Search This Blog

Saturday 22 December 2012

Saya suka makan yogurt

Apa mimpi ntah suka makan yogurt skang.

Sebab tiap2 hari, balik umah, malam2, enSuami mesti tanya makan tengahari tak?
Makan tengahari tak?

Tak makan pon.
Skang kat opis ada dua orang je, Nabilah n enShahrum.
Aisyah dah tak de. Kak Sab, dah lama xda.
Tak da kawan nak pi makan.

Lagi2, pasar belakang pejabat tu sangat la berkontroversi tentang AJK Persatuan.
Pejabat Adun plak yang jadi orang tengah sebagai SPR.
Masa gaduh2, dah kenal dah muka masing2.
Yang mana yang OK, yang mana KO, yang mana baran, yang mana samseng, kuikui.
Meluatnya nak pi makan kat situ lagi.

Jadi, saya pon terfikir nak sediakan makanan yang boleh buat alas perut.
Rasanya yoooooogurt la paling sesuai nak alas perut.
Time lapar, boleh makan.

Masa cuti sekolah ni, masa rehat tengahari mesti balik umah, sebab enSuami ada.

Jadi selalu isi perut bila tak sempat nak masak.
Nyummmmmmm

Terbeli masa tu murah kat MyMydin.

Pastu pi Econsave, lagi lagi murah.
Amek rasa cappucino daaa...
Coklat coklat tapi cam kopi.
Borong banyak2, yeaaaaaaa.

Sedikit info tentang YOGURT (Sumber : Melayukini.net)

1. Beberapa strain probiotik meningkatkan kadar imun tubuh
Probiotik bacteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.
2. Bagus untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), khasiat yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
3. Membantu sistem penghadaman
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.
4. Mencegah jangkitan pada vagina
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mengambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.
5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
6. Menurunkan kadar kolesterol
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.
7. Membantu mengurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.
Melayukini.net - Yogurt sememangnya makanan yang amat baik untuk diamalkan setiap hari. Namun tidak juga yang ramai mengegemarinya kerana mungkin ia seperti memakan susu masam. Namun itu pada permulaan. Jika sudah biasa, rasa masam itu akan menjadi sedap. Cubalah amalkan yogurt setiap hari.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers