni pokok terung...
Tapi pokok terung ni bukan saya yang tanam...
Uncle, jiran rumah yang bagi...
dia cabut satu pokok kat kebun dia tu, bagi kat enSuami saya...
masa diorang dok sembang2 pasal pokok2 yang ditanam...
Uncle ni macam2 sayur dia tanam...
semua yang saya tak kenal...
orang Cina suka makan, tanam, sayur hijau2 ni...
saya tengok pun geram..
semua cantik2, gebu2, hijau2 sayur dia.....
Saya terinspirasi nak tanam macam2, sebab tengok jiran2 tanam macam2lah...
aci dok, cenggitu? hihi...
Ada beberapa lagi pokok yang baru sangat tanam petang semalam....
mencuba2 nasib aja....
kalau tanam betul2, tak hidup...
yang dicampak buang pulak yang naik, hihi....
Lepas ni campak2 je, xyah susah nak korek tanam...
satni bila dah tumbuh anak pokok, mula la xtau pokok apa yang naik, hahaha....
xreti lagi nak bezakan, baru nak mengenal2 daun2 pokok....
pokok durian yang besar pun saya tak kenal, kalau enSuami tak sebut, 'ehhh pokok durian la..'
baru nak tercari2 mana? mana?
Dan selepas sebulan dok siram pokok dengan gayong [cebok], baru nak dapat beli getah salur dengan pemancutnya sekali....
baru tak rosak anak pokok, boleh siram macam shower, hehe....