Search This Blog

Sunday 25 August 2013

Mahligai Bahagia : Majlis doa selamat nak masuk rumah baru...


Assalamualaikum...

Minggu lepas yang 3 hari keluar rumah tu, ingat nak tidur kat rumah baru dah...

Tapi Mak Mertua kata seeloknya buat bacaan Yaasin dulu sebelum nak tidur di rumah baru...

Jadi, kami tangguhkan dulu.
Berulang-alik la dari Tanjong Karang ke Kuala Selangor dan juga ke Bangi selama tiga hari.
Semasa enSuami ke sekolah, saya di rumah mengemas sampai waktu sekolah habis, saya pergi ambil enSuami dan pulang semula ke Tanjong.

Hujung minggu, dirancang adakan majlis bacaan Yaasin dan doa selamat.
Ahli keluarga kami sahaja yang ada...

6 orang je termasuk kami berdua suamisteri.
Adik2 ipar yang lain tak dapat balik, dah dok jauh masing2...
Yang mana ada aje lah....

Mulanya nak tempah nasi ambeng.
Tapi tu la enSuami ni, suka wat lambat2..
Hari ini nak makan, hari ni baru nak tempah.
Dah tu tauke tu ada kenduri jiran, dia tak dapat buat la.
Kalau cakap semalam, bolehlah terima.
Sebab ada yang tempah mi jawa, dah siap dah buat atas meja, tunggu tuan dia datang ambil.
Emmm, camtu lah...

Sudahnya saya la terpaksa offer untuk masak.
Adeh, xdak idea, tetiba nak kena masak...

Barang2 pun takda yang lengkap kat dapur tu...
Lepas hantar enSuami ke sekolah [hari Sabtu ada sekolah ganti], saya terus ke TESCO..

Dalam kepala, saya hanya tau nak masak lemak kuning je la...
Ada ikan talang kering dalam peti ais.
Pastu nak buat ayam berempah.
Penambah selera, boleh la buat sambal belacan.
Tapi keluarga sini tak makan sangat sambal belacan, kebanyakkan mereka alergik dengan belacan, xjadi saya nak buat.
Lagipun kat TESCO tak da ulam-ulaman ye..
Baru saya tau...
Paling kurang boleh buat ulam, kacang panjang, kacang botol dan carrot.
Kalau daun2 ulam raja tu, xjumpa la...

Lepas ambil semua barang2, elok nak pi bayar, baru teringat, saya tak amek sayur langsung.
Adeh, ni yang lemah ni..
Bab2 sayur ni memang tak reti la nak masak...
Sayur pe yang sesuai nak match ni?

Kebetulan ramai plak yang beratur untuk timbang sayur...
Isk, ambil sayur yang tak payah timbang la...
Saya pun teringat nak makan cendawan inoki..
Cari2, ada pun..
Pastu nampak cendawan tiram, ohh boleh la goreng tepung.
Yang tu je la yang saya tau....
Huuuuuuuu.....

Waktu Maghrib, kami solat berjemaah.
Baca Yaasin.
Tahlil sekali...
Pastu family round2 rumah, sementara tunggu Isyak.
Sembang2 pasal barang2 dalam rumah, cerita rumah orang yang dah merekah sebab tanah lembut.
Tanah ni pun kategori yang tak tahan juga.
Sebab bekas ladang sawit, tanah gambut katakan....

Lepas solat Isyak baru makan.
Masa baca Yaasin, tak da gambar daa...
Pelik kot nak klik2 masa tu kan, ape plak kat mertua ni..
Pelik2 aje menantu ni...

Makanan ni pun sempat klik sebelum diorang datang.

Ok.
Ayam berempah

Cendawan goreng tepung 

Masak Lemak Cili Padi Ikan Masin
[tapi tak pedas berapi sangat pun, sikit je kot cili ni] 

Dan juga tiramisu sebagai pemanis mulut bukan pencuci mulut. 

Sekian saja cerita malam tadi.
Tapi kami berdua balik tidur kat Tanjong juga....
Sebab.....

..


...

....

.....


Episod seterusnya, saya bebelkan, heeee.
Jangan marah!
Babai....


1 comment:

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers