Search This Blog

Wednesday 14 August 2013

D.I.Y : Nursing Cover

Assalamualaikum dan hai semua...

Masih dalam mood raya kah?
Saya, beraya dah habis kot. tapi makan kuih raya tak habis-habis lagi.
Tiap-tiap hari rasa sedap.
Rasa nak makan lagi, nak makan lagi, nak makan lagi...

Kalau tak ingat ada kencing manis masa pregnen ni, dah lama angkat balang makan dooooo
Tat nenas, chocolate chip cookies, biskut oat salut susu, dan rempeyek....
Tiap2 hari mesti pekena.

Adik ipar baru buat biskut suji, rasa sedap la plak.
Crunchy, crunchy gitu.
Kalau saya buat, mesti gebu, cair dalam mulut, emmm....

Sekarang nak cerita pasal persiapan bayi la plak...
Kali ni nak cerita dulu pasal DIY Nursing cover.
Sebab ceritanya senang saja daripada cerita2 lain yang panjang meleret.
Tengah menigisi masa lapang nak berehat sekejap, baru balik dari mengecat rumah.

Saya tak pasti sejauh mana kegunaan nursing cover ni bagi saya.
Sebab tengok di pasaran, ramai juga yang beli.
Harga boleh tahan, dalam RM 45 ke atas.
Material kain mungkin pelbagai, yang saya jumpa la.

Masa dulu dok survey2 barang baby, saya terjumpa la item ni.
Menatang apa la kan, apa gunanya...
Bila tengok gambar semasa digunapakai, Ohhhh baru paham...
Nak tutup2 badan, malu malu heeee semasa menyusu anak kan...
Bagi yang Islam sudah tentu lah aurat kalau yang bukan mahram nampak.
Kalau sesama perempuan sahaja, OK lagi.
Kalau boleh lindung, lagi bagus kan...

Kalau orang yang tak bertudung macam non muslim, kalau mereka malu atau tak suka terdedah, nursing cover ni sangatlah berguna kan...
Hari tu, masa survey katil kat Manjaku, ada sorang tu pakai selendang tutup bahagian dadanya.
Masa tu dia sedang mengendong bayi, baru lahir la sangat kot.
Mungkin baru habis pantang.
Dia suamisteri tengah survey nak beli stroller n car seat.

Sebelum tengok situasi ni, saya memang dah dapat idea untuk nursing cover sendiri menggunakan selendang/pashmina yang dah lama saya tak pakai...
[tak da masa la nak berbelit2 ni]
Daripada terbiar tak berguna, elokla kita renovate menjadi sesuatu yang berguna.
Ada la juga manfaatnya kan....

Jadi sebelum berkemas semua barang2 jahitan sebelum raya baru2 ini [sebab siapkan sarung kusyen n sarung set tilam bayi], saya sempat jahit 1 pashmina untuk projek DIY kali ini.

Saya guna pashmina kaler turqoise ni.
Kalau sape ingat, saya penah guna selendang ni untuk bahtera mahligai semasa hantaran saya untuk enSuami dolu2, heee....
Tengok, dah 2 kali menjadi sesuatu, sekarang nak jadi nursing cover plak.
Macam tu la, orang kreatip...
Tak mensia-siakan barang2 yang ada, Alhamdulillah....
Cewahhhh....

Senang ja nak buat ni.
Kalau sesape ada mesin jahit, boleh jahit lurus je...
Saya ukur untuk lepas kepala, dan untuk letak kat bahu.
Nanti cik puan semua boleh tanda dengan kapur dari mana sampai ke mana nak jahit.

Saya tak jahit habis sampai hujung, sebab nanti nak bagi ruang sikit untuk pergerakan tangan si ibu atau nak selak tengok baby kat bawah semasa penyusuan berlangsung [jika perlu]


Proses ketika menjahit berlaku. Ala jahit lurus je...
Bagi yang tak ada mesin, boleh jahit lilit ubi, macam jahit kat depan tudung tu.
Tak pun jahit insang pari...
Kalau tak reti jugak, jahit lurus rapat2 je la...
Atau mana2 jenis jahitan yang cik puan tau...
For sure yang baca ni, lebih pandai dari saya.
Janji selendang tu boleh bercantum....

Selepas selesai jahit, saya cuba 3 style pemakaian yang saya bayangkan sebelum DIY ni siap.

Cara 1 : Bahagian jahitan di bahu kiri atau kanan

Cara ni cara paling biasa kita tengok kalau ada yang suka mengenakan selendang semasa memakai tudung.
Yang bezanya, kali ini berjahit...selalu orang pakai kerongsang kat bahu tu kannnn...

Cara 2 : Bahagian jahitan di belakang sekali 

Kalau pakai macam ni, ruang kat leher tu, boleh adjuz cantik2 sket.
Biar nampak berscallop, cewahhh....
Boleh bergaya jugak ni dengan nursing cover buatan sendiri ni...
Hebat kan, heeee

Cara 3 : Bahagian jahitan di hadapan dada 

Nampakkan, saya tak jahit banyak pun.
Masih ada ruang di hujung selendang tu.
Cara ni mungkin selamat, atau mungkin tak selamat, sebab tak tutup sangat.

Ikut selera masing2 la nak pakai macamana..
Saya cuma tunjuk beberapa contoh...

Kalau rajin lagi, boleh buat bertali sangkut di leher macam apron tu..
Tapi mungkin sesuai untuk material yang lebih tebal atau lebih keras, supaya cantik terletak untuk cover bahagian dada semasa penyusuan.

Setakat ini, ini je idea yang boleh dikongsikan.
Saya ada dua helai pashmina.
Satu lagi kaler pink belang2.
Ingat nak jahit kedua2nya sesiap.
Tapi tengok selendang ni meriah la sangat warnanya, heee


Saya jahit 1 dulu.
Kalau betul2 berguna untuk saya, nanti saya jahit lagi untuk persalinan.
Mana tau, boleh buat tinggal 1 kat rumah, 1 lagi untuk travel.
Atau kalau 1 tengah basuh, ada 1 lagi untuk cover kan kan kan....

Nak buat nursing cover sendiri????
Selamat mencuba!
Kalau ada idea lain yang best, mai la share OK...
Babai......

3 comments:

  1. wahhh tak terfikir lak nak guna pashmina as nursing cover...heee...thanks 4 d idea! kebanyakan nursing cover mahal2 jgk kan...kalo guna je pashmina yg ada leh jimat sket.. :)

    ReplyDelete
  2. Mesti cuba, jangan tak cuba, heee..

    Boleh berjimat gitu, heee.

    Selamat berDIY..

    ReplyDelete
  3. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. cara mudah buat nursing cover

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers