Search This Blog

Monday 19 September 2011

Makan, makan, makan lagi. Berat saya naik x nanti?



Hari Rabu, 14 September kat Rumah Wak Sukaimi.
Menu laksa Johor......
Bagaimanakah rupanya?
X pernah lagi makan.
Dengarnya laksa Johor pakai spageti.......

~Siap terhidang menanti kunjungan tetamu~
Korang orang Johor, betul ke camni?

Kuahnya pun likat macam sos spageti.
Rasa pedas2 macam ada kari, tapi xtau la isipati kuah ni...

Ha tu la wak Sukaimi sedang amek kan makanan untuk YB.
Kitorg, kena amek sendiri yek.......

Hari Jumaat, cuti Hari Malaysia.
Tapi kami kena pi opis wat keja, untuk esok Jom Shopping.
Tengahari tu, Haz ajak pi jamuan umah Kak Chik Adawiyah.
Sempena kenduri doa selamat keberangkatan ke Tanah Suci Mekah, insyaAllah.
Kat sini makan sate lagi.
Ada mee kari, xminat la.
Makan sate dengan lemang ja............



Hari Sabtu, 17 September.
Selepas selesai program Jom Shopping, semua kelaparan.
Elok benarlah pi jamuan makan.
Alhamdulillah sedap sangat makanan yang dihidangkan.

Ayam goreng rempah, masak lemak nenas, kena plak dengan sambal belacan, fuhhhh pecah ayaq liuq......
Berseleralah makan, terima kasih kepada tuan rumah Tuan Haji Nik Pa dan Puan Lela kerana menghidangkan santapan yang enak bangat, time lapar tengahari camni........
~Khusyuk Asiah, Aisyah dan Nana makan. Sedap kannn???~
Lepas tu ikut YB ngan Ustazah, enAzizi pi jamuan Surau Al-Huda.
Surau yang hot hari2 dengan isu YB Teo........
YB Teo xtakut pun nak datang lagi............

Tu ha, tengah berucap.............

Tengah2 dok makan, wakil UMNO plak datang, makan semeja dengan kami.........

Seronok tengok budak2 beratur nak amek duit raya.
Ada seorang dermawan kat kawasan perumahan tu, nak bagi duit raya kat anak2.
Mulianya, semoga Allah murahkan lagi rezeki Encik ni.......
Boleh bagi lagi tahun depan......
Hari Ahad, 18 September.

Jamuan Aidilfitri DUN Bangi kat Kompleks Sukan Seksyen 15.
Hari2 bertugas sebagai pemotong tembikai.
Xsangka dh semakin arif nak potong tembikai....
Yang malas2 nak kupas tembikai susu, hari2 jadi senang je rasa.
Pisau tajam kot.......
Lepas ni kena pisau tajam kat rumah ye....
Baru nak rajin kupas buah, hahaha..........
Lepas tu pergi kenduri Uwais, walaupun basah lencun sebab hujan lebat masa tengahari tu.

Lepas Asar, kuar lagi ke rumah Kak Zu di Putrajaya.
Banyak aksi menarik kat sana dengan teletah si kecik.

~Abdullah Azam, sibuk naik beskal dia. Kak Zu sedang tepuk Athirah yang batuk xsembuh lagi~

~Letih melihat keletah anak2???~

~Asiah tersenyum manis~
Kat rumah Kak Zu, first time makan biskut yang putih itu.
Rasa sedap, makan lagi....
Tertanya2, biskut apakah ini?

Biskut tu, namanya Suji Brunei, ada orang bagi kat Akak........
Suji????
Oooooo, biskut ni la yang disebut Siha, sedap sedap tu.
Emm memang sedap.
Buat mcmana ni kak ye?
Akak tengok ramuannya, ada corn flakes, nestum, susu tepung, minyak sapi.

Ermmmmm terngiang-ngiang plak Suji Brunei.
Teringinnya lagi....
Nak balik pun, sempat lagi amek masuk mulut.
Sampai Kak Zu dah kuarkan bekas biskutnya sebab dah habis dalam balang hidangan atas meja, hehehe orang lain pun makan juga, bukan Nabilah sorang je yg makan tu.

Sebelah balik, sesat2 plak kat Putrajaya.
Hehehe, sesat dibuat.......
Nak bergambar sat kat sini, tempat yang cantik di kala senja.
Ada dua pasangan pengantin yang bergambar di sini, syok la depa dekat dengan Putrajaya.......






Seronok kami meragam di Putrajaya.
Jom, jalan-jalan lagi..............


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers