Search This Blog

Wednesday, 30 September 2015

SOHO : Kemaskini meja jahit yang telah lama terkubur, huhu

Assalamualaikum...
harap semua sihat2 aja, inShaAllah...

Nak cerita pasal meja jahit saya..
ekoran dari dekorasi kotak berstoran tu, saya mengemas semula meja jahit saya ni...

soho

Meja jahit ni selalu jadi mangsa tempat longgokan barang2...
adoi memang susah sangat nak dapat meja ni kosong macam dalam gambar di atas...

Mesin jahit tu saya dah susun ke belakang, untuk sediakan sedikit ruang kosong untuk aktiviti menulis atau menghadap laptop...

Hari tu saya ada google untuk mencari idea..
dari segi storan, susunan dan dekorasi..
ada jumpa beberapa tips...
tu yang semangat nak mengemas tu....

Ringkasan tips yang sesuai untuk diaplikasi...






Asalnya ada 3 rel besi di dinding tu
saya dah tanggalkan 1 rel di bahagian tengah untuk buat storan pakaian yang hendak dijahit.

Mulanya saya guna kaedah bakul..
tampal pada dinding.
boleh letak kain dalam tu..
tapi sebab tampal guna double-tape je, maka tertanggal la ia jatuh ke bawah.
dapat bertahan satu malam je, esok pagi tengok dah berterabur...
nak ambil gambar pun tak sempat, huh...


Akhirnya saya guna bekas nata je..
guna hook plastik, main tindan2 je, janji boleh gantung, kan?

Sebelum ni kumpul nak letak mainan Hafni..
tapi penutupnya ke mana entah, saya pun hairan [saya dah buangkah?]
memandangkan dah tak jumpa cari, tak jadi guna untuk mainan Hafni.
nak guna untuk dapur pun tak leh sebab tak ada penutup.

Maka berguna lah ia untuk meja jahit saya..
Cantik ngam2 pula, ada 4 biji.
so susun 2 di kanan, 2 di kiri, dengan di tengah ada bekas yang memang sesuai untuk kaedah gantungan [beli di kedai RM2, sebelum GST]
bekas tu letak plastik, sebab nak buat bekas sampah..
kawasan meja jahit, banyak buang benang je la, dengan perca2 kain yang kecil.
kalau perca kain yang besar, saya masuk kotak di bawah meja...

Jumpa idea ni...

Selama ni dok fikir, bekas bulat tak sesuai nak gantung kan..
tengok orang buat, baru tau OK jek..
apa yang kurengnye kan...
asal boleh isi barang, selesaikan masalah, apa ada hal, bulat ke, leper ke, recycle ke...
yang omputih ni buat, cantek la kan, sebab kainnya tu, comel sangat..
nanti kalau saya rajin, saya cuba untuk balut, hehehe....


Dulu2, suka sangat nak hanging benang2 ni..
sampai 2 kali DIY thread holder..
lepas buat kali kedua, ada terbaca orang kata, benang tak elok terdedah lama2, nanti benang masuk angin, senang putus...
pulak???!!!
Selepas Hafni dah rosakkan thread holder tu, saya pun dengan cepatnya pergi buang aje, hohoho...
lepas tu sumbat je semua benang dalam bekas biskut raya, penutup merah tu..
malas nak susun dah...senang ahti ku..
lagipun benang saya tak de la berlambak berdozen2...
jadi tak ada masalah sangat nak ambil warna benang...
just goncang2kan aje, dapat la benang yang nak tu kan... [pemalas tak, kuikui]

Ada juga masa rajin nak DIY thread holder baru selepas jumpa idea ni...


Menarik juga kan idea ni..
yang ni benang tersimpan, kurang terdedah, mungkin kurang berisiko benang mudah putus...

Dah tu mula la misi mencari laci plastik ni...


Sampai 2 kali saya beli...
yang kecil beli di 5SEN Jaya, jenama Century.
yang besar, beli di TESCO, jenama MAX.


Akhirnya dua2 tak jadi buat..
masa beli yang kecil tak muat dengan ketinggian benang..
yang kedua dah beli yang besar, rasa besar sangat pula..
tak padan dengan benang yang tak seberapa banyaknya, hehehe...
[sebab malas nak fikir nak buat holder nya dengan apa, nampak sesuai macam chopstick, nak kena beli chopstick pula kennn]

Dah tu simpan aje, benang dalam bekas plastik tu...
kalau ingat, bekas tu, bekas yang diguna di dapur..
kebanyakan bekas2 tu dah kosong, sebab saya tak membeli baru..
rak nak susun pun tak ada..
so saya kurangkan penggunaan bekas tu dalam kabinet dapur..
saya amek je bekas yang kosong, amek penutup yang kaler hijau je..
guna untuk meja jahit...
kira nak cakapnya, tema meja jahit saya, kaler hijau lah...
sesuai untuk cerahkan mata yang menghadap lampu mesin jahit [ye lah tu, hihi]

Zip, span bahu pun sumbat dalam bekas yang sama..
sebab tak jumpa lagi solusi lain.
alang2 dah ada bekas kosong, guna kan aje apa yang ada...

Untuk laci2 tadi, dah boleh nampak kan, apa yang saya dah buat?


Bekas kecil ni saya guna untuk simpan keperluan alat tulis..
ni kira dah habis kategorikan ikut barang2 yang ada.


1. Gunting [gunting kain pun simpan dalam ni juga] - Pisau
2. Marker
3. Alat tulis
[bercampur pen, pensil, mata pensil, pemadam, pembaris, sharpener, high lighter, liquid paper]
4. Puncher [penampal lubang] - Stapler [ubat stapler]

Saya punya jangka lukis masa sek men pun ada lagi simpan..
sayang tu, sebab kaler ungu, ngeh ngeh....


Untuk gam je tak masuk dalam laci..
tak nak berisiko kalau gam boleh tumpah-mengalir melalui span sapu tu..
enSuami saya suka guna glue stick [kaler biru] untuk tampal laporan pembelajaran..
tak basah katanya...

Untuk laci besar bersaiz A4 ni, saya guna untuk letak barang2 lain.


Laci pertama berlabel TEKNIKAL...


Dalam bekas putih depan tu, bekas peralatan untuk penyelenggaraan mesin jahit.
dalam tu ada berus habuk, minyak pelincir [kot], penyepit benang/jarum, jarum simpanan, dll.
pastu kuning tu, pita pengukur. patut letak dalam bekas barang2 hardware lah kan..
tapi saya letak kat sini je, ada ruang..
senang sikit nak amek, bila2 nak guna..
botol biru tu, tau la kot, sabun nak cuci skrin laptop tu [sabun ka, hentam je la]


Satu bekas untuk simpan charger handset..
nak buang tu, belum cukup berani, mana tau ada guna akan datang..
guna bekas cookies/coklat untuk buat partition supaya senang nak kategorikan ikut bekas...
barang2 tu pun tak ada la yang guna sangat...
boleh buang je, tapi tak buang...
kena la simpan juga...

dalam kotak bear tu ada simpan, template huruf2, template bunga kraf, lebihan borderlace dan fridge magnet yang tertanggal magnetnya..
dalam bekas biru tu, letak semua jenis bateri dalam tu [asalnya bekas pen]

Untuk laci kedua yang berlabel BENANG.


Tak ada benang pun, sebab tak jadi buat, huhuhu...
so simpan barang2 lain, seperti getah kain, beg hitam yang terkumpul segala khazanah yang tak berguna tapi sayang nak buang...
simpan dalam satu beg, senang tak nampak berserabut...

Laci ketiga, POLA....


Semua pola, saya gulung2, ikat dengan getah barang.
ada juga yang saya guna gelung wallpaper untuk dijadikan gelang holder pola tu..
yang mana muat nak masuk gelung tu, boleh la sumbat dalam tu..
yang tak muat guna getah..
ada label tulisan dengan pen, untuk mudah saya cari pola yang saya nak...
tak ada la nak kena buka satu2 untuk tengok pola apa kan....


Salotape, renda-lis baju, masih menggunakan konsep yang sama...
masukkan rel ke dalam gelung/lubang masing2 untuk sangkutkannya..
hujung2 salotape, saya tandakan dengan klip bungkusan roti Gardenia...
senang nak cari punca/hujung salotape, bila nak guna...

Untuk bahagian bawah, meja ni ada 3 buah laci.
yang betul2 guna untuk jahitan, tingkat 1 je..
Yang 2, 3, ada yang kosong, ada yang jadi tempat simpan barang2 yang tak ada tempat nak letak, huhu...


Dalam laci ni, saya simpan barang2 kecil2..
guna bekas plastik dadih juga..


Getah barang dan tisu biru tu sebelum ni ada bekas..
tapi Hafni suka amek main..
akhirnya bekas tu saya bagi ke Hafni je..
buat dia letak kapur tulis untuk chalkboard sticker dia tu...
so jadi la gitu, asal ada, OK la..
getah untuk ikat pola baju..
tisu biru tu untuk lap habuk2...
lampu LED MrDIY tu, sebab belum guna, sebab tu ada di situ, hee...


Barang2 kecil yang susah nak selia, seperti jarum peniti, kapur tanda, butang besi, butang kaki, lis baju, benang sulam, bunga chiffon [DIY], manik, labuci dll...
simpan dalam bekas ni, sebab kecil, sikit, bekas penutup rapat..
tak mudah berterabur barang, walaupun jatuh dari meja [kalau tertutup rapat la]


Ini dia kotak bawah meja, yang saya guna untuk simpan/kumpul kain perca yang besar...
Rasa2 macam ada projek nak buat dengan kain perca ni..
sebab tu nak simpan dulu..
sebelum ni dah pernah buang dah satu plastik kain..
rasa rugi pula dah buang, masa tu belum dapat idea lagi, heee...


Jadi, ini la ruang yang saya ada untuk menjahit...
menjahit ni sekali-sekala je...
tapi nak mengemas tu, ya Tuhan, banyak sangat mehnahnyaaaaa.....

Nak tunggu enSuami ada meja kerja dia juga..
kembar dengan meja study anak...
semoga murahlah rezeki enSuami dan kami sekeluarga untuk realisasikan impian ni secepat mungkin...
Amin...

WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster

4 comments:

  1. saya suka idea susun key chain guna rod tu... menarik....

    ReplyDelete
  2. meja jahit kita tengah berterabur lagi sebab merata-rata barangnya.
    meja share dengan suami

    ReplyDelete
  3. Terbaik...cantik susunan ni..
    Jemput singgah ke blog kita

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers