Search This Blog

Monday 18 January 2010

PERSIDANGAN JENTERA PENERANGAN PAS NEGERI SELANGOR KE-1/2010

Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam
9.00-12.30H

Pagi Sabtu, yang dijanjikan ada mesyuarat Lajnah Penerangan Muslimat PAS Serdang. Tapi petang Jumaat2, dapat panggilan dari Kak Haslina yang mesyuarat terpaksa dibatalkan kerana ramai ahli mesyuarat tidak dapat menghadirkan diri kerana bekerja. Jadi mesyuarat hanya ada hari Ahad sahaja untuk hujung minggu ni. Tapi hari Sabtu tu pergi jugak opis sebab ada janji dengan Zikri (MPI) untuk mengambil kunci bilik mesyuarat kerana ada mesyuarat GAMIS pada hari Ahad.

Dijangkakan mesyuarat Lajnah Penerangan, tapi bila sampai di sana dengan Kak Haslina bersama dipandu arah oleh En. Azemi dan En Jamal, rupanya Persidangan Penerangan Seluruh Negeri Selangor. Maknanya ramai orang. Patutla cam pelik ja kalau meting tapi dalam komposisi yang besar. Bila tengok tentatif sampai tengahari. Fuh, lega. Pas2 nampak lagi nama Dato' Hasan Ali. Wow, jumpa lagi dia. Kali ni ada kesempatankah nak tanya isu2 kes hangat disiplin Dato' Hasan Ali seperti yang dipaparkan oleh media?

Dalam sesi taklimat pertama semasa Saudara Roslan SMS bercakap pun dah terjawab tentang isu2 yang berkaitan Dato' Hasan Ali. Bukanlah 'kurang ajaq' sangat pun Dato' ni. Tapi dilabelkan media dengan pandangan yang buruk seperti melawan atau mungkin menderhaka kepada raja. Tidak mengikut arahan tertinggi pimpinan PAS. Selain itu, ada satu kempen Menambah Ahli PAS dengan menggunakan konsep "1 AHLI BAWA 1 AHLI BARU PADA SETIAP TAHUN" Ini akan membantu mempercepatkan lagi pertambahan bilangan ahli PAS dan secara tidak langsung menjadi peratus kepada pengundi bagi pihak PAS.

Bila Dato' Hasan Ali bercakap dia mengutarakan 8 sebab "Mengapa Pakatan Rakyat (PAS) Mesti Menang, Mengekalkan dan Menambah Kerusi Kemenangan di Selangor"

1. Pertama kali dalam sejarah Negeri Selangor ditadbir oleh selain daripada BN_UMNO. 3 ADUN daripada kerusi PAS yang menang di Selangor menjadi Exco Kerajaan. Dan ketiga2 Exco ini mempunyai bajet perbelanjaan yang sangat besar meliputi 60% bajet pentadbiran negeri. 3 Exco tersebut ialah YB Dato' Hasan Ali, YB Dr Halimah dan YB Iskandar.

2. Suara PAS minoriti dalam pentadbiran Negeri. Justeru perlu menambah kerusi kemenangan berbanding hanya 8 yang menang daripada 20 kerusi yang bertanding. Perlu tingkatkan bilangan kerusi dari 8 kepada 16 mungkin. Ini target kita.

3. Untuk mendapat tempat dan hak pada setiap inci kemudahan dan prasarana di Selangor berbanding dulu sebelum memerintah yang langsung tidak diberi peluang kepada PAS untuk merasai sedikit kenikmatan kemewahan yang ada di Selangor.

4. Satu2nya negeri yang telah berjaya menukar JK Masjid dan surau (yang layak mendirikan solat Jumaat) sebanyak 525 buah dengan menyenaraikan AJK tersebut di kalangan ahli jemaah PAS.

5. Pada bulan 6 ini, JK surau pula akan ditukar dengan ahli2 PAS sebanyak 1883 buah surau di seluruh negeri Selangor.

6. Kemenangan yang ada akan menjadi kuasa kepada kita untuk menentukan arah masyarakat Selangor. Lebih kepada generasi Al-Quran dan pemahaman agama Islam yang mantap.

7. Perubahan kepada politik baru iaitu "Politik Kosmopolitan" tapi dalam masa yang sama masih kekal utuh berpegang kepada Prinsip Perjuangan PAS itu sendiri.

8. State Planning Committee- Tiada kita (PAS) dalam kerajaan Selangor, maka tiadalah orang yang akan menyebut perkataan Allah dan Islam.

PAS somehow to win- To Win BIG!
Sebarkan makluman dengan penggunaan pelbagai media.
Penyelarasan dari segi isi maklumat mesti berbalik dan merujuk kepada PAS Selangor.
Maklumat secara multiracial-Multilanguage.

Pas2 tamat sesi ucapan Dato' Hasan Ali, ada sesi dialog. So ada tiga ke empat orang yang bertanyakan soalan dan isu2 semasa yang ada di sekitar cawangan dan kawasan masing2.

Alhamdulillah, balik sampai umah dalam kol 1.30. Pas2 rileks2 jap. Dalam mindset, ooo malam ni ada Usrah Nisa' Serdang lak kt opis. So lepas solat Zohor, terus tidur. Nak cover malam nanti sebab tidor lewat, hehe. Asyik tidur je Nabilah sekarang ni. Usrah Nisa' pun guna Buku Wabak Sepanjang Jalan. Ok la, sesuai dengan diri sendiri. Sedikit sebanyak dapat membetulkan diri mana yang patut. Tajuk usrah kali ni adalah Pemborosan. Tajuk ni dibentangkan oleh Kak Azie dan Nada. Pas2 jamuan makan.

Natrah buat laksa Sarawak. Hari2 Put belikan dia paste laksa2. First time Natrah makan sbb Nel yang bagitau penah beli untuk Natrah. Pas2 teringat kat Nel plak. Kak Sab kata, "Jangan disebut2 org yang telah tiada". Emm. Pas2 sibuk dok makan, sembang2, Halijah Abdan plak tanya, "apa cerita Nel skang? Dah ok ke?" Emm, "Ijah xtau lagi rupanya. Nel dah meninggal Khamis lepas. Lepas Asar." Terkejut Ijah.. Wallahu'alam.


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers