Search This Blog

Tuesday 4 August 2015

Tanaman ringkas dalam pasu plastik

Assalamualaikum..

Hehe cerita pasal tanam dan berkebun ni, terlalu banyak fasanya...
sekarang ni dah tukar ke pasu2 je mudah sikit..


Pasu pun pasu modified je..
asalnya colander, besen/penapis yang guna kat dapur tu, hahaha...
beli yang simple2 je, nak tanam pokok bunga..


Harga pun RM2..
sejak GST ni, Kedai 5sen Jaya, masih maintain dgn harga RM2, no GST.
kedai RM2 lain, jadi RM2.12.
Daiso pun dah RM5.30 kan...
mana tak serbu 5sen Jaya je..
apa2 nak beli barangan plastik, tengok kat kedai ni dulu
kalau tak ada, baru cari kat kedai lain..


Saya bajet sekali beli dalam RM10 je..
beli 4 pasu, tanah 1.
tanah sebungkus bahagi 4, hehehe...
cukup2 je tanah tu...

Kali ni, tanam bunga yang mudah je...
ros jepun, yeh!
tanam ros jepun, tak ada la perlu, tanah dalam dan banyak...
ros jepun kan cucuk je keratannya...
saya ingat ros jepun, pokok yang paling mudah nak tanam, dan tak ada masalah sangat...
tapi bila baca info2 dalam group FB baru tau, sensitif juga pokok ni..
sampai ada yang kecewa dan putus asa nak tanam ros jepun..
macam tu pun ada, adoi....


Bila dah berjinak dengan ros jepun, baru perasan ada 2 jenis..
satu yang berlapis2, satu lagi yang selapis...
orang cakap, yang berlapis2 tu, lagi tahan lasak berbanding yang selapis...
yang selapis ni, tak boleh kena hujan lebat, dan air bertakung, mau melecur semua...


Saya beli set pokok selapis ni, sebab pokok ni tumbuh mencacak tinggi..
nampak lebih kemas dan mudah nak tengok bunga2...
yang berlapis2 (carnation) tu, pokok tu jenis melenjut ke bawah...
lama2 menjalar ke lantai...
kadang2, kalau tak ada kerja gatal tangan, ku belit2 ranting tu keliling pasu, hahaha...


Punya la tak nak dia meleret ke lantai...
kalau pusing2 penuhkan pasu, nampak lebat sikit...
nak tunggu lebat tu, ambil masa la jugak kan....
saya baru je tanam dalam 3 bulan kot....


Ada satu nursery kat Tg Karang, jual RM1 satu polibeg hitam kecil..
kena pandai cari la nursery2 yang jual murah...
sepanjang jalan Sg Besar - K.Selangor ni ada banyakkkk nursery...
selalu mak mertua la infom, kat mana murah, sini jual pe, ada apa...
di nursery yang jual ros jepun RM1 tu, kat situ juga jual tanah sebungkus RM1..
bungkusannya lebih kurang macam nursery N*** jual, dengan harga RM5.
huh, jauh beza...
kualiti campuran, xtau la kan...
selalunya, penjual akan cakap, tanah dah siap campur, nak tanam pokok bunga ke, sayur ke, semua boleh...
tu yang memborong banyak tu...


enSuami suruh tanam sayur2 kat tanah, dengan batas baru..
tapi rumput yang ada masih liar..
terlalu kuat lagi benihnya, dah racun banyak kali..
nak buat batas tu la yang malas tu...
entah bila nak jadinya....
semua ni, saya susun sederet je tepi koridor...
semua dapat cahaya matahari pagi....


Kalau ikutkan, ni benih pokok capsicum..
dah nampak sikit buahnya..
harapnya membesar elok lah lepas ni...


Pokok cili ni, alhamdulillah dah memberikan hasil..
tengok la perangai petik cili, amek buah je, tangkainya ada kat pokok lagi, huhu..
OK la lepas ni, saya petik terus tangkainya tu, nampak menyemak je kan...


Huhu, pokok tomato ni....
dalam yang selamat tumbuh dari benih, ada dalam 4 pokok..
setakat ni, pokok ni yang ada buah 2 biji..
walaupun tengok keadaan macam nak m*** ni..
tak perasan sampai jadi kuning dan bergulung daunnya...
mungkin panas sangat kot..
nasib baik dia masih berbuah...
harap dapat la membesar dengan sepatutnya, amin...


Dulu2 penah baca, pokok tomato orang tanam dengan pasu terbalik..
pasu terbalik, biar pokok tu sendiri yang menjalar mencari cahaya matahari..
kalau tak silap, pokok tomato, perlukan kayu/pancak untuk berpaut menjalar..
jadi kalau guna kaedah ni, tomato boleh survive sendiri nak menjalar ke mana, betul ke tu, hehehe...

Tak ape la, cuba jaya je..
ingat nak buat lagi, tapi tu la, pokok dah besar sangat dah, xmuat pula nak lalu kat lubang botol...
ni pun punya la susah nak keluarkan melalui lubang tu...
walaupun dah besarkan sikit lubang tu, tapi ada juga la yang terpatah dahan2 tu..
baru berjinak2 dengan bercucuk tanam...
setakat ni baja kopi, baja tahi ayam je saya ada...
baja buah belum beli lagi, huhuhu...

OK la lamanya nak menulis entri ni..
susah sangat la hai...
babai...

3 comments:

  1. seronok dapat bercucuk tanam. makan pon hasil bercucuk tanam sendiri. tapi pasu untuk rose jepun tu sangat menarikkk ! curlasttt sangat ! hihi ! :)

    ReplyDelete
  2. kalau menanam boleh la jimat sikit duit belanja dapur..
    bagus idea menanam dalam tu

    ReplyDelete
  3. Comel lah pulak besen jadi pasu!!!

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers