Search This Blog

Monday 28 June 2021

Dapur : Bila sesi maraton beraksi di dapur

 Assalamualaikum.. Apa khabar semua?? Terkejut tak tengok blog cantek??? Susah2 pulun tadi nak upgrade rupa blog kasi baru. Petang semalam dapat semangat nak tukar wajah baru. Lama dah rupa tu. Cemuih. Set jam malam tadi nak bangun awal pagi nak buat kerja guna komputer. Guna komputer ni laju sikit. Laptop saya dah tua, ketinggalan zaman, dah uzur, tak laju macam komputer ni..

Komputer ni laju la, baru updated, AMD lagi. Adik Ipar belikan standard kaki games, walhal kami tak main game pun, hahaha..

Komputer ni siang-siang, jadi tumpuan anak-anak lah. Sebab rumah kami tak ada TV. Komputer ni la TV kitorang. Saya lebih suka guna komputer, boleh multipurpose. Bajet kitorang lebih kat internet je la dah pakai WIFI. TV tak ada pun tak per, sebab saya tak tengok sangat cerita2 kat TV. Dah tengok Korea ja, mana nak ada kat TV. Internet je ada, ahaks. Tahun ni dapat langgan UniFi, sebab kawasan taman dah upgrade kabel internet semua tu..

Ruang tamu ni baru je kemas Sabtu lepas. Setelah sebulan PKP, baru kali kedua saya sapu sampah. Ampun la saya memang malas nak sapu sampah, kemas rumah. Sebab anak2 full time kat rumah, macam2 lah ragamnya.


Malas dah nak kemas rumah. Kemas sekejap, sekelip mata je si Miqdad tu sepahkan.. Kakaknya dah penat2 susun mainan masuk bekas, sekali je dia tuang mainan tu ke lantai.. Perasan dia ni memang suka rumah dia sepah kot, ada je akalnya tu, nak buat Umi dan kakaknya jadi singaaa.

Masa ni enSuami keluar. Balik rumah MIL, nak potong rumput dah panjang kat sana. Sambil tu nak juga amek mesin tu ke rumah sini, rumput sini pun dah panjang.. Bawak anak2 sekali, aman sikit dunia Umi. Laju2 kemas rumah. Tukar lagi posisi meja komputer tu..

Habis sapu, mop lantai.. sambil basuh cadar patchwork 2 set.
Masuk dapur plak.

Baru2 ni ada beli barang nak buat stok. Saya rasa hari ini adalah hari yang sesuai untuk saya maraton.
Sebab enSuami, anak2 tak ada kat umah. Sebab pagi tadi dah siap masak nasi lemak untuk sarapan. Selalunya merangkap nasi tengahari juga. So tak perlu nak masak apa2 lagi untuk makan hari ni..


Sambil2 kemas rumah tu, saya masakkan kacang hijau dlm PC, sebab macam nak buat bubur kacang hijau. Petang semalam tetiba enSuami ajak cari durian. Dapat la beli sebiji Udang Merah, sebiji IOI. Tapi dalam bubur kacang hijau ni, letak 1ulas je durian. Nak bagi rasa sikit2 je. Sebab saya bukan suka sangat masakan ada durian ni. Makan fresh2 tak pe. Masakan tempoyak okay la juga..

Masa ni jadi bubur kacang je, belum siap sepenuhnya. Tunggu enSuami bawak balik santan KARA. haha rasa nak guna santan kotak la pekat sikit. Kalau biasa saya blend kelapa kisar, perah santannya. Memang ada stok kelapa dalam freezer. tapi takut main air banyak plak masa blend tu, jadi cair plak bubur ni..

Sementara tu, saya buat stok freezer macam biasa saya selalu buat. Stok cili kisar letak dalam bekas kecil2 macam ni. Untuk guna goreng2 masa sarapan pagi. Isi2 ayam yang bahagian dada tu pun potong dadu sesiap letak dalam bekas2 macam ni. Sekali masak amek 1 bekas je.

Setel cili kisar, buat stok paste asam pedas pula. Baru² ni jatuh cinta plak dengan Asam Pedas. Selama ni saya tak suka asam pedas, mungkin sebab masa masak dulu², tak jadi sedap, saya pun jadi tak suka. Baru² ni enSuami beli ikan apa ya, tak ingat dah. Dia minta masak asam pedas. Saya pun cari la resepi kat internet. masa tu blend pastenya macam banyak untuk sekali masak, saya simpan la beku separuh adunan tu.

Kebetulan sekarang ni, ada banyak kacang bendi sebab saya ada tanam pokok kacang bendi. Adalah dalam 7 pokok kot yang hidup. Tiap2 hari dok kutip bendi, dapat la dalam 2-3 biji sehari. Kalau xtuai, nanti bendi tu jadi tua kalau dibiar kat pokok. Jadi kutip la setiap hari, lama2 jadi banyak yang terkumpul.

Tak kan hari2 nak buat gulai kepala ikan kan... Pastu tengok ada paste asam pedas tu, saya pun masaklah. Hari tu jadi sedap lah pulak.. enSuami makan menambah², habis nasi untuk bahagian makan malam. So petang tu masak nasi lagi.

So, kali ni buat paste xingat dah resepi hari tu dari mana😅 saya agak² je la maybe dari Azie kitchen. Sebab selalu nya resepi lauk pauk saya tengok blog Azie kitchen tu.


Dapat la 4bekas. Harap betul lah resepinya, hahaha. Amin 🥰

Masa ni enSuami dah balik. Saya rehat sekejap, pi solat zohor. Pastu makan nasi lemak. Sambung nak bersihkan telur sepapan.


First time saya buat macam ni. Selalu bersihkan dulu sinki bagi clean and clear baru nak basuh telur. Tapi kali ni, xsempat lah. Lepas ni ada lagi nak masak². Nak basuh telur ni pun untuk habiskan masa nak tunggu waktu Asar.

Plan dah habis semua nanti baru nak bersihkan dapur sekali gus. Usai solat Asar, terus masuk dapur, blend bahan² mushroom soup pulak. Stok 🍄 soup dah habis. Selalu masa sarapan pagi makan 🍄 soup dengan garlic 🍞.


Alhamdulillah dapat la stok untuk 5kali makan. Dua bekas yang belakang tu, saya akan bahagi 2 je nanti bila nak masak. Nak jimatkan ruang dalam freezer. Kalau pakai satu² bekas, jadi makan ruang. So guna je 1 bekas untuk dua kali makan. Bekas kecil kat depan tu, untuk sarapan esoknya, hari Ahad semalam.


Habis mushroom soup, baru la sambung bubur kacang hijau tadi.
Boleh buat makan petang.
Mentang² dapat santan pekat, bukan main terlajak tuang santan tu.
Dah keputihan pulak bubur kacang hijau ni😅
Ada ja tak kena. Yang senang masak ni la, yang tak mau jadi ni.. tapi tak pelah masih boleh dimakan. Terlajak santan je, warna tak Cantek sangat sebab saya guna gula Melaka sahaja, gula merah malas nak rebus 😝

Habis dah bungkus bagi jiran². Malas nak simpan. Peti sejuk dah penuh. enSuami kata dia xminat sangat bubur kacang hijau. Saya teringin nak makan, tinggal semangkuk je untuk saya makan, 😁


Realiti dapur bila maraton..
Haa belasah ja semua sekali gus.
Biar penat sekali je, tahan 2-3 bulan hasil penat lelah ni..

Puas hati buat macam ni. Xda la hari² asyik kat dapur je.
Saya nak masak pun laju².
Memang wajib untuk saya buat stok, bahan² prep nak masak ni. Cepat boleh masak, cepat boleh makan. 😉

Sampai waktu Maghrib baru setel cuci calat semua, clean and clear. Dah boleh tidur lepas Isyak tu. Satu hari nonstop kat dapur.. Next time nak buat stok sambal nasi lemak pula, InsyaAllah.


My headphone ni la peneman pagi tadi masa dok godek2 blogger nak mekap blog bagi cantek. Komputer ni tak ada bluetooth, so guna cable audio untuk sambung. Siap la blog berwajah baru bermula hari ini. I ❤️ my Blog 🥰

1 comment:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers