Search This Blog

Friday 11 July 2014

Barang baru untuk projek baru, ngeh ngeh...


Assalamualaikum...

Ramai gak yang nak buat macam2 nak raya ni kan...
Sama lak tu nak jahit sarung kusyen kan...
Sukaaa...

Saya nye dah siap.
Ok, jangan jeles, kekeke....

Siapa yang kerja, kena gigih sikit lah kan...
Siang kerja, balik kerja masak2 pong pang pong pang kat dapur..
Malam kalau pergi terawih atau solat kat rumah, lepas tu nak sambung jahit...
Fuhhh tarik nafas panjang2, heeee.....

Semua ni boleh jalan, kalau ada kemahuan yang tinggi.
Bukannya susah atau tak reti pun, kalau mau, semua boleh jadi.
Kannnnn...
[pernah jahit baju dengan tangan saja]
[tak ada amek kelas jahitan, tapi banyak guna imaginasi sendiri kalau nak buat/jahit sesuatu]
[nasib baik ada rezeki dulu, sempat beli kedua-dua mesin jahit, sebelum kewangan mula menghimpit]

Hari ni, pagi tadi awal2 lepas subuh dah bagitau enSuami nak pi Tesco.
Tesco juga yang diingatnya...

Lama dah dok ushar rice bucket tu.
Tiap kali pi Tesco, mesti dok pi sentuh rice bucket tu...
Tengok2, belek2, pastu letak balik.
2-3 kali gak tu, buat peel macam tu kat Tesco.
enSuami dok kata, la awat tak amek...berapa kali dok tengok2...nanti habis, padan muka...
Iskkkkkkkkk.......


Nahh, hari ni saya borong 4 terus...
Terbeliak bijik mata enSuami, kahkahkah!!!

Padan muka dia, tadi dah cerita dah kat rumah.
Dia dok tak paham situ, biarlah...
Nanti dah siap misi saya ni baru dia paham kot.
Harga satu RM 9.90 ye.
Harga biasa RM 19.90.
Banyak lagi stok tu, cuma kaler pink dah tak nampak.
Saya memang nak kaler hijau..

Asalnya tetiba pagi ni, confirm nak pi Tesco sebab semalam dia cakap, jom pi beli side table Tesco tu.
Design macam IKea tu, kualiti tak tau la, nak bandingkan camna...
Ikea jual RM 29.90 harga tak berubah.
Tesco buat Sale, RM 21.90.
Beli kaler black-brown.

Habis shopping kali ni.
Beli sikit2 je, sekadar keperluan.
Saya memang fikir habis2 dulu untuk barang2 perabot, atau hiasan ni.
Sebab tak minat sangat nak berhias.
Takut semak la mata memandang, saya bukan rajin sangat nak mengemas nih, ngeh ngeh...


Sabun Labour ni tak ada la dalam senarai projek baru...
Ia adalah keperluan harian, kekeke....


Beli 2 terus, tengah Sale RM 2.49.
Selalu harga dia RM 3++, macam kat Speedmart tu.
Asal nak beli Glo, 1.35L RM 4.99.
Berbaloi la jugak dari harga biasa.
Tapi sebab Labour pun lebih berbaloi2, kekeke.
Amek Labour lah, dapat 1.8L pada harga yang sama, hehehe...
Sunlight pun ada Sale jugak, RM 4.99 untuk 1L.
Siapa suka Sunlight boleh la pi terjah, siap ada notis kat situ 5 botol je maksimum per family per day...

Saya jenis tak kisah, asal ada ja, dah OK.
Sabun apa2 pun, bersih jugak.

Projek ni kalau dah settle, baru cerita.
Mungkin minggu depan baru siap.
Tunggu mood besaq mai hembuihhhh, hihihi..


1 comment:

  1. salam Nabila, tq datang singgah ke blog..nak template kosong eh..bole je..tapi saya buat guna words window 8..slalu saya kalau bukak window lain kalau ada tulisan semua dia x jadi..tapi kalau nak kosong boleh je..sila email ogosh80@gmail.com ek..saya emailkan...tq

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers