Malam raya tu, iron baju banyak2 semua untuk 1family. Pastu terfikir, tahun ni sempat ke nak pkai nih? jadi mcm tahun lepas baju raya tahun lepas, baru pkai tahun ni.. Xpelah dah siap iron, amek la gambar, kot2 xsempat pkai, ada la jugak gambar baju raya.
Satni Wak dok tanya2 plak, emm. Orang tu dah beria2 beli baju raya pucuk pisang, pakai 1family, amek gambar ramai2... Keluarga kami, xbuat pon. Ayah xminat, Mak pun xmau. Sebab tu rasa susah sungguh nak bergambar ramai2. Adik2 laki pun, awal2 lagi dah hilang, beraya umah kawan2. Nabilah ja dok dapoq, pakai kain batik lg, hukhuk.=(
Dah buat laksa, banyak plak tu, kena la dok umah. Kalau xdak kat umah, mksudnya xmenjamu kat orang, maksudnya kmungkinan besar laksa xhabis. Bahaya tuh! Keja2 kat dapoq, dah tentu la ceq yang kena buat. Sape lagi kan yang boleh diharap, emmm...
Raya pertama Mak Ndak buat besday Alesya yang pertama. Tapi Mak x p. So BChiq pi ngan isteri. BTeh, CikTeh pi dengan motor. Umah tok kat Jalan Datuk Kumbar, Alostaq.
So, hari raya ketiga, Umah MakLang wat open house. Dapat la kuar umah. Hari2 baru dapat pakai seragam. Tapi sapa ja pun, BChiq, KAzida, Mak, Nabilah, CikTeh. Kami 5 orang ja pi.
Ni la Alesya, sepupu yang paling kecik, 8bulan kot. Lincah betoi..
Susah Nabilah nak pegang dia, elok dia senyum, muka Nabilah plak mcm cuak, ish xpatut btul!
Lepas selesai makan, pi lepak cari Naim, dok sembang dgn sepupu2 lain. Diorg ni rapat sesama, Nabilah ja xmashuk, dah terlalu matangkah?
Skg ni imej Bunkface menjadi ikutan remaja. Tengok la rambut si Afif tu, Bunkface katanya. CikTeh pun beli kasut RM80 Raml pe lupa plak, kasut Bunkface katanya. Bunkface lagi...Ntah pa2 la depa ni.
Ok, semalam balik Bangi, BTam hantaq. Malam pi jamuan umah PakNgah (abang Ayah) Anak sulung dia, Nen tu tegur, ni yang mana, dah habis sekolah belum? Oh no, pakai camni baju ni, nampak cam budak sekolah kah? Bila nak nampak besar nih?
Baju raya tahun lepas, Mak beli, baru pakai tahun ni. So dah ada kat Bangi, boleh pakai pi keja. Dok pk2 jgk bila nak pakai baju yang dibeli tu? Susah ati, beli baju, tp xpkai2 lg. Dulu Natrah cakap, org yang suka dok beli2 baju, tapi xpakai ni kategori org mbazir, kawan syaitan. Berdosa katanya. Cuba sedekah bagi kat org yang xdak baju baru. Ala, sedih plak. So Nabilah dah setel hutang2 ni. Jubah hijau tu pun Mak dah tolong pakai, lega la rasa. Jubahku!
Antara idea yang dapat tadi, siap semua terus publish. Yang sodihnya pi permenant delete file photoshop tu. nanti kena wat lain, kalau copy kat iop ni, xmembantu kalau nak letak dalam design kad tu. Huhuhu, jadi gabra sebab xdak thumbdrive. Tadi buat kat PC Media, takut kantoi ngan orang, nak sembunyi file tu, silap tangan pi shiftdelete plak, huahua...
Nanti pilih mana best, nak komen pun boleh gak...
Kalau Edwardian akan jadi camni kot bila masuk tarikh nanti...
Kad Kawen already done! Hehe, ni draft awal ye? Ada penambahan??? Penolakan xboleh! Kalau xlawa, pi kedai buat sendiri..=]
Yang depan ni memang xlawa. Belum ada idea yang gempaq lagi untuk hiasan di muka hadapan. Yang akan dikekalkan adalah nama NabilaHasyim tu, tulip yang kat bawah tu. Ruang kosong, sama ada letak gambar pengantin atau letak gambar cincin. Kenapa cincin, sebab Nabilah suka..suke..suke..=)
Tunggu peta rumah. balik ni nak cari balik kad2 kawen abang kakak sebelum ni. Tengok peta mana paling cantik dan sesuai dengan tema tulip kali ni, yeyeh!!!
No tepon mana keluarga Sekinchan???...........di mana...........di mana.............di mana..................
Pi umah Natrah seperti yang dirancangkan. Dah bosan sangat dok umah dua hari, Hari Jumaat kan cuti, Nuzul AlQuran. Pastu dah sampai umah, main2 dengan Ahmad dulu. Teringat nak amek gambar, jom layan dulu aksi2 Ahmad Nasih Ahmad Soffiyuddin..
oo dah bersar anak dia ya? sy yg belum ada lagi. odeng dah ada org nak doakan dia nanti. kami x cuti pun kena kerja juga
Kitorg pun nak bergambar dengan Ahmad yang CumiL ni :) pelik ja dia tegnok kamera ni. mesti dia tgk pe la kakak2 ni buat
nabilah x dukung dia ke?? hmm mana bibik natrah, dia xda bibik ya amboi banyak duit dia, nak berbibik..duduk bertiga ja pun. org tu yg ada 9 orang pun, xberbibik, mak je buat keja semua, xtanya plak??? berlagak la orang ni, tanya soalan yang xberpatutan..=/ bila nak matang pun, xtau lah!
Minta maap la Natrah, sempat plak pi snap tempat proses ~MyPopiaBest~ mama Ahmad ni.. oo bgus lah usaha kecil2 lan berjual dimana tu? nabilah terasa dgn sy ke?
Pagi Ahad tu, pi Pejabat Pendemokrasian Rakyat. Pendemokrasian Rakyat ni ditubuhkan untuk menguruskan kerja-kerja persediaan menghadapi Pilihanraya seperti pendaftaran pemilih baru dan pengumpulan dana. Mungkin ada lagi keja2 lain, tapi di mata kasar Nabilah binti Ahmad, setakat ni nampak yang ni je la.. Xboleh cerita banyak2 la kan, rahsia kerajaan nih, sysssssss..... ok rahsia baik dah tutup mulut, hmm strtegi pertahan kubu lah ya.
So hari Ahad lepas pi keja mengisi borang A. Keja ni maksudnya, ahli2 (PAS, PKR, DAP) yang telah mengumpul maklumat2 diri pemilih baru perlu diisi ke dalam borang A standard SPR. So ni la keja2nya. Kitorg pi tolong mempercepatkan proses pendaftaran pemilih2 baru ni. Ada beribu2 lagi pendaftaran yang perlu dibuat. Banyakkan??? Selamat lah kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Selangor dan lebih selamat lagi untuk PAS memerintah keseluruhannya, insyaALLAH. ya banyak.em tapi kan kenapa x key in dalam komputer terus.tapi kan dah tentu ke pemulih baru tu akan mengundi pakatan nanti?. hmm terima kasih membantu pertahan selangor
Em, nampak borang A???
nampak alhamdulillah sbb tu kami x pakai spek. hmm nabilah terasa hati dgn sy ya? nabilah terasa ya?=(
Minggu lepas sempena Nuzul AlQuran, semua balik kampung. Tinggal Nabilah dan Fiza di rumah. Cadangnya Fiza nak berbuka di luar dengan Pakwe dia. Erm, tinggal Nabilah sorang.hmm dia berbuka berdua ja ka hmm ?hmm bahaaya juga tu.. xla berdua, kan ramai lg kt kedai makan tu, apadaa...Tetiba Nada sms, nak ajak bincang hal Nisa' langsung dengan berbuka puasa (plannya nak buat hari Ahad, so xjadi). Lepas meting, kitorg terus gerak ke Hentian Kajang. Sebenarnya di hati cam teringin Lime d Vanilla kat Sharifah, Seksyen 7, cakap kat Nada, rupanya dia pun teringin gak. Tapi kami pi Hentian Kajang jugak, nak makan tut.......
Menunya adalah, Nasi Arab Lauk Kambing, yeyeh.
Alhamdulillah.hmm yg ni sy xpernah makan, hmm bila agaknya sy nak rasa ni? hmm akan dtg kot. sama mcm nasi mandi juga ka ni?
berapa Rm semua makan set mcmni . mcm menarik juga ni?
Menu Nasi Arab ni, selalu ada nasi yang sepenuh pinggan, lauk ayam atau kambing, pastu dengan kuah pedas, dengan tomato dan timun. Air, Nabilah order Jus Epal Hijau.
wah high test ya berbuka. kami buka air tebu or kealpa muda ja tp xpa sekali sekali ok ja
Tapi sejak akhir2 ni, cam besa, makan nasi sket ja. So xhabis plak. Malu betul. Minta bungkus bawak balik umah. Nada yang kocik pun dapat habiskan sepinggan, erm...
hmm mgkin angin dah msuk perut kot. xpun minum air banyak jadi perut penuh
Balik umah, ada keta Haz. Haz balik yer... Tengok dia dok sembang dengan Fiza. Fiza plak, buka posa kat umah makan megi, sebab xjadi kuar dengan pokcik tu. Nak bagi nasi arab tu dia makan. Tapi Fiza xmakan kambing lak...Simpan dalam peti ais je la... Simpan sahur. Haz bawak kuih best ni. Dulu xmakan, tepung pelita@tako etc... Tapi sebab YB suka sangat makan kuih ni (sebab setiap kali meting, Hari Selasa tu, mesti beli kuih ni), cuba beli sekali dan try makan. Alhamdulillah, boleh je telan. Sedap gak, manis la yg xtahan tu,
ooo xjadi dating terus makan megi ya. ye la, laki kan suka mungkir janji! hmm xpe tunggu zaujah tlg buat utk kami nanti , nak rasa manisnya=)
Lepas pi umah Natrah tu, Natrah tanya lagi, jadi x nak pi Percint 2? Asalnya tahu dari Ain, dia cakap ada sale di Percint 2, barang terus dari kilang, 28&29 Ogos. Bila Natrah tanya, Fiza kata boleh caya ke ada? Orang lain senyap je. Ape xpercayanye, ada kat tv3 dah, 25-29hb... esok last... Ha, Nabilah ngan Fiza pun main2 kening. Tu la org ckp xcaya, ada..ada la... Balik dari umah Natrah tu, pi amek duit, terus ke Putrajaya. Sampai sana terus amek gambar banner tu. Tu yang boleh bagitau dengan lengkap dalam tepon tu. Kalau x, ter...emm...emmm...xpe2 faham sy pun ingat kat alamanda aritui
Kat situ, jalan2 tengok2.. Bahagian makanan x pi langsung. Sebab mak pesan jangan beli kuih-muih kat longgok2 camtu, dikhuatiri produk dari Siam, OK KChiq x pi =)... kenapa dgn produk siam, xhalal ke
Dok pk2, kalau jumpa handbag yang berkenan di hati, klu mampu beli=under budget for handbag nak terus beli, takut jadi mcm hari tu, dah berkenan, tapi xbeli terus, susah dah nak cari lagi, Limited Edition, huhu. Akhirnya terjumpa handbag yang berkenan di hati. Nampak cam OK. Tanya harga, emm OK jugak. Xpe rilek2 tengok yang lain2 dulu. =)
Pi jalan lagi, jumpa baju kemeja tu, nak cari warna yang hajat di hati tu, susahnya. Kalau ada pun tangan pendek. Mana boleh tangan pendek ke sekolah. Kalau pakai luar, jalan2 OK la kot. Erm, mana 1 patut didahulukan? Saya pilih untuk ke sekolah. Sebab itu perkara yang lebih penting dan utama dalam hidup dia. Betul ke ni, ye eh??? ya betul nabilah bt ahmad pilihan yg tepat 10 markah utk anda
Dah beli kemeja, nak beli tie plak. Konflik jugak kat cini. Xdak yang sesuai. Yang dicari untuk baju biru muda pun, xtau la nak match dengan pe. Agak2 sesuai, nampak macam ni jer..OK ke? oo jalur mcmni xpe2 kalu ada fesyen bunga kecil2 pun cantik juga. tp kalu tgk ni mcm xpadan je dgn harga sbbnya biasanya kalu 49.90 tu lagi cantik design dia. oo mugkin sutera kot
Dah cakap harga RM49.90, Wak kata mahal. Xbeli la. Kena tau la kan, kadar harga biasa yang berpatutan. Ni kan barang2 lelaki, ceq mana tau nya. First time, ma. Dulu2 ingat senang nak beli tie ni, teridam2 bila la nak beli ni utk somebody, tapi bila dah tiba masanya, aduyyai, susahnya.=). hmm betul tu, sbb tu nak pi beli kena sama2 suami isteri , suami tunujuk lawa x ni , isteri pun komen , wah bestnya baru la tau taste org lain , xla sy syok sendiri beli . Bila sebut nak pilih tie ni, teringat cerita Stepping Stone, masa si awek ni nak beli tie utk pakwe dia, kawan si awek kata beli yang ni sesuai utk pakwe tu. tapi si awek nak warna lain. Akhirnya beli kedua2, dan si pakwe tu pilih tie yang kawan si awek tu pilih. Dan si awek tu ckp dgn merendah diri, saya xpandai tentang awak. xpe ok je sy. Tie yang awak suka tu, kawan saya yg pilih, air yang awak minum ni pun dia yang amek kan, katanya awak suka air ni, kenapa saya xtahu? Dia lebih memahami awak. Mungkin kita xpatut bersama. Huk, huk, sedihnya..ala kesiannya nya cerita ni. xpe bila dah kerap shoping nanti tau la citarsasa masing2 insya Allah
Dan kali ni pun, tie tu Ain yang pilih kat Sogo. Kami pi kL semalam, cuti merdeka. Ramainya orang shopping semalam. Handbag berjenama besar2pun, longgok2 ja. Walaupun ada diskaun tapi still mahal. Boleh caya ke Sale ni. Tipu, tipu, tipu.... Tengoklah mana yang berpatutan. Kalau mampu kita beli. Xpercaya pun dekat diskaun kat kertas tu... Memanjang ada Sale, xbankrap pun Sogo, kan kan kan??? hmm betul mgkin sebb dia beli secara borong pelanggan pun ramai jadi utg tetap ada. nabila ada x jualan baju lelaki kat sogo masa tu
Ada semua diskaun kat semua bahagian, yg beli tie tu kat bahagian lelaki la..
Memang dah dari awal lagi nak beli kemeja tu xdapat apa yang dikehendaki, so tie ni pun xkisah la, xfight sgt pun. Janji sesuai, setle keja cepat. Kalau xkena ngan selera WakSabar, minta maap la ya.hmm sy terima je nabilah , barang org bagi tinggi nilainya, bukan mudah orang beri kat sy Tapi Ain kata, "Wah, memang mashuk la.. Naik sungguh. Hensem la laki hang, Bel! Nanti ckp kat Us, Ain yang pilih tau tau!" Ye, saya cakap la ni..=] hmm pandai ye ain wat lawak
Lepas dah tie xjadi beli, ternampak plak 1set tali pinggang ngan wallet. Ni la contohnya, Arrow punya. Kat Sogo pun ada, tapi xtengok la plak harganya. Ni Wak nak beli sendiri la kan.... ya sy nak beli sendiri =)
Di Sogo, teman Ain ni. Punya la penat. High test ni, susah betul nak cari barang dia. Masa tengok2 membeli ni, paling xtahan tengok part2 suami yang kebosanan, penat menunggu isteri2 memilih handbag, dan kasut. Masa kat part handbag tu, dengar si suami tanya salesgirl tu, Beg ni tahan lama sampai 10tahun x? Salesgirl tu jawab, Tahaaan, (berjenama kan..) Pastu si suami tu tambah, ha baguslah, nanti xpayah la saya nak kena beli handbag tiap2 tahun. huhu nak je saya cerita bab sy palk. dya dgn mak dah pilih ni lama pegang kain tu sy pun ikut je la , dekat 20 minit la rasa nya dia bandingkan kain tu , pastu confirm nak beli. tiba2 je kata kita tgk kedai lain dulu, aduh terbakar sy huhu. mak kata kalu abg penat tunggu keta je lah , aduh aduh sakit kepala ku
Part kasut plak, bosannya tengok muka suami2 ni. Sampai kata kat Ain, isk, nanti shopping xnak la bawak suami, tengok muka kebosanan tu, kesian ada, myampah pun ada kadang2. Nak selamat, xyah la pi dengan dia. Ain pun cakap, aku lagi sanggup pi sorang2, drpd ajak laki aku, lama wei nak pilih, kesian dok tunggu boring. Huhuhu, perempuan sekalian.... xpe suami teman kan smbil duduk sebab perempauan pilih lama kan
Ha ni, sesuai untuk kawen...Yeyeh... mana satu nabilah yg warna putih tu masuk dgn color ungu kan kan
Ni pun, mana satu ni, nak amek? Kasut tumit tinggi, ceq pandai ke ni nak pakai, hohoho... 2 dari kiri tu ok gak
Blog ini dikenali dengan nama Tautan Hati NabilaHasyim yang ditulis sejak 2009 sempena dari nama majlis perkahwinan kami pada 13 Mac 2011.
Kini 2021, diberi nama baru sempena menghidupkan kembali blog yang telah lama tidak aktif bersama wajah baru.
Suka menghabiskan masa dengan aktiviti di dalam rumah seperti memasak, menjahit dan menghasilkan sesuatu yang berfungsi untuk kegunaan rumah dan keluarga kecil kami.
Semoga pengunjung blog Nabilahasyim Family sentiasa sihat dan gembira selalu sambil membaca blog ini.
Sebarang pertanyaan, permintaan dan iklan boleh emel ke: islamorangputih@gmail.com