Assalamualaikum...
Masa bulan puasa lepas, ada kan orang share video Paratha Kawan yang boleh buat macam2 sampai jadi char koteow kan???
Saya lepas raya baru jumpa video tu..
terus save di wall sendiri...
Sepanjang bulan puasa tu, stok paratha sentiasa ada dalam freezer..
malas2 Umi nak masak untuk Hafni..
Paratha lah jadi penyelamat..
Hafni pun suka sangat makan paratha..
Kadang2 kalau dia nampak je plastik paratha dalam freezer tu, la la tu jugak dia nak..
nak tu, oti cannai, kadang2 dia panggil babak [murtabak]..
ikut dia la, sampai Umi n Abinya faham, apa yang dia nak cakap..
Masa bulan puasa lepas, ada kan orang share video Paratha Kawan yang boleh buat macam2 sampai jadi char koteow kan???
Saya lepas raya baru jumpa video tu..
terus save di wall sendiri...
Sepanjang bulan puasa tu, stok paratha sentiasa ada dalam freezer..
malas2 Umi nak masak untuk Hafni..
Paratha lah jadi penyelamat..
Hafni pun suka sangat makan paratha..
Kadang2 kalau dia nampak je plastik paratha dalam freezer tu, la la tu jugak dia nak..
nak tu, oti cannai, kadang2 dia panggil babak [murtabak]..
ikut dia la, sampai Umi n Abinya faham, apa yang dia nak cakap..
Masa buat ni paratha cap Econsave je..
packaging warna pun sama mungkin paratha yang sama je, tapi cap lain2..
tinggal lagi 3 keping selepas bulan puasa tu..
Ingat nak buat pai besar2 tu, guna loyang pai..
xmuat plak saiznya, cancel!
Inti ni senang je..
1biji Bawang besar, didadukan
1/2 biji lobak merah, parut
1 biji kentang, parut
1 inci capsicum, didadukan [jika suka]
1/2 SB lada hitam, ditumbuk
isi ayam/daging kisar/sosej
sedikit garam, gula
sedikit minyak/butter/marjerin untuk menumis
Cara Masak
- Tumiskan bawang besar sehingga layu. Masukkan lada hitam.
- Masukkan isi ayam/daging/sosej. Tunggu sehingga daging masak.
- Masukkan lobak, kentang, tambah sedikit air untuk mereneh sayur sehingga masak.
- Perasakan dengan garam dan gula..
- Boleh tambahkan parutan keju cheddar, dan daun sup atau oregano untuk aroma yang lebih sedap.
Senang kan..
saya ni kebetulan pagi tu sarapan spageti bolognese tu, ada lebihan sikit kuahnya..
jadi saya main campur je, bahan2 baru seperti di atas...
kalau boleh memang nak buat inti lada hitam pun..
ala2 chicken pie Ayamas tu..
tapi sebab isi ayam tak banyak, tambah sosej sikit..
pastu sengaja tambah kentang untuk bagi cepat kenyang...hehehe..
dalam inti ni, saya letak sesiap parutan keju cheddar..
Nak membalut ni agak mencabar lah kan...
semua pun tau, paratha ni tak leh lama2, dia cepat lembik dan melekat..
asalnya nak cuba balut macam roti croissant tu, tapi tersalah potong plak..
pi potong 4 je, patut potong 6 baru boleh gulung...
dapat la sebiji yang panjang tak jadi tu..
lepas tu amek je acuan tat, lapik dalam tu...
dapat la macam chicken pie ayamas tu, hakhak...
Yang sebiji lagi, buat macam karipap gergasi gitu...
dapat la puff yang besar gedabak ni, hehehe
yang bergulung tu, wraps ye bukan paratha...
nak jugak menyelit, wraps tu...
dah lama dah beli, tinggal 2 keping je lagi tak habis...
Cubaan pertama ni, hanya sapu telur kuning je...
kalau buat banyak, boleh guna sebiji telur terus...
Masa untuk baking 170-180C selama 30 minit...
memang hasilnya masak elok macam ni...
Seronok sebab dia berlapis2 macam puff betul...
bila bakar ni, rasa crunchy bahagian yang garing tu, best sangat makan...
Yang yang guna acuan tat tu, bahagian dalam acuan yang bawah tu, tak garing sangat..
kalau garing lagi, mesti sedap, heee...
nampak tak, dia berlapis2 tu...
Masa membakar dalam oven pun dia akan mengembang lagi...
macam dalam video Kawan tu la...
menunggu je masa, sungguh ke akan mengembang sampai begitu sekali??
bila dah jadi dalam oven sendiri, baru nak cayo, hehehe...
Sarapan esoknya, sambung lagi buat..
lagi sekeping tortila, lagi sekeping paratha..
yang kanan sekali tu, hat semalam enSuami makan tak habis..
dia cubit2 yang kulitnya aja...sebab sedap kan...
kali kedua ni, selain sapuan telur, saya topping dengan parutan mozarella..
nyam nyam...
Lepas dua hari makan ni, enSuami baru nak tanya, macam mana Sayang buat kulit puff hari tu..
Laaa, guna paratha la...
Patut la Abang pelik, macam mana Sayang pandai buat kulit puff tu, rasa macam tak pernah beli kulit puff..
Ha kan rasa sama je...
Nak kena beli lagi paratha ni..
ke boleh buat sendiri ehh..
jeng jeng... nanti try cari resepi buat paratha..
kalau senang lah, kalau susah, boleh je terus, huhuhu..
wah..sedapnya
ReplyDelete