Search This Blog

Wednesday 9 November 2016

Puff Paratha Tart dan Croissant...

Assalamualaikum...

Hai tak tahu nak cakap apa..
suka sangat dengan pratha ni..
kalau ada pratha je, mesti nak bakar2, best...


Kebetulan ada inti mushroom cream (resepi inti pau cendawan yang viral tuh) yang tak habis..
sesaja la mencuba dengan pratha pula..
nak buat pau, susah ler pulak..
banyak step, nak buat sarapan je...

So guna pratha..
masa tu kebetulan ada stok kulit tart saiz besar tu..
so guna yang tu saja..
susun leklok dalam tray, kemudian isi inti..


Mula2 tu saya tutup penuh dengan pratha..
pastu tukar pulak, main carik2 pratha tu, main tampal2 je..
kalau tutup semua, tak nampak cantik, kosong je...
kalau main carik2, ada la nampak sikit, bahagian tepi potongan tu...


Penting tu, rupanya selepas bakar...
kalau yang tercarik2 tu, boleh nampak pratha lapis2 tu...


Baru nampak best, macam puff..
menarik sikit kan...
walaupun ada yang terkeluar intinya, sebab keju la kot..
mencair apabila dibakar...
lagi la nampak best dan sedap...

Kemudian cuba pula pratha croissant
yang jumpa ada orang share di FB..
yang saya cakap nak buat dulu tu, tapi tak jadi...


Nak potong dia macam atas tu..
ikut suka nak belah 4, 6, 8 pun...

Masa baru keluar dari peti beku, buka kedua2 belah plastik pratha tu..
kemudian letak balik atas salah satu plastik..
terus potong dia dengan pisau...
kemudian biar sekejap sampai lembut..
masa nak membalut tu, jari kena kering daripada air..


Bila dia lembut, senang kita nak balut..
saya suka tarik2 lagi sikit pratha tu, supaya saiznya bertambah..
baru senang nak balut, regangkan sikit je...
kalau dapat panjang, boleh gulung banyak sikit...
kalau buat kecik macam ni, inti satu sudu kecil je muat..
kalau buat besar, mungkin satu sudu besar boleh muat kot..


Jadilah macam roti croissant yang jual kat Giant tu..
bentuk je la macam croissant...

Cukup la makan2 untuk sarapan pagi...


Puff pratha Tart


Puff pratha croissant..
yang dekat tangan tu, nak tunjuk yang potong 6 kat hujung jari..
yang dekat dengan tapak tangan tu yang potong 8.
potong 4, tak try pun..

Inti boleh je letak inti apa yang korang suka..
inti karipap..
inti sardin..
inti tuna ke..
inti telur rebus+mayonis macam sandwich telur tu ke..
sambal kerang/lala/ikan bilis pun boleh kot..
terpulang ye ikut selera...

Panaskan oven 10-15 minit awal..
180C, api atas bawah..
bakar selama 20-30 minit ikut oven masing2..
lapik tray dengan baking paper atau aluminium foil..

Oops ya, sebelum bakar, sapu telur dulu, okeh
baru nampak berseri..
nak letak kuning telur sahaja pun boleh..
nak guna sebiji semua pun boleh..
ikut kuantiti puff korang, kalau banyak, guna sebiji semua, jimat sket.. 

Gitu je, senang kan....
selamat mencuba :)
sarapan sihat untuk keluarga bahagia..
buat potluck atau bekal ke opis/sekolah pun sedap..
makan saja, boleh..
nak cicah sos, mayonis, cheezy pun boleh..



#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

1 comment:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers