Search This Blog

Wednesday 5 November 2014

Takpelah kak, saya tak jadi cikgu pun....

Assalamualaikum...

Minggu lepas saya ada tolong2 enSuami semak kertas peperiksaan.
Tapi subjek enSuami senang je.
Subjek Geografi.
Kertas objektif je la...
So dia dah sediakan template jawapan, saya just amek tanda2 je la...

Tapi hai, macam2 ado kat kertas jawapan ni...
Saya ingat masa zaman belajar dulu, tanda objektif guna pensil, senang nak padam kalau nak tukar jawapan.
Budak2 sekarang, hey........
Tanda dengan pen, habaq hang.....


Tengoklah jadi macamana bila nak tukar jawapan...
Siap pangkah2 lagi, macam dia plak cikgu...
Yang syoknya, jawapan yang dia tukaq tu la, jawapan yang betoi...
Nasib ang la, student oi, sapa suh tukaq...
Kan dah salah, I potong terus jek, kalau ada dua jawapan macam tu...

Main2 diorang ni.
Mentang2 la diorang tau, cikgu-cikgi tanda pakai lubang, kalau kena jawapan yang dia tanda lebih tu, free2 je dia dapat markah.
Sapa boh jawapan dua, kita kasi potong terus....


Yang ni lagi Master ni...
Tanda jawapan macam cikgu tanda kertas.
Main calit2 ja....
Amboi, besaq kepala betoi.
Seingat saya, cikgu2 dulu asyik bising2 je, pasal nak hitamkan jawapan je pun...
Tiap2 kali exam, tiap2 kali cikgu berleter.
Rupanya memang ada manusia yang masih tak paham arahan ni...
Tu nasib bila dapat cikgu pompuan, berleter.
Cikgu laki, emmmmmmmmmmm.
Mana la ada nak bising.
Habis semak bagi, nak bincang balik jawapan, pun tak tentu lagi.
enSuami saya buat ke tak, saya pun xtau....
Kalau bukan dia sendiri yang semak, acaner dia nak tau ragam anak murid dia ni.
Jadi macam cikgu yang tak berperasaan la laguni.
Saya yang dok berletiaq kat rumah, sampai masuk blog, kahkahkah....



Ha, yang ni spesies main hentam...
Semua jawapan A ja sampai 60.
Yang B saja pun ada.
Yang C saja pun ada.
Ni kira nasib la ni.
Selalu jawapan sama banyak puratanya.
Jadi kebarangkalian markah antara 18-20 la dia dapat.


Yang ni main lempaq dadu agaknya...
Siap ada 1, 2, 3, 4.
Yang mana dapat 3, tanda C.
Kalau dapat 1, A.
Agak2 betoi dak tekaan saya????
Mesti punya la........


Dan yang terakhir, bangun jam 3,4 pagi tolong enSuami isi borang cikgu.
Apa nama borang ni, saya tak tau la..
Tiap2 hujung tahun je, mesti kena isi.
enSuami saya pandai buat macam ni je la, tampal.
Dia cakap terpulang pada sekolah masing2.
Sebenarnya tulis tangan pun boleh.
Tapi kalau pentadbiran suruh taip pakai komputer, nak bagi nampak kemas, cantik gitu.
Kena la buat macam ni.

Saya tanya juga, awat tak taip dalam Word, print terus kat kertas ni.
Dia kata pernah cuba, tak tak match sangat dengan blank dia...
Ala, orang laki macam enSuami saya tak cukup gigih, nak perhati, kecil2 adjust dalam Word.
Dia bab komputer dia tak berapa expert, dia tak mau.
Saya pula, tak tau plak kertas dia tu belum binding, ingat dah macam buku.
Rupanya bila siap semua, jadi tebal benda ni.
Sebab ada laporan macam2 kan...
Dalam template tu pun, ada banyak tag, sila rujuk lampiran sekian bla bla...
Kena binding kat kedai, nak stapler kat rumah, tak muat.

Tengok la kalau ada masa, saya nak godek2 tengok buat template untuk isi borang ni....
Tiap2 tahun macam ni.
Buat kerja tiap2 tahun pun tak improve.
Rasa macam mesin robot je, buat benda sama, tiap2 tahun.
Hai nasib la cikgu sekarang......
Tak tau la nak kata apa....
Bila orang jahil dipilih menjadi pemimpin, rakyat yang bijak pun boleh jadi dungu.
Semuanya terpaksa.

Tetiba teringat ada jiran cakap, Nabilah tak nak ke apply education?
Jadi cikgu macam Hasyim?
Xpayah la kak, saya tak nak kerja, saya nak dok rumah.

Kalau la saya kerja, lagi berganda2 kerja saya nak kena buat.
Jadi suri rumah ni pun dah xterbuat, banyaknye kerja.
Kalau balik kerja penat2, nak sambung kerja kat rumah plak.
Hoi, mengamuk la saya hari2....

Saya tak jadi cikgu pun, kebanyakan kerja cikgu saya buat.
enSuami saya ambil kesempatan tau..
Kejap2 minta saya buat itu buat ini...
Emmm, nasib la........

Ehh, saya tak mengeluh pun gurauan jek..
Kalau saya tak siapkan, rumah saya jadi sepah tau.
Faham je la orang laki kalau buat kerja macamana...
3,4 hari ruang tamu saya tak terurus.
Saya biar je enSuami saya berkubang kat situ dengan kertas2 soalan dia.
Lagi tak siap, bersepah jekkkkkkkk.
Bila dah siap, dia angkut semua pi sekolah.
Awal2 lagi saya dah halau nyah2 kertas soalan tu.
Saya nak kemas, banyak hari dah serabut.

Kalau tak halau cepat2, rumah saya plak yang bersepah dengan macam2 kertas.
Saya pun tak tau, kenapa dia suka sangat simpan kertas2 anak murid dia tu.
Bukan setakat sekolah sekarang, sekolah dari Sarawak pun dia angkut sekali.
Sanggup angkut berkotak2 dari Sarawak balik Bangi.
Dari Bangi balik ke Kuala Selangor.
Apa kekdahnya, saya pun tak tau la...
Takkan cikgu simpan kertas soalan kat rumah kot.
Sejak ada PBS, lagi banyakkkkkkkkk kertas.
Membazir sangat, soalan mudah pun, student xleh jawab, sia2 ja print banyak2 buat PBS.
Ni baru sorang jadi cikgu.
Kalau suamisteri jadi cikgu, macamana la..

Entah2 suami saya je macam ni.
Orang lain rumah kemas jek...
Mentang2la isteri dok rumah tak tau kerja cikgu macamana...
Berani la dia kelentong kite, ekkkkkk

Saya bising2 pun, dia buat dekkkkk je....
Katanya, Abang nak guna, Abang nak guna...
Kalau saya buang apa2 kertas, mula la dia nak jadi singa, Jangan kacau barang Abang!
Cehhhh....... dah 3 tahun dok simpan, tak guna2 pun saya tengok.
Bila saya nak buang, baru nak melenting.
Ade saya kisah, huhhhhhhhhh.
Menyemakkkkkkk je kat rumah ni...


6 comments:

  1. hahaha..kelakarla Nabila ni..kikiki..mcm tulah kan kite ni org pompuan mmg xleh tgk barang sepah sikit..sy pun cm tu gak bila bebel kat en suami dia buat derkkk jer...yang paling kelakar budak2 yang jawab soalan tu..kalau sy yg tanda kertas jawapan tu pun sy mengamuk..kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, mcm2 gaya bdk2 ni.
      Sabo je la klu jd cikgu depa ni.
      Boleh dpt daerah tinggi klu keja cikgu mcm ni, huhu...

      Delete
  2. hihi...dulu penah gak tolong cikgu tanda jawapan cam tu..best...hihi

    ReplyDelete
  3. Betul lh tu Pn. Nabila Hashim.. tiap2tahun kene isi borang warna hijau tue.... gunakan teknik gunting dan tampal... kalau dah bejaya cipta template tue, jgn lupa inform saya ye...TQ roda79.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Haha.. betul la tu.. kalau time exam memang rumah macam tongkang pecah.. Bila nak exam pun sama gak.. dah siap2 soalan, dah siap print sekali setting lari la.. typing error la.. hehe saya kalau time exam memang butakan mata je ni.. Buku2 kerja pun bersepah2.. dah abis exam, baru lega rasa..

    ReplyDelete
  5. Lupa plak.. salam kenal.. suka tgk diy rumah awak..

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers