Search This Blog

Friday 26 December 2014

Dino Trek Alor Setar, Kedah


Assalamualaikum..
Kali kedua kami keluar berjalan...

Masa tu keluar sebab nak renew lesen kereta dari P ke Kompeten.
Kalut la tanya kawan, kat mana JPJ kat alostaq ni.
Almaklumlah nama ja orang Kedah, tapi apa pun xtau...


Kalau tanya nama jalan pun xtau...
Saya cuma cam bangunan2 je...
Ikut suasana zaman saya sek men je..
Kalau keluar pekan alostaq, naik bas.
turun kat pekan rabu.


Dari situ la, berjalan kaki, nak ke mana2 pun.
Kalau naik kereta, terus xtau nak parking mana...
Ingat balik ni boleh la makan dan minum Jagung shake lagi.
Sekali Pekan rabu, renovate daaa..
Terus jam, xtau nak pi mana..
Diorang pindah ke Ukir Mall, ukir mall pun saya xtau tang mana.

Bila pi pejabat JPJ kt Suka Menanti selesa sangat, sebab tempat besaq, banyak parking, bangunan baru la katakan.
Nasib baik tak jadi pi UTC.
Berbaloi2 mai sini.
Amek no giliran, tak dan nak duduk, nombor dah kena keloi, hahaha...

enSuami pun tumpang renew sekali, sebab sekarang kan, lesen baru macam IC tu.
Saya kelas D je, enSuami B2 n D, bayar sama juga RM30.
Lepas dah setle ni, lapaq plak.
Lepas pekan rabu tak ada, kitorang pusing2 kat area stadium cari kedai makan.

Kebetulan lalu plak kat Kesinai Riverside.
Teringat dulu adik ada habaq, western food kat situ sedap.
Tapi tenghari, mana la nak ada western food.
Makan nasi je la...
enSuami puji habis ikan bakaq dia, mabelesss katanya...
Ni baru ikan bakaq namanya...
Sebab memang guna arang betul..
Selalu jumpa, diorang masak atas kuali leper macam masak daging burger tu kan...
Haaa, hat ni baru kawww...
enSuami amek ikan keli, saya amek ikan kembung je....

Gambaq signboard xdan nak amek.
Yang saya klik kat kedai tu, meja n kerusinya, dibuat dari papan pallet kitar...


Sangat klasik gitu.
Gaya ala2 kampung, bersantai atas pelantaq ditiup angin, hahaha......

Asbab dari merayau2 kat pekan alostaq, enSuami nampak banner ni kat Balai Seni depan masjid Zahir.


enSuami pun beria-ia la nak pi.
Boleh tunjuk2 kat hafni.
Hafni skg dah pandai bunyi2 binatang.
Sesuai la sangat nak tunjuk kat dia....


Nak pi Petrosains kt KL macam tak mungkin je..
Alang2 ada kat Kedah, boleh la masyuk....


Siapa yang belum berkesempatan pi, masih ada masa lagi.
Show ni sampai bulan Mei 2015.
Lambat lagi nak habis.


Masuk, ada tiket bayaran.
Dewasa RM10.
Kami masuk bayar RM20, Hafni tak kira.
Ni UmiAbi nak tengok ke, Hafni yang nak tengok nih???


Abi punya la bersemangat nak tunjuk dinosour kat Hafni, Hafni buat dekkk jer...
Hahaha, tak takut pun dia...
Hafni main2 benda lain je....


Siap goyang2kan pagar dino lagi.
Entah apa2 la yang dia fikir tu..
Dino tu jerit, dia jerit balik kat dino tu, kahkah....


Acah2 nak buang dia kat dino pun dia tak jerit....


Hafni lagi syokk main bangku2 ni...

Sedap duduk2 kat sini ye...
Nak Abi belikan ke???
Comel sangat kot dia tengok, hehehe....


Lepas tu, ada slot Dino Dance...
kena menari dengan Chicken Dance dengan Dino...
habis lagu, dapat amek gambaq 5 keping dengan dino...
xdan nak sedia buat apa2 gaya, 5 saat dah klik, dah klik....






Jadi haru-biru la gambaq dia, hahahaha........


Last sekali sebelum pintu keluar, ada sesi cari gali, mengesan fosil dino.
Jadi arkeologist ke namanya???
yang nampak macam pasir/tanah tu, materialnya macam getah pemadam je, jadi takda la bahaya.
Letak Hafni dalam ni, terus tak nak keluar...
siap dok pegang kemas, penyodok2 yang disediakan dalam tu.
Ingat Hafni punyer ke..
Huahuahua, malu UmiAbi, bila nak tarik juga keluar, Hafni menjerit dan menangis...
Tak puas lagi main ke, atau memang tak mau keluar nih?

Larat dah kot, Umi nak balikkk daa Hafni...



Gambar last ni, untuk simpanan saya.
macam best je aktiviti macam ni.
Dino-doh...
Boleh masuk dalam senarai untuk homeschooling Hafni nanti.
Bila la Umi nak stat ni, heyyyyyyyyyy...


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers