Search This Blog

Saturday, 15 June 2013

Suka Duka Cameron Highlands, Boikot Hotel Chua Gin!!!

Pi Cameron ni dah lama.
Entri yang lepas, ada cerita masa kalut2 bulan 5 lalu.

Hujung minggu 18-19 Mei, mak mertua teringin nak pi kolam air panas Sunngkai.
Nabilah pun tak penah pi lagi.
enSuami dolu2 ada juga banyak kali dok janji nak bawa ke sana.
Katanya, bestttttttttt.

Apa la yang syok sangat kan...
Teringin la nak pi merasa.
Kalau setakat kolam air panas buatan, kat Ulu Legong Baling dah penah merasa.

Yang Sungkai ni katanya original.
Air terjun tu panas.
enSuami kata cebisan dari gunung berapi.
Oh iye....

Cadangnya lepas pi Sungkai boleh ke Cameron lalu Simpang Pulai.
Simpang Pulai????
Dengaq simpang pulai ja, terus teringat misi kerja2 kat dapur.
Kot2 boleh singgah nak membeli untuk misi dapur nanti.
Setuju aja la nak pi Cameron.
Dah memang tak penah pi lagi.

Sedih kan?
Dah umur duapolapantaun pun, xpenah pi Cameron lagi.
Ada rombongan masa kat U pun tak ikut.
Masa dok Kedah berlagak ar, almaklum lah, Gunung Jerai pon sejuk jugak.
Dah ada kat Kedah daa, xyah pi jauh2...

Sejak tengok cerita Vanila Coklat tu la teringin bebenor nak pi Cameron.
Kot2 nak honeymoon dengan enSuami kot ke kan...
Sampai la dah dua taun kawen ni...
Nasib bek belum beranak lagi.

Tengok blogger lain, macam dekat je pi Cameron.
Sampai banyak2 kali pi sana.
Apa la yang syok sangat kat Cameron tuh...
Dalam Vanila Coklat pun, macam sweet je pi situ.
Lagi la berkobar2 nak pi, nak pi........

Bila dah plan semua elok...
Hari Khamis, enSuami balik sekolah, dia bagitau kena pantau latihan pasukan unifom askar dia kat Sungai Buloh.
Pulakkkkkkkkkkk.
Iskkkkkkkkkk, ada je yang nak wat tak jadi ni....
enSuami dah serba salah la...
Nak sub kat penasihat lain, next week akan ada camping 3 hari plak.
So turn cikgu lain la plak kan.
Kalau tukar tang sini, kena pi camping, lagi lama plak...

Adeh, mau tak mau, saya ikut enSuami je la.
Nak bawak 3 keta, kang letih plak n rugi minyak tol plak, sedangkan 2 keta dah muat.
So 2 orang adik ipar ikut kitorang.
Pagi Sabtu tu, kami tunggu la trak askar ni nak mai amek budak2 ni.
Janji pukul 8, nak dekat kol 10 baru sampai.
Hanginnnnnnn betoi...
Askar mende la ni, x ontime.
Kalau musuh mai serang, dah mati dah rakyat ni....

Dah tu, sedang dok tunggu, bila dah nak jalan, adik ipar Nasiha cuba tutup tingkap sebelah tempat duduk dia tu.
Cermin takmau naik plak.....
Ingat boleh la tolak ngan tangan sementara je kan......
Sebab memang nak kejar masa nak ke Sg Buloh plak kan.......
Adeh, cermin plak buat hal.
memang tak leh tutup langsung, tekan2 pun dia tak gerak langsung.

Dok pikir nak jalan jauh, kena baiki jugak cermin ni.
Kang hujan lebat, habis basah keta.
Dah tu, tak dapat terus ke Sg Buloh.
Singgah kedai baiki dulu.
Nak cari kedai yang buka pun susah la jugak kan, awai lagi.
Bengkel2 ni mesti nak kol 10, 11 baru nak buka.

Nasib baik la ada 1 kedai Bengkel Canggih namanya.
Dia kata boleh baiki, tapi amek masa la jugak, dalam sejam.
Sudah, sejam plak burn plak kat bengkel ni...

Masa ni la nak bebel kat Proton ni, tak kualiti ni.
Hari tu, lampu brek tak menyala.
Kena tukar 1 set. sebiji RM 480. pengsan.......
Kali ni sebab roller dia rosak. Kena tukar semua jugak.

Tiba la masanya mekanik tu merobek pintu keta tu.
Buka skru satu-satu.
Akhirnya dia tunjuk la apa yang rosak.
Sistem roller dia dah putus pun....
Habis tu dah buka pun xda la siap ganti terus.



Nak tunggu stok mai tu yang lama...
Kedai sparepart tak buka lagi.
Melepak la kami kat bengkel tu.
Adik2 ipar dah kate, ai tak dapat la nak pi Sungkai.
Mak dah sms tanya kat mana, Mak dah sampai.
Tengah dok mandi2 la ni.
Adeh, jelessssssss

Dalam 11 lebih jugak la baru siap semua.
Kos kali ni dalam RM 85 termasuk upah pasang.
Kkena bagi murah la, lama kot kami tunggu.
Nak marah pun adaa jugak, dah habis diskaun daa...

Sampai kat kawasan kem, macam conpius la plak.
Tempat terbiar camni diorang buat latihan.
Memang boleh jimat kos la.


Apa la yang boleh dibaca dari signboard ni.
Dah lama tak guna tempat ni. Asalnya tempat PLKN ni.
Pastu penyelenggaraan takda, bila tempat ni dah tak digunakan.

Tapi kalau takda cikgu pantau, agak bahaya jugak la.
Oh ye, selain enSuami, ada sorang lagi cikgu perempuan yang pergi.
Cikgu ni sesi pagi. dan student yang terlibat kali ni pun perempuan sahaja.


Ai, anak murid, anak murid.
Student lagi dah tak mau dah terlibat program jauh2 ni.
Diorang pun dah tau perangai jurulatih2 ni, macam suka lengahkan masa.
Mana la budak2 nak tahan.
Kalau student lelaki, diorang buli.
Kalau student perempuan, diorang menggatal.
Aiiii, dah tau sangat la perangai askar, tentera ni.
Dah besa keja dengan tentera, tau la....

Kami tunggu student2 tu sampai kol 1.
Sebab family yang kat Sungkai pun, dah siap2 nak kuar.
Kami pun segera perderas, terus ke Simpang Pulai.
Memang tak dapat la nak singgah Sungkai.
Nanti lewat plak nak naik Cameron, kata enSuami.
Pasrah je la, tak pi Sungkai.

Sebelum tu, kami janji kat hentian mana ntah, tak ingat.
Berenti nak makan bekal yang dibawa.
Awal2 pagi tu, mak dah siap masak2 nasi, lauk semua.
Xleh la simpan lama2.
Mesti berkelah ar.., baru ada feel......

Dah tu sampai kat exit Simpang Pulai.
Yeyeh, mencari kedai RM 2 Eco Shop yang digembar-gemburkan tuh....
Memang tepi jalan je la, senang ja nak singgah.
enSuami janji sebelah balik nanti baru singgah membeli.
Sekarang ni misi nak pi Cameron dulu.

Ok, ikut saja.
Dah conpem2 belah balik nanti lalu jalan yang sama jugak, so boleh la singgah nanti...

Perjalanan menjadi mencabar dan tension bila dah sampai kat tanah tinggi.
Jalan menjadi satu lorong, ada plak orang yang bawak slow.
Kalau ada peluang tu, boleh la potong.
Bila dah nak sampai kawasan tanah tinggi, nak mula feeling sejuk2, masa pun dah senja.
Jalan jadi jem gila.
Laluan yang berbelit tu boleh nampak, kenderaan berderet dari hujung sana sampai la belakang kenderaan kami.
Yang paling geram tu, ada orang yang berlagak potong barisan.
Kiri kanan ada orang potong.
Adoi, sakitnya hati.
Ingat kau sorang je nak cepat pi Cameron?
Orang lain camna?
Beratoq ar macam orang lain, sedapppppppp je dia potong.
Aiii panas betul dalam keta tu.
Saya yang dok sebelah tu, rasa nak tekan je hon.
Tapi enSuami tak kasi, tapi dia bebel jugak.
Yang baik camni je la dok tunggu giliran, tak nampak2 penghujungnya.

Dalam dua jam kalau tak silap terperangkap kat situ.
Rupanya jarak tu dah tak jauh la nak sampai pekan Berinchang tu kan..
Patut la orang berani potong.
Kita ni tak tau la dah nak dekat dah.
Sapa yang besa kat situ, boleh ar...
Tapi malu la nak buat jahat camtu.
Kalau kita tak suka, maknanya ada jugak orang lain yang tak suka.
Saya pun tak paham la perasaan orang yang memotong tu, tak bersalahkah mereka terhadap hak orang lain yang beratur panjang menuggu giliran, dia sedap je potong line.
Takpe la haritu hari kamu ya, esok2 orang lain plak buat kat kamu.

Dah sampai kat pekan, nak cari parking plak satu hal.
Almaklumlah bila dah malam, pasar malam pun dah stat.
Jalan jadi sempit, parking pun takda.
Nak cari hotel yang dibooking pun agak nampak tak nampak plak.
Bila dah jumpa, baru pusing2 cari parking.

Sekali lagi kesabaran diuji.
Hari Khamis, saya dan enSuami dah booking kat hotel Chua Gin ni.
Selepas banyak baca review orang tentang hotel2 yang ada.
Terpilih la plak Chua Gin ni, dah kata bagus, murah, dan tengah2 jalan utama.
Saya baca review sorang tu, dia stay kat Tanah Rata, p honeymoon.
enSuami kata tak syok p sana, kat Brinchang la bagus, ada pasar malam tu.


Masa booking tu, amek 1 queen-1 bilik. 2 queen-1 bilik, 1 queen, 1 single-1 bilik.
Ok, semua ada. Kena bayar deposit RM 100.
Malam tu jugak kami transfer.
Bila dah booking, saya pun rasa lega la kan.
Sebab orang dok cakap, bilik full la, harga naik la bila wekend, cuti sekolah bagai.


Tapi bila sampai sana, mat Bangla yang jadi receptionist tu, kata dia tepon kami sampai 30 kali tak berjawab.
Saya pun buka la handset enSuami, mana da 30 kali, ada 3 miskol ja...
Tak tiga puluh kali saya ada telefon.
Nak tau jadi pa, bilik yang kami booking, dia dah bagi dekat orang lain.
Aik apesal pulak?
U tak jawab telefon saya, saya nak tanya U ada nak datang ka, tadi U janji mau sampai kol 2.30, tapi tak sampai2, saya telefon U tak jawab.
Tak kira la jawab ka tak jawab, kami dah bayar, mesti la kami datang!

Gila punya mat bangla ni...
enSuami merah muka, tak terkata.
Ai nak marah dia pun, geram jugak kat Bangla tu.
Mat Bangla tu siap jawab ha, kat sini bukan macam tu.
U kena confirm bila U nak sampai.
Kalau takda confirm, ada orang lain, kita bagi kat orang tu.
First come, first serve.
Ai habis tu apa guna bagi deposit, kalau kira sapa datang dulu, dia dapat?

Bertengkaq lama pun tak guna.
Mat Bangla tu memang tak boleh blah ar...
Muka tak bersalah langsung, berlagak gila.
Sikit pun tak minta maaf sebab bagi bilik kami kat orang lain.

Dia terus rekomen apartmen kat kami.
Terpaksa la pi dok kat apartmen yang tinggi melangit tu.
Bukit dia curam gila, menakutkan.
Kesian kat mak yang sakit kaki.
[Malam tu, mak n abah tak turun la jalan2 kat pasar]
Kami semua dah panas daaa.
Saya dan enSuami dah tak boleh berkomunikasi dengan baik.
Bengang gila masa tu. 


Dah penat2 cari parking, dah bawak turun semua beg, kena simpan naik balik keta.
Apartmetn tu kena gerak jauh sket patah balik jalan datang tadi, kat belakang Petronas, bangunan yang tinggi sekali tu.
Cameron View Apartmen.

Anggaran saya, macam hotel Chua Gin ni beli/sewa apartment kat sini.
Kalau bilik kat hotel utama dah full, dia boleh la forward customer tu ke sana.
Masa tu kalau dah tak da pilihan, semua orang terima je la kan...

Kalau sesape suka dok apartment, boleh terus ja kontek pengurusan apartment ni, sebab sewanya lebih MURAH.
Harga asal RM 300 ja. Bila2 masa pun rate sama.


Tapi sebab kami melalui Chua Gin ni, kami kena pau RM 400, tu pun dia nak bagi 450 ke 480 awalnya.
Adik ipar, Kak Ya minta 400 sahaja, denda la sket kan, suka suki buat orang mcm ni, nak letak mahal lagi!

Sebelum setuju, angkat barang.
Kak Ya n enSuami, pi naik tengok bilik dulu.
Kalau bersih cantik, baru nak masuk.
Kalau tak, nak amek duit balik.

Bila dah cek semua, diorang pun turun dengan sedikit senyuman.
Nasib baik rumah tu bersih, kalau tak aku mengamuk lagi, kata Kak Ya.

Oh ya, sebelum nak naik bilik pun, masalah parking pun kami bertengkar jugak.
Disebabkan dia tu apartment, 1 parking untuk 1 bilik.
Dia suh kitorang sumbat, 2 bijik keta dalam 1 parking.
GILA!

Persona dengan Altis, dua2 keta jenis lebar.
Kalau kau sumbat Viva dua bijik, xpe lah.
Tapi ada jugak saya nampak, 2 biji Saga masuk 1 parking.
Agak gagah la jugak diorang parking tu.

Mana la boleh nak bersempit2 tu.
Abah dah tak mau toleransi dah.
Penat2 kami, jadi camni plak.
Telefon lagi ke hotel tu, kali tu cakap dengan perempuan Cina.
Bila dah bincang2, dia setuju bagi dua parking.

Bila sampai rumah tu je, terus letak2 barang.
Nak cepat2 solat.
Adik2 semua nak turun pasar.
enSuami tanya saya, larat tak nak turun takut sakit kaki lutut plak.
Awat, kalau tak larat nak dukung ka???
Amboiiiiiiiiiiii...

Saya pikir2, turun ar...
Malam ni je yang ada.
Esok nak balik daaa...
Rasa tobat tak mau mai dah Cameron!!!
Entah la camtu la kot....
Errrrr, tak sanggup lagi daa dengan sesak, tension, gaduh, mahal, kena tipu, tempat tak cantik, kotor, xsejuk tera mana pun....
Erkkkkk

Saya tunjuk sket la keadaan dalam apartment ni.
Ada 3 bilik, kalau datang berkeluarga besar, memang sesuai.

Sory la amek gambaq ni masa nak balik daa esoknya.
Malam masuk tu, mana la sempat nak fikir nak amek2 gambar, macam2 hal berlaku.


Ni masterbedroom, mak n abah duduk.
Sebelah dinding tu ada bilik air satu.

Bilik kedua ni, adik ipar yang perempuan duduk.

Kak Ya, Kak Wa n Nasiha yang duduk.
Agaknya dua2 queen kan?
Masa ni baru saya masuk bilik ni.
Malam sebelum tu, tido awal, saya tak sempat sembang2, melawat tempat orang lain, kekeke.

Aik, xdak plak gambaq, bilik yang kami tidoq.
Ada 1 queen, n 1 single...


Ni je rak yang disediakan dalam bilik tu.
Kat hotel ni pun, xda tuala.
Kak Ya minta tuala kat center, dia suh pi amek sendiri kat sana.
Kak Ya suh hantar kat apartment jugak, siap mintak deposit RM15, takut orang bawak balik tuala yang disediakan.
Janji nak hantar kol 10 malam.
Esok pagi tu, baru dapat tuala yang diminta.
Hampeh sungguh!


Ruang tamu, ada sofa, tv dan astro.


Meja makan.
Dapur dia OK jugak.
Ada dapur elektrik tu, induction cooker ke orang panggil.
Boleh la nak masak telur rebus, panaskan lauk semalam.
Nak masak megi ke, heater pun ada.


Pandangan dari pintu masuk apartment.

Catatan saya dari Cameron:
  1. Saya tak pasti kesalahan itu di pihak kami atau hotel yang berlagak tu, buat mcam tu dalam kes kami. Perlu ke nak conpem tiap2 jam dengan orang yang dah booking berserta deposit?
  2. Saya baca review orang, xda plak cerita macam ni. Dah nak terkena kat kami kot...
  3. Kalau nak dibandingkan Brinchang dan Tanah Rata, saya dan enSuami setuju kalau datang lagi cari je la hotel kat area Tanah Rata. Tempatnya lebih tersusun, bersih dan selesa dari segi parking dan kesesakan. Berbanding Brinchang yang penuh dengan ketensionan!
  4. Satu lagi, kat mana la tempat yang cantik2, best2 tu ye? Kami tak jumpa! Besar lagi ke Cameron ni? Minggu lepas tengok review Footprint in Malaysia, bestnya tempat yang dia pi tu, siap boleh minum kopi strawberi RM 1/cup lagi! Mana nak cari tu hah? Orang lain boleh pergi tempat cantik2, kami tak jumpa2, kena explore lagi la kot, tu pun kalau nak pi lagi.
  5. Setakat ni, dah la, FULL STOP! tak hingin lagi daaa nak jejak Cameron!


Emmmmmmmmmmmmmmmmmm
* Tambahan, hotel2 pilihan lain yang ada di Brinchang :
SilverStar bersebelahan je dengan Chua Gin.
Mula nak booking yang ni la.
Dah terpilih Chua Gin daaa....
Hong Kong Hotel ni bertentangan dengan hotel2 sebelum ni.
Depan hotel, ada lot parking kereta, selesa sket, sebab bawah sket, baru jalan utama.
Kalau Hotel Jasmine, Rainbow, nampak lebih besar dari Chua Gin dan SilverStar.
Yang bahagian Tanah Rata, mana plak gambar2 ni saya letak.
Ada hotel Islamik lagi, nama tak ingat.
Kalau Hotel Titiwangsa, memang kat tempat tu, khas tempatnya sahaja.
So lebih selesa untuk parking. Lagi, ada banyak kedai2 makan Muslim.
Kalau kat Brinchang, banyak yang Cina kat bahagian bawah hotel.
Harap kat pasar malam je la, nak beli makanan kat situ.
Foodcourt ada jugak, tapi tengok, emmm macam tak lalu arrrr........

Friday, 14 June 2013

Muka Naurah macam laki hang laa........


Balik kampung lepas, kakak dari Sabah sekeluarga pun balik juga.
Kebetulan diorang ada reunion di Bukit Merah.
So bercuti panjang la kali ini.

Tapi selalu pun, memang lama jugak bercuti kalau balik semenanjung.
Mesti 2 minggu lebih.
Iye la nak balik dua rumah mak ayah kan...
Satu dok Kepong, satu nun jauh di Alostaq...

Lepas balik dari Bukit Merah, 1 family deman batuk2 kecuali kakak saya.
Yang teruk si kecik ni la....


Lama demam panas dia.
Sampai hari Rabu malam Khamis, dia jadi keras membatu.
Umi n Abi dia sentuh, xda respon pape....

Muka pucat lesu, gelabah la Abi n Umi.
Terus bawa ke Kedah Medical Centre (KMC).
Dah lewat malam perasan.
Swasta la senang nak pi, hospital Sultanah jauh lagi dari KMC ni.

Kami balik Kedah hari Sabtu, masih di hospital lagi.
Dalam nak balik tu, sempat la tanya OK tak Naurah sekarang?
Apa yang tak kena lama sangat demam?

Kakak kata, doktor suspek kena H1N1.
H1N1? dah lama tak dengaq orang kena virus ni.
Sebab pi Bukit Merah ka?
Mungkin la kot, sebab bila dah ramai2 orang ni, macam2 la bakteria ada kan...
H1N1 tersebar melalui udara OK.

Masa dok pi melawat dia, asyik merap je la.
Orang sakit kan...
Dah tangan pun bercucuk ubat.
Kesiannya kecik2 dah jadi macam ni.
Yang buat dia teruk lagi sebab dia ada penyakit asma.
Dia mudah jadi lemah, sesak nafas la.

Aii kalau jadi kat saya, mesti tak reti nak handle semua ini.
Nasib baik la Umi dia doktor.
Abi plak Farmasis, dua2 bidang perubatan.
Ada kelebihan kat sini, Allah uji pula dengan kesihatan anak2.
Faateh pun dah 4tahun, kecik ja dia....
Naurah plak nampak membesar sihat.

Tembam gitu, geram kat pipi dia.
Dengan mata bulat2 hitam....
Bulu mata melentik, mai mana ni ha....
Umi Abi dia tak da plak camtu.


Kami dok sembang kat spital, ikut mak mertua kakak saya kot.
Muka tembam bulat.
Mata dia tu, wat kami geram tu.
Dengan bibir juih seksi gitu....


Hari terakhir dia nak balik dah, baru kami dapat bermain dengan dia.
Dah sihat daa, xda la nak meragam..
Kami bergambar depan webcam je la... [kualiti tak elok sgt]
Ajak2 main dengan dia, sebab Umi dia nak berkemas barang dah nak balik petang tu...
Dia macam syok la tengok muka dia ada dalam kamera tu.
Tangan asyik nak capai ke skrin laptop jeeee....

Tengahari tu, kami keluar makan kat Restoran Nasi Kandar Ramli.
Dekat je dengan rumah.
Saja nak pekena nasi kandar, Abang Firdaus nak belanja.

Masa dok tunggu order air nak sampai.
Kami semua dok tengok la telatah si Naurah ni.
Alek2 kakak saya kata, muka Naurah macam laki hang laaa...


Mana daaaa...
Muka Hasyim panjang.
Sebelum ni, saya dok terpikir2 dah, muka Naurah ni macam sape ye..
Ada seseorang la yang seiras dengan dia....

Pastu baru saya teringat, muka macam adik ipar saya, iaitu adik Hasyim.
Namanya Nawal.
Sama la ni, pipi tembam naik, bibir bawah ke depan sket, mata dia pun bulat jugak.
Dalam family Hasyim, muka Nawal je lain bebenor...
Yang lain2 ada juga iras2, sket2, muka panjang gitu.


Sama tak muka depa berdua?

Naurah

vS

Nawal

~Cilok gambaq Nawal dari FB~
Cik Nawal Shahri, jangan marah nooooooooo



Thursday, 13 June 2013

Terkini untuk persiapan baby...

Pagi tadi saya dah pergi klinik untuk scan minggu ke-28.

Dr Joen tu rupanya cina.
Jo-Anna. Patut la cam pelik je kalau nama orang Melayu kan.

OK la, atleast perempuan.
Dia pun ada perut yang macam saya, sebab dia pun sedang mengandung juga.

Scan kali ini la saya dapat tengok baby.
First sekali doktor tunjuk jantung dia yang berkelip2 tu.
Saya ingat kepala baby, sebab nampak yang imej lebih besar, bulat.
Bila doktor sebut yang berkelip2 tu jantung, baru saya fokus kat situ.
Oh ye, OK.

Pastu dia cari kepala baby pulak, sebab saya ada tersebut kepala tadi.
Jadi nampak la kepala baby.
Pastu teringat plak enSuami pesan tanya jantina.
Dia kata belum boleh tau, sebab baby belum berpusing lagi ke bawah...

Saya bagitau kat enSuami, dia kata iye-iye je xleh tau, doktor malas la tu nak cari.
Ye kan?
Sebelum ini, dengar kawan2 cakap bulan 6@7 dah boleh tau jantina.
Entah la, saya dah tau dah, hahaha.
Tu yang tak rasa nak tanya doktor pun.
Scan kat swasta pun tak...

Kita tunggu aje lah ye.
Tepat tak firasat dan kiraan saya.
Mana2 jantina pun saya terima.
Sebab dari persiapan xda la saya fokus ke arah jantina.
Semua saya beli sama je, secara umum.
Dua2 jantina boleh guna.

InsyaAllah rezeki Allah nak bagi, amanah untuk kami sekeluarga.
Asalkan sihat sempurna comel dan mudah bersalin, dah cukup bagi saya setakat ini.

Nak mudah bersalin ja yang saya fikir sekarang ini.
Dapat doktor perempuan. Bersalin normal dan tak perlu apa2 perkara luar biasa semasa proses bersalin, Amin.

Hari tu balik Kedah saya ada sempat beli baju2 lagi.
Baju2 lubang2 yang saya belum beli walau sehelai pun.
Kat sini macam lelong2 la kot.
Dah terlonggok2 cam tu je.
Cam besa la, sepanjang tahun ada SALE kat Pacific ni.
Cuti sekolah je mesti nak pi situ.
Kali ini siap buat kad member lagi.
Sebab point dia cepat banyak.
Harap2 hujung tahun ni boleh tukar dengan handbag baru ke, cadar baru ke, tak pun baby carrier...


Ha ha, nampak macam sama kaler, tapi bukan-bukan ar...
Kaler je lain2, tapi design macam nak sama la.

Baru perasan, 1 pasang je tangan panjang.
Yang lain semua pendek, ayyo.
Emm, OK la kot tu.
Nasib baik amek 4, kalau tak nak amek 3 pasang je...


Yang kedua, saya beli sabun basuh baju.
Ingat haritu nak beli Kiddiewash Cosway, sebab nak basuh CD kan.
Saya ingat sabun ni jenama Anakku.
Sebab kedudukannya ada kat rak Anakku.
Sekali masa balik ni, baru tau Tollyjoy rupanya.
Tollyjoy pun tolly la.
Janji dah beli sabun.


Yang ketiga saya dah beli daa pelapik getah tu.
Dah dok risau sangat, tak beli lagi.


Fiffy pun fiffy la.
Orang beli RM12, saya beli yang ni RM16.90.
Mahal ke tak eh....
Takda pilihan lain daaa...
habis daa cerita pasal barang2 baby.
Last nanti [xtau ntahkan bila] nak beli set tilam baby.
Nak kena beli awal la ni kan, nanti nak pk sarung bantal tilam lagi...
Saya ke yang nak jahit niiiii?

Wednesday, 12 June 2013

Update bulan ini tentang kehamilan, Catatan pergerakan baby..heeeeeeeeeeee

Semalam, hari Selasa saya ke klinik untuk apoinment bulanan seperti biasa.

Sebenarnya Isnin minggu lepas.
Tapi dah balik Kedah, terlepas la apoinment tu.

Pastu nak pergi la klinik berdekatan dengan umah.
Sehari sebelum itu, kakak saya yang kebetulan balik bercuti juga, siap tengok laporan buku pink saya.

Apa ni, HB rendah! hang makan dak ubat yang doktor bagi?
Saya... sengihhhh jeee, hiiiiiiiiii.
Nak kena ni, makan la, dah orang bagi.
Pastu dok kalut, kata perut tak besaq, berat tak naik...
Xda langsung zat untuk baby, camna nak besaq.

Ubat yang doktor bagi tu, ntah kat mana daaaa...
Ada kat umah baru kot.
Yang ada dengan saya, set Salindah saja.
Tu pun tak habis ontime makan....

Tengok2, semalam, lepas amek darah, HB turun lagi.
Mak ai! habis la den kena ceramah lagi la plak dengan nurse nanti....
Lepas kuar dari makmal, dah cakap sesiap la kt enSuami.
Satni kena ceramah la kot, HB turun lagi.
Hari tu 12.1 pun kakak saya bising kata rendah [normal 15 ke 13, xdengaq sgt masa dia cakap tu]
Hari ni 11.2, terbalik la dohhhhhh...


Lepas letak je buku, duduk sekejap dah kena panggil.
Siap nurse yang pakai baju biru lagi.
Saya xtau la jawatan pe, ingat nak kena test pape ke...

Masuk bilik lain dari biasa.
tengah dok bercakap berkenalan, ada nurse lain datang kat pintu.
Sister, ni buku2 laporan tadi.....

Mak oiii Sister ke yang ada depan saya ni.
Habis la kena kaunselor la nampaknya....
Soalan biasa yang ditanya macam nurse2 lain.
Sihat ke? Rasa baby bergerak ke? Makan berselera x? Ubat ada lagi?
Semua soalan yang awal, saya jawab semua OK, positif, baik.
Tang ubat tu saya jawab dah habis.

Sebab lepas kena tegur ngan kakak tu, saya dah bertekad la, kali ni akan makan ubat.
Pikir untuk baby.
Apa yang saya makan yang favourite tu nasi lemak, onde-onde, air manis, tak ada zat yang baby dapat kecuali sedikit dari ikan bilis.
So kali ini kena la kata ubat dah habis, supaya sister ni boleh bagi ubat baru...

Lepas tu dia scan sekejap, dapat dengar bunyi degup jantung baby je la, kuat la jugak speaker masa tu.
Lepas tu dia cakap hari ini balik lambat sket, sebab nak kena cucuk.
Kena cucuk kancing gigi. Masa kat Bangi dulu, tak da kena cucuk ape2...
Teringat la hari2, Haz kata kena cucuk kancing gigi.
Sekarang dah masuk 7 bulan, patut la kena cucuk.
Lepas cucuk kena jumpa doktor.

Tapi saya pun terkejut la jugak.
Masa menunggu tu saya terperasan lelaki smart masuk bilik pemeriksaan.
Isk, takkan doktor kot?
Alamak, habis la....
Mintak2 hari ini takyah jumpa doktor.
Bulan lepas, tak jumpa dengan doktor, tapi saya dengar suara doktor tu perempuan.
Kalau kat Bangi, 3 atau 4 orang semua perempuan.

Saya pun tanya la kat Sister, doktor yang lelaki tadi ke?
Sebab tadi dia ada datang jugak kat bilik Sister ni tanya pasal follow-up pesakit last week.
Sister jawab hari ini xda doktor perempuan, sebab doktor Joen bersalin.
Hah, doktor bersalin, lama la jawabnya.
Lepas tu dia kata eh doktor tu pergi kursus 2hari.

~Jadi, esok Khamis, saya akan ke klinik lagi untuk doktor scan. Orang kata dah boleh tau jantina, nak tau ke ek?~

Pastu saya cakap, boleh tak saya tak nak jumpa doktor hari ini?
Saya tunggu doktor perempuan la, kena datang lagi, bila2 pun xpe, minggu depan pun takpe...
Saya berkeras juga nak doktor perempuan.
Buat masa ni, saya masih tak dapat terima la nak buka baju tunjuk perut kat lelaki lain, walaupun doktor.
kalau setakat kat tangan tu, boleh la kalau nak amek darah.
Isk tak boleh la....

Lepas tu Sister tu cakap, nanti bersalin, kena redha la kalau dapat doktor lelaki.
Pastu saya blurrrrrrrr, hah?
Ke awak nak bersalin kat swasta?
Oh baru saya teringat, insyaAllah swasta kot.
Yang Islamik insyaAllah.
Nak cakap banyak pun xtau lagi kan, kang tak sempat nak sampai hospital, jadi kot lain plak...

Bila jadi macam ni, enSuami dah mula fikir sekali lagi.
Kat mana ni Sayang, nak bersalin nanti?
Az-Zahrah jugak ka ni? Sempat tak nak pergi sana tu?
Jauhnya boleh tahan, 2 jam....
Kalau tak sempat Az-Zahrah, Barakah pun Barakah lah....

 Tapi saya memang nak bersalin kat Az-Zahrah.
Nak doa banyak2, buat persediaan elok2.
Harapnya dapat la bersalin kat sana...
Amin....

Lepas tu, Sister ajar saya pulak nak tanda catatan untuk rekod pergerakan bayi.
Sebab dah masuk bulan ke-7 kena berjaga2 la...
Kalau baby tak bergerak, kena segera ke hospital.
Kalau pergerakan untuk cukup ke-10 masa semakin lambat, pun kena pergi hospital.

Hari ini, saya mula buat catatan.
Hari ni juga saya mula berpuasa.
Baru nak ingat tak qada' lagi.
Dulu2 dok umah bujang, cepat je la setle.
Bila berdua ngan enSuami, dah jadi rutin si Isteri, lupa habis daaa.
Sebelum pindah hari2 sempat korek2 jadual tahun lepas, saya dah qada' ke belum.
Habis cari, xda catatan yang saya dah qada'.
Maknanya saya tak qada' lagi la tu.

Kena praktis dari sekarang la, saya mampu tak bertahan ni.
Kalau tak posa, lambat sket makan, rasa semacam dah...
Mulut pahit ja, rasa nak makan.
Makan nasi pun dah bertambah dua pinggan.
Baru rasa macam makan untuk dua orang!


Setakat kol 2 petang ni, catatan dah sampai ke-5 kali.
Sister kata, kalau laju, kol 3 petang dah boleh selesai.
Saya ni, betoi ke tak kira ni...

Kadang2 kot baby bergerak saya tak perasan sangat ke?
Buat tak tahu ke?
Lupa nak tanda ke?
Saya hanya tanda kalau baby bergerak dengan sakannya.
Terasa berombak2 perut, baru saya tanda.
OK ke camni, huhu...

Oh ye, kawan2 pembaca.
Kalau ada tau hospital bersalin Islamik area Kuala Selangor-tanjung Karang-Sekinchan-Sg Besar ke, boleh bagitau saya tak...
Setakat ni belum terjumpa lagi la di mana2...
Kalau ada pun kat Klang la, Hospital Barakah.
Hospital Razif, tak Islamik, ada doktor lelaki.

Kalau la kat hospital kerajaan boleh request, dah boleh duduk first class dah kat hospital.
Ni yang jeles kat kawan2 yang husbandnya keja swasta, dapat panel klinik/hospital swasta yang best2.

Jeles dengan MamaNasih, Haz dan ramai lagi.
Yang dah dan akan bersalin kat An-Nur ke, Az-Zahrah ke....
Emmmmmmmmmmm, rezeki anak mudah-mudahan.
Harap semuanya berjalan lancar, demi menjaga aurat semasa bersalin, bukan suka2 nak swasta sebab nak layanan baik, xdanye....
Nak jaga aurat sahaja yang saya fikir.
Kalau tak, xperlu nak berhabis beribu riban nak bersalin kat swasta.

Ya Allah, murahkanlah rezeki anak2 kami.
Luaskanlah sumber rezeki kami dengan keberkatan, Amin.



Tuesday, 11 June 2013

Maklumat lengkap mengenai produk Salindah


Ada kawan tanya tentang produk Set Bersalin Salindah. Saya dah lama draft maklumat ni. Hari ini baru dapat siapkan. Harap orang lain pun boleh ambil info ini sebelum memilih produk set bersalin yang ada di pasaran, OK.

Selamat membaca, n ingat semua.

Saya pun nak kena baca selalu, kot2 terlupa makan ubat ni pada waktu yang sepatutnya..



SALINDAH remedi ajaib yang dapat memudahkan kelahiran dan Penggunaan SALINDAH Set Lengkap, Insya-Allah akan membantu ibu melahirkan anak yang sihat dan cergas, pintar dan cerdas. Pertumbuhan gigi dan tulang yang sihat serta tumbesaran yang kuat.

Salindah dirumus khas daripada ubat-ubatan mengikut kaedah Homeopati, Biokimia dan Herbalisme yang tidak memberi sebarang kesan sampingan. Ia merangkumi tiga tempoh iaitu Pemakanan Ketika Hamil (ceraian B1~B3), Persediaan Waktu Bersalin (ceraian B4~B6) dan Rawatan Dalam Masa Pantang (ceraian L7~L12).

Ramai ibu-ibu yang mengambil set salindah mengaku terdapat perbezaan ketara semasa proses bersalin dan perkembangan bayi juga berbeza berbanding dengan pengalaman tanpa mengambil produk ini.

SEMUA produk Salindah berdaftar dengan KKM Malaysia (Jangan mempercayai fitnah bahawa produk ini tidak berdaftar) Produk yang berdaftar dengan KKM mempunyai nombor pendaftaran MAL. Sila lakukan pengesahan dengan melawati laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (http://www.bpfk.gov.my ), klik pada "Registered Products Search" di bahagian kiri bawah dan cari "Salindah" . Insyaalah ini akan menghilangkan keraguan anda tentang produk Salindah.

CERAIAN PRODUK SALINDAH

SALINDAH B1
Kategori: Biokimia
Isi: 336 biji
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Wanita hamil 12 minggu dan juga semua peringkat umur.
Cara penggunaan:
Untuk kes akut - 2 biji setiap 3 jam.
Untuk kes kronik - 2 biji 3 kali sehari.
Untuk kes biasa - 2 biji 2 kali sehari.

SALINDAH B1 penting untuk pembentukan hemoglobin. la berperanan untuk membekalkan oksigen ke setiap sel tubuh serta menguatkan saluran darah. Ceraian SALINDAH B1 sepatutnya diambil sebagai suplemen untuk merawat banyak masalah penyakit tanpa mengira jenis simptom yang timbul. Ini termasuklah masalah pernafasan, pendarahan, anemia, pendarahan haid yang banyak, demam dan selesema, sakit tekak, keradangan, "congestion", kekejangan otot, subu tubuh meningkat, berdebar-debar dan reumatisme. la boleh dianggap sebagai remedi "first aid". Ceraian SALINDAH B1 boleh dijadikan serbuk dan dipedap pada bahagian luka atau tercalar, mampu untuk menghentikan pendarahan.

KHASIAT :
Memberi zat besi mudah hadam yang diperlukan oleh setiap ibu mengandung. Menghilangkan atau mengurangkan muntah dan loya serta alahan. Menolong tumbesaran tian. Mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. Menghilangkan kesan jatuh atau rebah. Melancarkan aliran darah agar mencegah timbul simpul urat-urat di kaki. Menghilangkan letih lesu.

SALINDAH B2
Kategori: Biokimia
Isi: 96 biji
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Wanita hamil 24 minggu dan juga semua peringkat umur.
Cara penggunaan:
2 biji 3 kali sehari.

SALINDAH B2
Berfungsi untuk pembentukan sel darah baru dan sistem penghadaman. B2 disyorkan untuk mereka yang menghadapi masalah penghadaman, lemah tulang, kerosakan gigi, kelemahan peredaran darah, chilblain (jari membengkak, merah dan gatal terutama ketika cuaca sejuk), kebas, spasma, keradangan tonsil, polipus hidung, letih dan lemah-lemah di dalam tubuh. Tonik yang baik untuk kesembuhan dan boleh digunakan bersama B1 untuk merawat masalah anemia. Di dalam tubuh komponen ini terhasil melalui proses penghadaman, asimilasi, pertumbuhan sel melalui penggunaan tenaga.

KHASIAT :
Memberi zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambahkan darah. Menambah selera makan, menghilangkan sengal tulang dan kebas anggota, kaki dan tangan. Mencegah osteoporosis.

SALINDAH B3
Kategori: Biokimia
Isi: 96 biji
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Wanita hamil 28 minggu dan juga semua peringkat umur.
Cara penggunaan:
2 biji 3 kali sehari.

SALINDAH B3
Suplemen untuk saraf dan bersifat antibiotik. Disyorkan untuk masalah sistem saraf terma-suklah keradangan saraf, masalah penghadaman, sakit kepala, stres, susah hati atau bimbang, dispepsia, depresi, insomnia, keletihan fizikal dan mental, lemah daya ingatan dan konsentrasi, nafas berbau dan kayap. Simptom biasanya melarat dengan keadaan keletihan mental dan fizikal serta sejuk. Lega dengan keadaan panas, rehat dan kadangkala makan.

KHASIAT:
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin.

SALINDAH B4
Kategori: Homeopati
Isi: 30 biji
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Semua peringkat umur dan wanita hamil.
Cara penggunaan:
Dikemam 1 biji 1 kali sehari, mulai 4 minggu sebelum jangkaan bersalin.
1 biji 3 kali sehari (untuk masalah haid dan senggugut)

SALINDAH B4
Remedi Homeopati ini sesuai untuk senggugut, dengan rasa sakit di celah peha. Haid berwarna gelap, beku berbau dengan rasa sakit bahagian belakang. Haid tidak tetap. Sakit otot, rasa berat bahagian bawah tubuh, rasa menyucuk dan tegang pada bahagian leher dan belakang. Sakit kepala kerana susah hati, banyak belajar atau akibat jangkitan pada sistem perkumuhan, juga boleh mengubati sebarang kesakitan akibat melahirkan anak.

KHASIAT :
Remedi istimewa untuk mengawal alamat sebelum jangkaan (alamat palsu), menghilangkan sakit bersalin, sakit urat dan otot, menyediakan saluran peranakan sebelum bersalin dengan mengendur dan menganjalkan otot-otot pencerut kawasan saluran peranakan. Memudahkan kelahiran bayi. Menghilangkan perasaan takut dan cemas.

SALINDAH B5
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Untuk wanita hamil.
Cara penggunaan:
Dikemam 2 biji 3 kali sehari, mulai 2 minggu sebelum jangkaan bersalin.

SALINDAH B5
Remedi ini melanjutkan dan menolong tindakan Salindah B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.

SALINDAH B6
Kategori: Homeopati
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Semua peringkat umur dan wanita hamil.
Cara penggunaan: Dikemam 1 biji 1 kali sehari, dan apabila perlu.

SALINDAH B6
Wanita yang mengalami sejarah sistem perkencingan yang lemah dan haid yang tidak menentu boleh menggunakan B6. Rasa tidak selesa sewaktu kedatangan haid dengan rasa sakit di celah peha dan kaki termasuklah bahagian pelvik. Begitu juga sekiranya berlaku pendarahan yang terlalu banyak atau keputihan. Rasa kebas-kebas terutama di sendi jari.

KHASIAT :
Remedi ini menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepatkan dan memudahkan keluarnya anak, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit lepas bersalin.

CATATAN TAMBAHAN

  • Sekiranya bayi songsang, bolehlah mendapatkan ubat homopati RTA.
  • Sekiranya bayi terkena penyakit kuning, sila dapatkan ubat homopati RTD. RTD boleh diambil oleh ibu mulai sebulan sebelum bersalin bagi mengelak bayi terkena demam kuning.
  • Untuk meningkatkan kandungan susu badan, amalkan ubat homopati RTC
  • Seelok-eloknya ambil Salindah semasa perut kosong (sebelum makan)
  • Sekiranya lambat mula mengambil B1, ia boleh diambil sekali dengan B2 atau B3, jarakkan 5 minit antaranya. B1 digalakkan untuk dihabiskan walaupun bermula lewat
  • B3, B4 dan B5 elok diambil selang 30 minit
  • Salindah boleh diambil dengan vitamin atau ubat lain. Cuma jarakkan 2 jam


SALINDAH L7
Kategori: Herbalisme
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Remedi cecair bagi menyembuhkan luka dan jahitan episiotomi dengan cepat. Boleh digunakan sebagai sapuan di bahagian pusat bayi, luka, calar, dibuat basuhan dan kompres.

KHASIAT : Remedi cecair bagi menyembuhkan luka atau jahitan episiotomi dengan cepat. Menghilangkan sakit pada luka jahitan. Mencegah jangkitan kuman dan bernanah.
Cara penggunaan:
- sapu/basuh luaran pada bahagian yang luka.

SALINDAH L8
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Khasiat:
Semua peringkat umur dan wanita hamil.
Cara penggunaan:
Dikemam 1 biji 1 kali sehari.

SALINDAH L8
Boleh digunakan untuk masalah sakit kepala berdengap, melarat di sebelah kanan terutamanya, melarat disebabkan oleh cahaya, bunyi bising, tidur dan pada waktu petang. Bengkak kelopak mata, kanak-kanak menangis ketika sedang tidur, suka mengetap gigi, sakit bila menelan, batuk, bisul, demam garing, tonsil, sakit gigi berdenyut, bengkak merah, berdarah hidung, sejuk anggota, meracau dan menjerit.

KHASIAT :
Bila keluar sahaja anak, terus makan remedi ini. Remedi ini membantu menyembuhkan rasa sakoit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala Kategori: Homeopati

SALINDAH L9
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Semua peringkat umur dan wanita hamil.
Cara penggunaan:
Dikemam 1 biji 2 kali sehari.

SALINDAH L9
Dikenali sebagai tonik otot, boleh digunakan sekiranya mengalami lebam, terpukul, kesan terkehel, bisul, lemah badan, sakit pinggang, sakit kesan angkat berat, mulut/nafas berbau busuk, letih lesu, menambah tenaga, hidung berdarah, cirit berdarah memulas, suara parau banyak bercakap, mimpi gerun kisah kematian.

KHASIAT :
Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota itu.

SALINDAH L10
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Semua peringkat umur dan wanita selepas bersalin.
Cara penggunaan:
2 biji 3 kali sehari.

SALINDAH L10
Berfungsi untuk membentuk keanjalan tisu pada kulit, otot, enamel gigi dan aliran darah. Disyorkan untuk otot-otot yang lemah, menguatkan gigi, kulit pecah, lemah peredaran darah, kerosakan tendon, ligamen, otot dan tulang, mengatasi masalah vena varikos, sembelit, sakit belakang, ekzema, buasir, gusi berdarah dan resdung. Ia juga boleh membantu mencegah dan mengurangkan kesan meregang (stretch marks).

KHASIAT : Remedi ini mempercepatkan rahim dan saluran peranakan mengecut semula. Mengangkat rahim kembali ke tempat asal. Mengurangkan simpul urat biru

SALINDAH L11
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Untuk golongan wanita dan lelaki.
Cara penggunaan:

SALINDAH L11 
Sesuai digunakan oleh seisi rumah, kerana khasiat di dalamnya dapat merawat pelbagai penyakit. Herba Cymbopogon nardus bersifat antiradang, menghilangkan rasa sakit (analgetik) serta melancarkan sirkulasi darah. Sesuai untuk menstruasi yang tidak teratur, sakit kepala dan otot, sakit sendi dan batuk.

Piper retrofractum pula untuk memanaskan badan, sakit ulu hati, sakit kepala, sakit gigi, afrodisiak, hidung berair dan rasa lemah (neurasthenia), masalah pencernaan, kembung. Manakala Solanum torvum berperanan untuk menghilangkan darah beku, bengkak terpukul, gastrik, tidak datang haid dan sakit gigi.

Zingiber aromaticum atau lempuyang merupakan herba yang tidak asing lagi di dalam perubatan tradisional. Herba ini tardapat di dalam ceraian

SALINDAH L11
Berperanan untuk membersihkan darah, anti kejang, mengandungi limonene yang bersifat mengeluarkan gas (karminatif) hasil pencernaan. Ia juga sesuai untuk menambah nafsu makan, kaki bengkak sehabis pantang, koliks, kekurangan darah, gatal-gatal, kecacingan, sesak nafas, kembung, malaria, pedih perut dan lemah urat saraf.

Bunga cengkih mengandungi kariofilin, yang berkhasiat untuk menghangatkan, menghilangkan rasa sakit setempat, mengeluarkan angin dalam tubuh, mengharumkan, bersifat antibakteria, dan menghilangkan kejang perut. Menurut WHO, cengkih merupakan di antara herba ubatan yang paling banyak dipakai di dunia dalam bentuk balsam atau minyak.

Menurut farmakopia Belanda, rizom Zingiber officinale mengandungi 6% bahan ubat-ubatan yang sering digunakan untuk rumusan ubatan. Ia dikenali kerana manfaat terapeutik dan halia ini menjadi herba asas di dalam penghasilan ubat di 23 buah negara. Ia boleh merangsang kelenjar pencernaan, membuka selera makan dan untuk sistem pencernaan. Sifatnya yang pedas dapat menghangat tubuh dan mengeluarkan keringat. Bersifat antiinflamasi dan antibakteria. Sesuai untuk masalah sakit kepala, batuk, kembung, mual atau mabuk perjalanan.

Ceraian L11 ini juga mengandungi Nigella sativa. Jika diamalkan membantu mengatasi masalah keputihan, sembelit dan batuk rejan. Ekstrak pelaga juga boleh merawat masalah flatulasi atau meteorismus (penimbunan gas di dalam usus), koliks dan lemah-lemah tubuh, mulut berbau, peluh berbau, batuk terutama di kalangan kanak-kanak dan gatal tekak.

Limonina di dalam jintan mengharumkan dan kandungan flavonoida di dalamnya berkhasiat menyembuhkan radang. Khusus untuk kanak-kanak yang mengalami batuk, diarea dan mencegah kejang. Di samping itu juga wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur boleh mengamalkan minum tonik ini.

Piper retrofractum menurut farmakopia China, sesuai untuk merawat sakit dada, sakit perut, lebih asid di dalam perut (gastrik), cirit-birit, hernia (burut), sinusitis, sakit gigi, kencing tidak lancar dan haid tidak teratur. Ia juga merangsang uri keluar sewaktu melahirkan.

KHASIAT : Remedi tonik ini istimewa bagi memanaskan badan,menambahkan selera, membaiki penghadaman dan pembuangan najis, menenangkan tidur, menghi-langkan kebas-kebas. Menyegarkan rahim dan alat peranakan.

SALINDAH L12
Tempoh Guna:
Bergantung kepada kekerapan menggunakannya.
Kesesuaian:
Golongan Wanita.
Cara penggunaan:
Untuk masalah pramenopaus dan menopaus makan bersama ceraian SALINDAH BI dan B2

SALINDAH L12

MASALAH-MASALAH WANITA
Bertindak sebagai tonik untuk wanita, berkeadaan lemah dan letih, gejala-gejala pramenopaus dan menopaus. Masalah haid yang tidak teratur, terlalu banyak atau berketul, masalah senggugut, leukorea, ketumbuhan seperti fibroid, cysts dan endometriosis, kurang nafsu seks, sakit sewaktu bersetubuh, penyakit kelamin, sindrom pramenstrual (PMS), masalah kesuburan, mandul, ketulan di dalam buah dada, osteoporosis dan lain-lain.

CATATAN TAMBAHAN:

  • Kurangkan pengambilan L11 sekiranya bayi yang menyusu badan cirit birit atau demam
  • Sekiranya kurang susu boleh mengambil RTC
  • Sekiranya anak demam kuning boleh beri RTD. RTD boleh diambil oleh ibu mulai sebulan sebelum bersalin bagi mengelak bayi terkena demam kuning.


PANDUAN PENGGUNA

  • Seelok-eloknya ambil Salindah semasa perut kosong (sebelum makan).
  • Sekiranya lambat mula mengambil B1, ia boleh diambil sekali dengan B2 atau B3, jarakkan 5 minit antaranya. B1 digalakkan untuk dihabiskan walaupun bermula lewat.
  • B3, B4 dan B5 elok diambil selang 30 minit
  • Salindah boleh diambil dengan vitamin atau ubat lain. Cuma jarakkan 2 jam
  • Hendaklah berpantang minuman berkafein seperti kopi, nescafe dan juga air bergas semasa mengambil pil homopati (B4, B6, L8 dan L9)
  • Hendaklah berpantang asam semasa mengambil pil biokimia BTS (B1, B2, B3, B5, L10 dan L12)
  • Hendaklah berpantang air kelapa, air asam dan limau nipis semasa mengambil herba L11 dan kurangkan pengambilan L11 sekiranya bayi yang menyusu badan cirit birit atau demam.

Monday, 10 June 2013

Sebab tak update blog.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....
Lama rasa tak dapat update blog..
Bukan tak update saja, tengok blog pun tak...

Hujung bulan Mei, saya sibuk berkemas di rumah sewa.
28 Mei adalah hari kami mengangkut barang dengan lori.
Masa tu pesan lori dengan kenalan Hari Krishnan.
Kawan dia ada wat bisnes lori sewa.
Dari Bangi ke Kuala Selangor, hanya RM 500.

Kira lebih murah la dari no Cina yang saya telefon melalui kertas iklan yang diedar pintu ke pintu tu.
Kawan saya yang pindah dari Seksyen 7 [flat sama saya] ke Seksyen 4 Tambahan, pun kena RM 350.

Hah, mesti la murah kan...
Alasan kawan saya dapat, sebab dia dok tingkat 2.
Macam cas tenaga la, nak turun naik tangga.
Kawan saya dok tingkat 2, saya dok tingkat 4.

Masa tu ingat jenuh la nak bayaq kos lori nanti.
Yang telefon Cina tu, dia letak RM 750, sebab jauh luar dari Bangi-Kajang.

Sambil dok sibuk dengan hal rumah, bos lama dok kejan saya suh siapkan kerja yang dia bagi.
Oh ya, kira buat masa ni, saya bekerja jarak jauh la.
Siap je kerja yang diberi, saya akan ke Bangi lagi untuk hantar kerja yang dah siap.
At least ada la juga rezeki tambahan dari rumah.
Alhamdulillah.

Untuk bulan Mei tu, saya dah siap satu tugasan.
Dan dah terima bayaran.
Sekarang ada kerja baru.
Belum mula lagi setakat ni.
Oh keja saya mudah je...
Macam jadi Editor gitu, cewahhhhhh...
Nak terbit buku katakan....
Kot2 esok boleh jadi penulis ke, Aminnnnnnnn.

Ohhhhh, sebelum pindah tu, kami sekeluarga mertua, sempat p Cameron.
Nak kata kenangan manis, iskkkkk tak banyak manis.
Tak syok ada la....
Dapat jejak Cameron je la yang best.
Tapi pengalaman tu tak best sangat la.
Gerammmmmm, nanti saya cerita panjang tentang hal di Cameron.
Mesti cerita!
Nak boikot hotel tu!

Lepas pindah, family kat kampung minta tolong balik.
Sebab nak minta tolong hantar adik bongsu saya masuk UiTM Seri Iskandar.
Kami memang plan nak balik Kedah, sebab cuti sekolah kan...
Kalau tak cuti sekolah, susah juga tu nak balik kampung.
Sebab cuti Sabtu-Ahad sekarang macam tak rasa pape...
Pejam celik, dah Isnin.
enSuami memang letih tak habis, kesian enSuami saya....

Pastu untuk minggu ini, kami dah mula fikir untuk hal rumah semula.
Buat masa ni saya tinggal di rumah mertua.
Rumah dah dapat kunci, tapi tak duduk lagi la.
Sebab nak tunggu semua siap, kabinet dapur, pasang tiles, wiring....
Baru dapat masuk rumah n mula mengemassssss.

Tinggal berapa hari je lagi nak puasa.
Harapnya boleh la berpuasa kat rumah baru nanti.
Tapi adakah sempat?

MDKS jangan buat hal OK.
kami sedang tunggu permit ni.
Diorg janji minggu depan dapat.
Tak dapat minggu depan, siap laaaa korang.

Orang kampung cakap, MDKS ni lembab sket wat keja.
Kontraktor wiring pun cakap yang sama.
Sebab tu ramai yang main bedal je renovate rumah.
Kalau kena kompaun bayar je la, kalau ekauuu banyak duittttt.

Taman rumah kami ni dekat la sangat dengan MDKS...
Berjiran je dalam kawasan yang sama.
Ekau berani nak langgar undang2...
Tak silap kena kompaun plak....

Jangan wat hal la kan...
Sebab tu gesa jugak enSuami pi hantar borang.
Kita ikut prosedur depa, kalau depa tak ikut prosedur, kita hentam depa balik.
Saya berani ajeeeee....

Hal baby dah tangguh dulu sementara.
Tengah serabut dengan rumah ni...
Nasib baik balik Kedah haritu, saya dah beli baju lubang2 tu 4 pasang, pelapik getah n juga sabun basuh baju.
Lega sudaaaa.
Oppppppps. yang tersangat penting, tapi saya tak beli lagi, set tilam bantal baby belum ada.

Dan minggu lepas, hal yang tersangat syokkkkk
Kami ada pergi Nilai 3.
Nak beli langsir hasil survey hari tu.
Tapi minggu ni pi ada jumpa design baru plak...
Masa kat kedai awal2, macam mahal...
Jalan2 lagi dapat la harga yang murah la, bagi saya.
Sebab kualiti kain guni tu, besanya RM 40++ semeter untuk bidang 110".
Tapi kat kedai ni, ehemmmmmmmmmmmmm.....
Dah siap beli, n jahit sekali.
Sebab upah jahitnya pun murah...

Haritu dah siap la langsir satu rumah.
Dan rumah Mertua juga.
Kami pi kali ni, Mak mertua n adik ipar ikut juga.
Sebab Mak nak beli langsir la, kami pi lagi.
Kalau tak, mungkin tunggu rumah siap baru nak cari langsir kot....
Balik rumah dengan senyuman dan senang hati.
Satu kerja dah siap........
Kayu rel je belum beli lagi, nak beli lambat sket, nak jaga bajet dulu untuk renovation rumah.

Ya Allah, limpahkanlah rezeki yang luas untuk kami.
Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan siap sempurna...Amin.
InsyaAllah, boleh la sambut raya kat rumah baru. Amin.

Ramai dah dok bertanya, bila nak buat kenduri masuk rumah baru??
Amboiiiiiiii, nak makan habuk ka nak buat la la ni?
Tunggu la semua siap, lawa2 dulu.
InsyaAllah open house akan tiba.
Elok2 wat kenduri aqiqah sekali ar, baru syokkkkkk.

Kawan2 Bangi nak mai Kuala Selangoq kan...
Hat dari Kedah-Penang pun nak mai...
Tunggu la naaaaaaaaaaa



Daisypath Anniversary tickers