Search This Blog

Wednesday 30 October 2013

Macam-macam jadi kat Hafni...

Assalamualaikum...
Susah nau nak update blog bila dah berbaby ye...
Ada ja cerita nak tulis dalam hati n otak ni..
Tapi tak sempat2 nak tulis...
Baru klik new post, dah bunyi2 si anak tuh...
Aisey....
Saban sekarang, saya dah berada di rumah tak da tangga sendiri...
perhatian anak hanya dari umi n abi...
tak ada lagi nenek, pakcik n makcik yang boleh jaga Hafni, huuuu
Simpton menangis tiba2 bila dia terjaga dari tidur telah terjawab...
Mbah Iran [atuk saudara] kata lehernya tergeliat [terseliuh]...
tu yang bila tersedar je, terus nangis kuat2, sebab sakit...

Masa kena urut ni, serlop jugak la nangis...
Tahan saba je la, anak serlop...
pujuk2 nak kena urut kejap je...
lepas habis tu, cepat2 susukan dia, boleh la senyap, tumpang buaian kat umah atuk...
yang cucu dia punya.
lena tidoq....

Buaian kat situ, spring dia lembut je..
Tak macam kat rumah, keras...
kami pun teruja jgk tengok spring dia yang lembut tu..

enSuami kata kalau nak beli nanti, kena cari macam ni la..
boleh bayang spring yang macam mana kami maksudkan?

Ha nanti nak tunjuk.
Dah dua minggu kami di rumah, hari kedua, enSuami ajak pi beli buaian.
katanya kesian kat Hafni, xselesa tidur...

Kami pun kuar pergi cari..
Kebetulan dekat je dengan kawasan perumahan, ada kedai nama Bebe's Home...


Try masuk tengok dulu.
kalau saya nak survey2 dulu.
tapi enSuami tau2 je la, kalau dah jupa ada, terus aja beli, bukan nak tengok2 dulu.
Saya pun xnak pusing2 lagi daa...

Lenguh kot dok dukung Hafni ni..
Dah besar dah anak umi ni..
Berat sangat, lepas boleh letak dia, terasa sangat lenguh kat pergelangan tangan tuh, huuu.


Lepas balik tu terus pasang.
semangat tu enSuami, semua untuk Hafni yeh!

Spring macam ni la yang saya maksudkan...
Ada banyak, tapi sangat lembut...


banding dengan spring yang biasa dapat free dalam set ni...
yang jenis satu je....

dulu kecik2 pkai spring satu mcm ni jgk..
ingat sebab baru, sebab tu keras.
assume lama2 guna, kot jd lembut kan..
tapi nk tggu lama tu, rasa kena beranak 8 org bru nak lembut kot, kuikui...


Dah siap, terus masukkan.
Bila masuk je, terus bulat je matanya...


Net pun kena beli asing, ingat dapat free dah 1 set..
first time beli buaian, kekeke...
hentam nak semua sekaligus...
sapa la nak bg free semua kan?


Abi dok tangguk la Hafni nak bagi tidoq dalam ndoi baru..
smpai abi nak pi sekolah, tak pejam pun si hafni ni...
kalau hafni nangis, mesti nak suh saya susukan... walhal baru je susu setengah jam yang lalu...

Sepanjang hari tu saya dok layan dia dalam ndoi.
ralit dok berendoi, zohor pn lmbt..
hafni stil xmau pejam mata, adoi....


nak solat punya pasai, saya terpaksa buat cara biasa...
iaitu, nak anak tidur, umi pun kena tidur jugakkk.
akhirnya atas badan umi juga yang hafni lena, fuh...


masa awal2 ni, kalau saya nak buat keja, saya gendong je dia...
kadang2 kesian gak, badan dia terpeleot sana sini, main hentam je umi ni...
time nak potong, cincang, ambil barang, semua dengan satu tangan..

sampai satu masa tu bila dia letih, dia akan tertidur sendiri dalam dukungan.
bila dah lelap, saya pun apa lagi, cepat2 ar letak...
saya letak dalam bakul ni...


nasib baik teringat nak bawak balik bersama.
dah agak dah, bila kat dapur mesti berguna bakul ni...
tapi sekarang jadual dah berubah, kadang2 je saya masak waktu petang.
selalunya saya dah masak siap2 untuk makan tengahari sblm enSuami pi sekolah.


sekaligus untuk makan malam sama.
selalunya masak ntuk 2kali makan.
saya berdua ngan enSuami je
cukuplah sekadar ada lauk n sayur.
lengkap 1set, xda nak mewah2 sangat..

udah enSuami selalu dok tanya, mana jimat lagi masak sendiri ke beli ke untuk makan dua orang?
kalau masak cukup2 untuk kita makan, xda sisa2 lebih2, mesti la jimat lagi kalau masak.
kalau makan tak habis tu yang buat rasa membazir tu, ada paham?

Sebelah malam, bila nak makan, enSuami panaskan guna microwave udaah...


Jimat tenaga, air, minyak, gas lagi...
dengan isu semua naik harga, haruslah berjimat!
guna microwave dua minit je untuk panaskan semula...

lepas makan selesai, baru boleh lepak2, tapi tu enSuami je...
kalau dia rajin, Hafni tidur, dia jagakan ndoi...
saya boleh curi masa buat kerja lain...


kalau hafni meragam...
saya pun kena naik katil, tidur sama2 dengan Hafni, huuuu...
masa berlalu saya tak berkira daa...
kol 8 lebih, 9 lebih dah tidur dengan anak.
Waktu biasa terjaga semula dalam kol 1, kol 4, dan 5 lebih waktu subuh...

Suka tengok kalau anak tidur mengiring camni...
sangat comel, sebab nampak mulut dia tersepit...


Kadang2 ternganga camni...
Tangan dia tu, action tido macam orang dewasa.
Bila jaga suka mengeliat banyak2, dengan bunyi sekali..

Amboi anak dara umi nih, hehehe

Hafni Azzahrah, anak umi, anak solehah.
Nanti hafal al-Quran jadi al-Hafizah ye...
Aminnnnnn


1 comment:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers