Search This Blog

Friday 27 December 2013

RESEPI FROZEN : Karipap Rangup


Assalamualaikum...

Di hujung2 waktu untuk tahun ini, saya nak cerita pasal masak2 lah...
Ada beberapa resepi yang lama dah simpan sebagai draft.

Angin mode di Kedah masih ada.
Especially kenangan buat karipap dengan Mak.

Masa tu dah buat banyak2, plan Mak, untuk bawa balik bekal la untuk tok besan.
Sekali, pagi tu sesiap semua, dah sampai kat mana dah, karipap tu masih bersemadi dalam peti ais Mak saya, huahua...

Dah sampai kat tanah Selangor, baru saya ingat.
Lar, karipap! Mak kata nak bagi?
Aiseyman, lupa la tu...
Sayang la buat, ganti balik! Buat sedap2 macam Mak buat? Reti dak?

Amboi, memang la enSuami saya ni...
Ingat orang xreti ka...

Ok, alang2 dah buat semalam, saya sempat la snap beberapa step.
Ada yang terlupa juga...
Harap tak efek besar.
bancuhan tepung tu yang penting...
Jom cuba buat karipap sendiri.

Oh ya, sebelum nak bagi resepi, saya kena bagitau sesiap, huhu.
Saya tak ada sukatan.
Sebab main hentam je buat, ikut berapa banyak bahan yang ada kat rumah.
yang penting, bahan-bahan yang diperlukan.
Sukatan ikut masing2, boleh cenggitu?
Mintak maap laaa yee...

Bahan Inti
Kentang, keledek putih, keledek merah, Karot.
*untuk bahan utama ni, terpulang kepada selera masing2. saya orang utara, banyak guna keledek. bila dok Selangor baru saya tau, orang sini buat inti karipap guna kentang. karot tu bahan terbaru yang Mak saya letak, sebab nak kurangkan Ubi, ayah saya diabetis (OKU). Kakak saya kata, kalau ubi banyak karbohidrat tinggi, glukosa naik lak nanti. Tak bagus untuk keadaan Ayah saya.
Bawang Besar, Merah, Putih.
Serbuk Kari Daging *saya letak 4sudu besar
Isi Daging, Ayam, Udang kering *yang ni pun pilihan selera juga. saya malas nak potong kecik2, saya guna udang kering je. enSuami suka sangat udang kering dalam inti karipap.
Cili kering *ikut nak tambah pedas. kadang2 serbuk kari saja pun dh pedas, saya letak dalam 4-5 biji je, kisar smpi halus, kmudian saya masuk udang kering plak, kisar skejap. biar hilang rupa udang kering dari pandangan, hahaha.
Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang, Minyak dan Daun sup.

Cara Msak Inti
Kisar semua bawang, saya masukkan sekali serbuk kari, hehe.
Tumis bahan tu dengan minyak dalam 5 sudu besar (ikut kuantiti ubi) termasuk kayu manis, bunga lawang.
Kemudian baru kisar cili tadi dengan udang kering kalau mahu.
Lepas serbuk kari tadi dah mendidih, masuk kisaran cili kering. Perasakan dengan garam, gula atau bahan penyedap macam Secukup Rasa ke, Tumix ke, terpulang.
Masuk ubi.
Kacau rata, boleh tambah air bila hampir kering kalau ubi tak lembut lagi.
Ulang tambah air sehingga ubi empuk. Baru tambah karot, kalau ada.
Masak sampai inti kering tak berair, perlahankan api.
Kalau dah ok, sebelum nak tutup api, boleh masukkan daun sup yang dihiris halus@cincang.
Biarkan sejuk. Kalau lambat lagi nak buat karipap, boleh masuk peti ais dulu.

Bahan Tepung.
Tepung gandum, marjerin, garam.
Air sejuk aka air ais.
Tepung gandum, marjerin, garam, digaul rata terlebih dahulu.
*marjerin jangan banyak sangat, nanti terlebih gebu, tapi kalau ada yang suka karipap gebu, boleh aja.
Gaul dengan tangan je, tapi lenguh la jugak, huahua.
Dah rata semua, baru masukkan air sejuk tu, sikit demi sikit.
Ikut keperluan saja, jangan tuang sekali gus, kang tak jadi lak...
*Air sejuk aka air ais ni la tipsnya nak dapat kuih rangup, dan gebu.
Saya tengok, Mak saya selalu bancuh adunan kuih dengan air ais.
Kalau buat karipap, pisang goreng, dapat la rangup.
Kalau buat kuih pau, dapat la gebu, iya dok? hehe.
Pastu gaul sampai rata, dan part yang paling penting, jangan sampai adunan tepung tu menjadi sebiji doh, JANGAN!
Berhenti tambah air, bila adunan dah seroi. eh org kL kata peroi kot. maksudnya pecah2, tak bercantum keseluruhan.
Dengan keadaan seroi camtu, kepui2, jadi bulat2 saiz lubang genggaman tangan masing2, haha.

macam ni, 
yang seroi2 tadi, takda gambaq, sory...
Yang ada gambaq pun kebetulan teringat nak snap, sebab handset ada kat sebelah.
Kalau tak, sungguh la tak ingat nak amek.

Tak rajin arr nak tunjuk satu2.
Karipap senang jek ni..
Ramai dah yang pandai buat...
Saya suka2 je share.
Ni kawan saya la ni, suka dok suh saya bagi resepi.
Walhal saya buat main hentam je la.
Janji jadik. Janji boleh makan. Sedap, kadang2 jek ikut rezeki, yoya...

Dah tu, lenyek la satu satu.
Jangan tebal, jangan nipis sangat. Sedang2 elok supaya tak terkoyak. kalau tebal, nanti rasa macam makan tepung lak, kikiki... 

Saya lenyek banyak2, tapi ikut saiz besen ni je.
Sidai tepung tu camni, haha...

Pastu amek acuan karipap, yihaaa...
Nak cepat punya pasai.
nak buat kelim dengan tangan lambat, sebab xda skil.
Xberapa nak cekap, kadang2 jadi elok, kadang2 huduh...
Xmolek arr kalau xcomel...
Rugi buat sedap2, hahaha...

Angkat kulit tepung letak atas acuan.
Rapatkan tepung membentuk acuan tu.
Tekan sikit dekat corak tu, bagi kedudukannya maintain

Baru letak inti
Acuan ni boleh letak satu sudu besar inti.
kalau lebih macam sendat lak nak kapit.
Tak syok la kalau terkeluar ke, terkoyak ke, spoil jek...

Kalau dah guna acuan tu, kena la buat gam.
Gam ni, macam besa la, bancuhan tepung gandum dengan air.

Ok, sapu kat keliling acuan karipap tu.
Nampak yang kilat2 tu, gam yang dah disapu.

Ok, tekan kuat2, supaya tepung terputus.
Tapi terputus tak la sampai boleh jatuh sendiri.
Kena tolak, koyak2 dengan jari la jugak, hehe...

Pastu susun elok2 dalam loyang yang disapukan sedikit minyak masak.
Kenapa?
Sebab saya nak buat stok frozen.
Untuk dibekukan perlu melalui apa saja proses memasak, baru boleh dibekukan.
Tak kira la, bakar ke, goreng ke, kukus ke.
Untuk karipap, saya belajar, kena bakar.
Tapi kalau Mak saya dia masak guna microwave je.

Semalam, saya nak masak guna microwave jugak, tapi teringat nak try cara bakar la plak.
Kalau guna microwave, dia macam lembab sket.
Kalau bakar pakai oven, keras tang2, senang nak susun dalam bekas untuk disimpan, kekeke...


Oven saya kecik je.
Loyang pun ada tiga je.
Saya buat banyak2 dulu, dekat nak penuh macam ni baru on oven.
Bakar api atas bawah, 190, selama 20 minit.
Lepas bakar, biar sejuk dulu, baru susun masuk bekas, simpan dalam peti ais bahagian sejuk beku.

Bila nak makan, boleh keluarkan dan terus goreng, tak perlu nyah bekukan.
Pastu minyak jangan terlalu panas masa nak goreng karipap, nanti kulitnya pecah2 macam kawah di bulan, hahaha...


Saya tunjuk gambar sampai frozen jer.
Udah namanya resepi frozen, yank...

Bukannya pe, saya selalu fail time goreng.
Hitam2 jadinya, dah masuk kuali tinggal2 lak buat keja lain..
Haruslah terlajak masakkkk, hihi.
Korang buat leklok tau.....
Sedapp oooo....
Sepinggan habis nyopnyap pun tak sedaq....

Ok bai, selamat mencuba.


2 comments:

  1. T.kasih..sy ambil resepi nie..buat niaga bolehkan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih..saya nak guna resepi ni nak ajar murid pendidikan khas..halal ye..

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers