Search This Blog

Friday 5 October 2012

Beza Corelle Dulu, Corelle Sekarang

OK, sebelum hari raya lagi, stok Corelle yang ditempah Mac/April lepas, dah selamat sampai kat umah.

Kak Shira kata nanti wat review pasal Corell kat blog saya.
Masa awal sampai tu, malam tu buka2 la tengok, pinggan baru kan.
Teruja.
Beli sendiri.
Bukan orang bagi hadiah kawen.
Bukan mak saya yang bagi.

Pinggan Corelle ni, enSuami pi amek sendiri kat Gombak.
Mentang2 la enSuami sekolah petang.
Pagi2 lagi lepas hantar Nabilah keja, terus dia ke Gombak.

Lama jugak la tunggu nak amek pinggan ni.
Masalah nak kontek ngn pengedar kat kedai tu sbb handset dia rosak.
Tapi apoinment dah wat awal, bukan main terjah je tau.
Kalau terjah2, mmg xdapat la nak amek pinggan kau tu Jah!

Bila dah amek, boleh plak enSuami sms, 
Sayang, pinggan yang orang lain beli lagi lawa la corak dia....
Eissssssshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh waiting
Berrrrrani dia nak tomen2, puji2 yang orang lain punyaaa.

Ala, haritu orang tanya, corak mana best?
Dia pening.
Sebab banyak yang lawa kan..

Diri sendiri pun xtau nak pilih yang mana.
Semua cantekkkk.
Semua design corak Corelle, bo tengok kat sini..

Akhirnya, pilih set ni..
Sebab, sangat suka dengan TULIP.
Sebab, sangat suka kaler KUNING.

Jadi semua syarat kat atas tu ada la kan dalam pinggan ni.

Ini la last choice saya selepas pk beberapa perkara.
Amek 2 set sebab yang set ni ada 16pcs.
4 pinggan besar
4 pinggan sedang
4 mangkuk
4 mug

Tapi lepas dapat tu, xpakai terus.
Sebab pk, pinggan hadiah kawen dpt 2 set yang 5pcs.
Walaupun xla cukup lengkap, tapi cukup la kami makan berdua.
Kalau ada orang datang, baru la nak buka pinggan ni kan.
Sebab xcukup kot nak guna, kalau orang ramai datang.

Dan yang penting, perlu ada gambaq Corelle mak kat kampung.
Nak tunjuk beza.
Sebab sebelum conpem nak beli, compare2, survey2, bagitau kat Kak Shira, ada perbezaan antara Corelle mak saya dengan yang sekarang ni.
Ok, nanti tunjuk la kat blog, akak nak tengok.

Balik raya haritu, kita pun snap2 la pinggan Corelle Mak saya, Che Intan kat kampung.
Dulu mak beli dengan kawan dia.
Makcik tu, tiap2 bulan mesti bawa katalog mai umah.
Dok promote barang2 supaya mak beli, hehehe.
Nasib baik zaman ni, dah xda lagi camni.
Kalau ada, bankrap la saya.
Mesti kalah ngan pujuk rayu kawan2, hahaha.

Tapi agak banyak la jugak mak beli.
Tapi masa tu boleh bayaq ansuran kot.
Kalau tak, xkan mak boleh beli macam2.
Mak saya suri rumah saja.
Tapi suri rumah kan suka beli pinggan mangkuk, kekeke.
Sayakah????

Tapiiiiiiiiiii, ini untuk kegunaan seisi rumah kan.
Ini keperluan kan..
Bukan melebih2 lagi.
Ada 2 set ni ja.
Belum menambah koleksi lagi, dan belum bercadang2 apa2 pon....
Cukup untuk sekadar keperluan, setakat ini.

Set Corelle mak saya.

Zaman dolu, ada cawan teh siap piring lagi.
Sekarang ada mug saja.

Dulu, cawannya dibuat dari US jugak.
Sekarang, mug saja, dibuat di China.
Kak Shira ckp, kualiti sama, cuma kos di US lebih mahal, sebab tu mug tu dibuat di China, lebih murah.

Dulu mangkuk mak saya bercorak penuh sama seperti, pinggan.
Tapi mangkuk sekarang hanya ada 1 line, kaler hitam.
Malam tadi baru rasmi guna mangkuk Corelle ni.
Lepas makan, enSuami bawak mangkuk ke sinki.
Dia kata, mangkuk ni macam talam dulu la.

Saya pun dok pk, talam?
Ada kan talam besar kaler putih, ada line hitam.
Orang pakai masa kenduri tu, dok angkut hidangan.
Haa la, sama la, hukhukhuk.

Mangkuk Corelle saya macam talam tenduri, hukhuk.  
Memang paling xsyokkkk kat mangkuk ni.
Corak dia xsama macam pinggan.
Line pun kaler itam, xkena ngan tema saya yang kuning tu.
Dan kat mangkuk ni, dia ada bingkai ke luar [bibir mangkuk ni]
Kalau mak saya punya, straight je bentuk dia.

Kat pinggan pun dia berlekuk ke dalam sket.
Kalau yang Mak nye, rata je pinggan dia, straight sampai hujung.
Nampak x beza, yang dimaksudkan?

Mak saya beli, tahun bila eh, xingat dah dia.
Mungkin lebih dari 15 tahun.
Memang Corelle ni tahan.
Dan sangat selesa pengguna.

Cuma sejak akhir2 ni, pinggan sedang tu dah tinggal dua keping kalau xsilap.
Bila ada cucu, senag je panggggg, pinggan tu.
Mak saya kata, mungkin dah rapuh sebab dok masuk microwave.
Sebelum ini dah jatuh banyak2 kali pun, stil selamat lagi, hehehe.

Biasa la kan lumrah alam.
Kalau xpecah langsung, dah lama tutup kilang Corelle ni, ye tak?
Sebab pinggan yang kita ada, xhabis2 [pecah, hilang dll]
Xda la kita nak beli2 lagi kan kan kan...

 Ok, ini la keseluruhan set Corelle saya.
Kalau tak silap, set ni nama Set Tango.
Harap2, set saya ni bertahan untuk jangka masa yang lama, Amin.

Set periuk dah selamat.
Mak bagi, yeh!
Dia ada beli 2 set Corningware kot [betulkan kalau saya salah]
Set periuk yang kaler coklat, kaca tu.
1 yang bertangkai, 1 lagi tak.
Balik raya tu Mak bagi yang bertangkai nye kat saya.
Yeh, syoknyaaa.
[ala gambaq lupa plak nak snap]

InsyaAllah jap gi malam, kami upload eh, caucincau.

4 comments:

  1. saya beli kat langkawi 2 hari lepas.. set 20 pcs.. RM439.. Design European herbs.. made in USA..

    ReplyDelete
  2. yang bunga hijau tu satu set(4) piring brape harga nya nabilah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. xtau la Ara..
      yg tu set mak Nabilah punya, dh lama dh dia beli.. xingat plak berapa RM..
      skg ni bo cari kt FB "suka corelle" ramai penjual dlm tu..

      Delete
  3. Mak saya punya dh mau 40 taun..bli dri singapore..murah je dlu...skrng tengok 1 cawan dan piring 25 hinggit..wow..yang bunga hijau..mahai oooo

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers