Search This Blog

Tuesday 17 August 2010

Menu Ramadan 6

Masak untuk hari ni, besa2 ja. Dah siap bahan2 semua dari Ahad lagi. Sebab selalu hari Isnin banyak keja kat opis, takut xsempat nanti, kalut plak petang Isnin tu nak masak. Cadang nak buat Ayam Berempah. Nak buat pajeri terung, Ain xsuka pajeri. Nak buat sengkuang masak lemak, dia kata, xpenah dibuat oarang sengkuang masak lemak. Kat Kedah ada la, favourite kami tu. Dia nak patola masak lemak. Adoi, makcik ni klu tanya dia, mcm2 dia nak makan.

Akhirnya pada hari ni, menu yang benar2 berlaku adalah Ayam Berempah, Sengkuang Masak Lemak, dan nasi nak special sket, Nabilah tambah minyak dan serbuk kunyit serta garam, kunun2 nak buat mcm nasi ayam la, tapi saje saje je=]

Bila dah hidang, Ain nampak nasi, Kenapa nasi kuning? Yelah dah boh kunyit.. Kenapa nasi kuning, tanya lagi sambil mencebik muka, xsuka la tu. Ha la nak buat special sket, lain dari biasa. Iqa menyampuk, xpe la nasi kuning, saya suka, saya suka... Dok mencebik2 dia, tambah juga sepinggan lagi...Ha, baru tau..

Ayam berempah ni, masa makan tu, Nabilah tanya, rasa x rempah dia kat isi2 tu? Sebab Nabilah xrasa mcm kaw kaw pun. Ain kata kurang. Fiza pun kata, rempah dia sket sangat kot. Emmm, masuk toilet, baru teringat, Nabilah xboh serai, kuang kuang... Patut la mcm senang ja Nabilah buat rempah tu, tumbuk2 sekejap je dah boleh perap ayam (blander rosak kat umah, tu yang guna lesung tu, terpaksa ar jadi Cinderella dolu2)

Masak Lemak Sengkuang, bertahan sampai sahur...Alhamdulillah. Tapi sahur dah buat Ayam Goreng Kunyit, ada sayur jugak kacang panjang...

Ya, apakah ini?

~Senyumlah senyumlah, ahai Cek Mek Molek~
Asalnya nak buat keria, tapi Ain gediks tu xmau plak... Nak cek mek molek. Aik, yang mana satu cek mek molek? Ada gula dalam tu? Ha, kami suka cek mek molek.. Eee, xpenah buat lagi, mana reti. Ala senang ja buat dia. Pandai sungguh dia cerita cara2 nak buat, tapi sendiri juga kata, Ceh, macam kami pandai buat, tau cakap ya, hehe. Hehe, tau xpa. Buat tengok. Tapi try jugak la buat sebelum pi opis tu, bentuk2 kan sesiap, takut xsempat petang nanti. Bukan ada yang nak tolong, tolong makan ramai la..=) Wah laku jugak cek mek molek saya.. Lusa, nak try keria plak, insyaAllah=]

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers