Search This Blog

Friday 28 October 2011

Malam berinai untuk si Pengantin Baru......=)

Malam berinai semalam, tolong pakaikan inai kat si pengantin Ayuni untuk majlis sebelah Tganu hari Sabtu esok.
Syoknya dapat bau inai....
Ni yang wat teringin nak pakai inai lagi...
Jariku jua turut merah....
Dapat lah sket mengubat rindu kat inai, ada boleh cium2 bau inai ni....
Ayuni pakai inai serbuk dari Mekah, yang dibeli semasa umrah bulan Mac lepas.
Merah kali ni agak lain lah, sebab ada petua bijak dari orang tua2....
Sepupu si kecik, Ikhwan pun nak pakai jugak macam Kak Ayuninya juga.
Meh nak boh, nasib bek ada lebih sket2 kt mangkuk bancuhan inai tu....
Dapat la letak kat dia.....
~Ha, tengok! Saya pun pakai inai!~
Bila dah stat klik, dia nak klik lagi.
Si kecik ni minat bergambar....
Teringat masa hari kenduri lepas, macam2 gaya dia wat..lagi la cameraman dok klik2, kan comel...........
~Ngeeeeeeeeeeeeeee~
~Peace kat kakak!~
~Dah tersilap bahasakan diri Mak Ndak bila ckp dgn dia *mcm ckp dgn anak saudara sendri plak~
Pagi ni, minta Ayuni mms gambar jari dia merah ke x..........
Lebih merah dari hari tu.......
Kali ni pakai petua, letak air teh pekat.
Banyak lagi petua untu inai ni...
Masih lagi dalam eksperimen, mana yang lebih berkesan dan sahih.
Letak arang? Letak sirap? Letak cuka? Letak nasi? Letak air teh? Letak minyak cap kapak kat jari?
Semua tu adalah petua bila nak pakai inai.
Yang terbukti skg, air teh.
Hari tu masa kawen, p letak cuka n nasi.
Puas kena marah dgn mak n mak sedara. Xdak orang buat letak cuka.
Adoi rupanya ni petua orang pantai timur je [*dari Kak Ipar(org Tganu) n Yana(org Klate)]
Pelbagai versi sungguh!
Xtau la yang mana betoi, ada orang kata ikut jenis darah si pemakai jugak.
Sebelum majlis kenduri gilang-gemilang di dewan UKM, kami di rumah ada jugak membantu sket2 persiapan.
Jumaat malam, tolong setelkan goodies bag sejumlah 1300. Tapi dah 80% selesai, selebihnya kami tolong.
Esok paginya, p tolong teman belikan buah-buahan.
Balik tu, kemaskan lagi dulang2 hantaran.
Masa ni tolong kemaskan bakul buah-buahan.
Dan dulang untuk cincin nikah pengantin lelaki.
~9 dulang hantaran untuk pengantin lelaki~
~Specialnya untuk suami tercinta, cecece~
Lepas dah selesai dulang, siapkan bunga telur untuk letak kat pelamin plak.
Seratus bunga untuk kaler hijau n krim/gold ntah...
Kena selang2 kaler, kata cikPuan Pengantin.
Ye baik, ikut arahan raja sehari, eh berhari2....hehehe
~CikPuteri sibuk nak selang selikan kaler bunga telur~
Selepas Asar.
Pernikahan berlangsung di Masjid UKM.
Bersejarah untuk FST dan juga sebagai pelajar UKM
Teringat dulu2, masa sembang kat bilik PMFST.
Nanti sapa2 kawen UKM dengan UKM, sila buat majlis kenduri kat UKM ya.....*bajet diri sendiri xkawen dengan org UKM, hahahaha..... Pastu kita wat baju unifom sama, untuk jadi AJK masa kenduri tu *dah besa dok wat program, time kendri kawenpun, nak kena ada AJK, adoi..... Xmau la kami, wat kat UKM xsyok, kami nak org mai umah kami, tgok kg km. Hg wat la kt UKM, kami xmau (ayat Puteri).........
Selepas 4 tahun,
Ramai je yang kawen UKM-UKM.....
Termasuklah diriku, kekekeke
Jodoh yang tidak diketahui.
Masa kat UKM xkenal pun..........
Dah habis, merantau ke mana2, boleh plak jumpa.
Jadi, Ayuni-Fitri lah yang telah merealisasikannya........
Congrats kt korang.
~Pengapit pun import dari FST, Hasan dan Atiqah~
Outdoor photoshoot pun kt Danau aka KRU........
Yang mampu kami buat, pakai pakaian seragam juz kaler hijau......
Tupun, bukanlah semua geng2 FST, sebab yang lain2 tu dah berkeluarga, xleh la nak jadi AJK.......
Kami yang bujang je boleh tolong, oooooooooops, hehehe
~Rozet moden untuk Krew Resepsi Ayuni-Fitri~
Kawan2 FST yang sempat meraikan majlis......
~Fiza dan suami~
 
Saya dalam mood pengantin baru...........
Ramai plak kawan2 terdekat kawen bln ni, bln depan n seterusnya........
Cepat2 semua kawen............
Sempurnakan separuh dari agama..........insyaAllah.
Kepada yang bakal pengantin, selamat menguruskan perancangan perkahwinan anda.
Nak doa kat kawan2 ni, cepat kawen, ngeeeeee.........
Untuk Ayuni-Fitri, kami nak doa cepat dapat anak kembar seperti impian Fitri Malek, cepat sket Avanza kelabu tu penuh tempat duduknya, amin..........
Korang pun doakan tau, hehehe
Ops, untuk saya jugak, nak bersalin bulan 10 tahun depan *bak kata Fitri, kena ada target, hehehe

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers