Assalamualaikum...
Macam best je tengok orang buat jadual menu juadah bulan puasa ni...
Ehh silap plak...
Selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ni..
Saya bab2 nak wish, asyik terlupa je..
jenis tak up-to-date punya olang...
hehe...
Dah orang semua ada menu, saya ada gak terfikir nak buat ke tak..
seminggu sebelum puasa lagi, dah dok bajet macam nak buat..
tapi bila buka laptop, kerja lain pula yang dihadap, heyy..
pastu terlupa lagi, heyy..
Sampai hari ni, dah puasa, baru berkesempatan..
alkisahnya sebab saya nak susun resepi2 kuih-muih yang saya reti buat, dan nak buat masa bulan puasa ni...
Asalnya nak buat kuih je, tapi bila dah buat jadual kemain, kosong pula kalau ada menu kuih aje...
dari pagi tadi perah otak, jam 2 tadi baru nak siap jadual..
bukan menu hebat2 pun...
masak menu macam biasa je...
masak sahur, macam masak sarapan, tu pun kalau rajin lah..
kalau tak, makan nasi putih dengan telur masin ke, sambal ikan bilis tempe ke, sambal bilis hitam ke, pekasam ke, ikan kering ke, yarkssssssssssss macam2 daa..
telur mata pun, menu back-up yang penting juga tu, hehehe...
Cuma bila Ramadhan ni je, rasa macam tak best buka puasa tak ada kuih muih..
kalau hari biasa enSuami tak layan kuih-muih ni..
jenis manis2, tak minat katanya..
rasanya pilihan kuih kali ni, tak ada yang manis sangat kot..
Dan untuk merealisasikan impian nak masak kuih yang macam2 tu, jeng jeng jeng....
Apparatus baru untuk aktiviti memasak, yeh.. eh Alhamdulillah...
dapat gak beli...
2-3 hari ceq dok memendam perasaan nak beli periuk kukus...
ingat dah kena beli kat 2PLY atau kedai houseware..
terfikir nak tengok online katalog Tesco dan Giant di website...
dua2 ada SALE untuk periuk kukus ni...dan hari terakhirnya semalam, 17 Jun 2015.
jenama lain2 lah...
TESCO offer jenama Shenfu, 32cm, RM29.90..
Giant offer jenama Simply Living, 32cm, RM49.99..
Kedua2nya glass lid.. transparent, boleh nampak progres makanan...
enSuami tak berapa nak berkenan yang murah, kot2 nipis kualitinya..
tanya bestfriend, dia beli dengan harga RM40++, tapi itu harga kat Padang Besar, tahun 2012...
ok, saya kebuntuan...
Akhirnya semalam, pergi juga Giant nak tengok kualiti dulu..
cari punya cari di rak, tak nampak bayang pula...
akhirnya keluar dengan tangan kosong, macam nak hampa pun ada...
Kebetulan pergi hantar troli bersebelahan dengan kaunter pelanggan tu, saya pun pergi tanya la, sambil tunjuk gambar dari website tu..
dia pun confirm offer tu masih available..
so, dia bawa saya ke kaunter bahagian elektrik, untuk minta staf tu carikan periuk kukus ni..
sebab masa semak dalam web, stoknya masih ada...
siap panjat tangga la cari, tapi bukan saya la yang panjat, of course la staff Giant kan, hahaha...
Dalam 5 minit gitu, jumpa la periuk kukus ni tersembunyi di sebalik kotak2 periuk2 yang lain..
hey, bila buka tengok, pegang2 macam OK je..
tebal la juga kualitinya..
dah dia kata stainless steel lagi kan...
emmmm, camna tak amek kan....
dah susah2 orang tu panjat tangga, satni tak beli, sumpah seranah pula dia kat situ kennn..
tapi sebab saya pun nak sangat2 periuk ni, dah ada depan mata, macam nak beli la kan...
RM50 selamat untuk periuk kukus...
Nak beli TRIO tak mampu la pula den..
terliur tengok TRIO kat Go Shop..
sebab tengok TRIO ni la, hati membuak2 nak beli periuk kukus, haishhhh....
asbab nak bulan puasa lagi kan..
asbab dah reti buat kuih pau..
haruslah ada periuk kukus yang betul..
kesiannn, selama ni dok guna kuali je, kukus kuih2....
Selamat beli ni, ayat pertama enSuami, lepas ni boleh la buat kuih pau... [kan dah kata, kuih pau juga disebutnya]
Ouhhhh, semestinya lah..
inti dah buat banyak2 hari tu, masih ada lagi..
tunggu masa nak uli tepung je...
Ni jadual dah ada...
harapnya boleh la berjasa dengan periuk kukus ni..
dah siap beli asam boi, teringat2 nak buat ikan kukus juga, nyummmmm...
Tempat biasa yang paling efisyen tampal notis, heyy..
dah penuh daa...
macam keadaan di dalamnya juga, huhu....
Hari ni, bubur nasi [dah siap masak semalam, hee], tauhu sumbat dan cucur udang...
semua dah pre-ready...
kuah kacang, tukar dengan kuah pecal je, lebih kurang je rasanya...[hentam je la]
tunggu last progres je lepas solat Asar ni...
nak goreng cucur udang, dan sumbat tauhu...
Selamat berbuka puasa semua...
segera berbuka, lewatkan sahur...
sunahkan tarawih, bangunkan solat malam..
semoga Ramadhan kali ni, bulan berpesta ibadah melipatgandakan pahala dan taqwa kepada Allah...
Amin....
WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster