Search This Blog

Thursday 22 August 2013

D.I.Y : Air selusuh untuk memudahkan bersalin


Allahu Akbar!
Air selusuh pun ada DIY ka?

Alamak, xsesuai eh tajuknya?
Dah maksud DIY tu Do It Yourself kan....
Dah memang saya buat sendiri pun air selusuh ni, heeee....

Selalu kawan2 beli air selusuh tu, camna ek?
Saya tak penah tanya, tengok dan ambil tahu air selusuh yang ada di pasaran....
Sebab saya dah tahu nak buat sendiri.
Minggu lepas jumpa kawan yang kerja dengan DarusSyifa' tanya saya, dah ada ke air selusuh?
Saya jawab belum buat lagi.
Dah tu bila nak buatnya? takkan nak tunggu sakit baru nak cari air selusuh? Buat kat DarusSyifa je...
Ye ye ye, angguk aja, dah kakak yang cakap kan, Baik, adik menurut.

Saya dah prepare air zam zam dalam cerita entri lepas.
Tapi belum berwirid lagi.
Akhirnya pagi tadi lepas Subuh, saya terus buat sementara masih berwuduk.
Dah bangun pagi tadi risau semacam, sebab baby tak bergerak...
Takut ngan.....
Saya dah cukup masa sangat dah ni, kalau orang lain mungkin dah bersalin dah...
Tapi sebab saya dok doa nak bersalin 1hb nanti...
So rilek2 la dulu, baby! Bleh???

Kalau kakak ipar pertama kali nak bersalin, ayah saya yang buatkan air selusuh ni untuk dia...
Dah nak dapat cucu pertama kata kan...
Masa tu pun ayah sihat bertenaga lagi...
Tapi kakak ipar saya lupa nak letak dalam handbag dia air botol tu.
Sekali masa pertama kali tu lama jugak la nak bersalin....
Sebab dia lupa nak minum....

Bila anak kedua, dia standby dalam handbag, bila sakit ja sampai masa nak bersalin, baru dia minum.
Alhamdulillah kali kedua ni, sekejap je dah lepas, sampaikan abang saya pun tak sempat sampai hospital nak bersama sekali.
Bila dah sampai tu, dah selamat daa bersalin....

Saya, dok jauh kena buat sendiri la...
Dulu masa enSuami nak akad nikah pun saya ada buatkan air ni...
Wiridnya sama ja, boleh guna untuk atasi darah gemuruh, sakit bersalin, sakit gigi, demam panas, dan kalau anak dapat demam kuning pun boleh minum air wirid ni...

Nak wirid buat air selusuh ni mudah sahaja.
Seeloknya dalam keadaan berwuduk.
Baca Surah Al-Fatihah, 17 kali.
Surah Al-Ikhlas, 17 kali.
Ayat Kursi, 17 kali.
Dah habis, selawat ke atas Nabi, 3 kali.
Selesai.
Tak ada air zam zam, pakai air masak biasa ja.
Dah siap buat, kena la letak dalam handbag, [kalau jenis bawa handbag ke mana sahaja]
Kalau bukan jenis berhandbag, letak la kat mana2 yang khusus, yang mudah dicapai bila mula sakit nak bersalin.

Haritu saya ada terbaca, orang cakap minum air selusuh jangan terlalu awal sangat.
Kot2 bila rasa sakit, terus minum, sedangkan proses nak bersalin tu kan makan masa yang lama.
Katanya dah masuk labor room, time nak meneran, baru minum???
Sempat ke masa tu nak fikir, nak minum air?
Doktor bagi ke nanti?
Boleh la mana2 yang sesuai, saya pun takdak pengalaman lagi.
Saya plan, kalau pecah air ketuban tu, boleh la minum kot...
Lepas bersalin nanti, kita cerita balik, kalau saya ingat, InsyaAllah.

Sekarang ni, macam2 ada dalam handbag tu...
Ubat gigi, berus gigi, deodoran, charger handset, buku pink+pen, botol air selusuh, botol minyak kelapa dara, botol ubat homeopati Salindah, handset, purse dan retainer gigi saya, adeh....

Bertabahlah saya untuk dua minggu ni terpaksa bawa handbag yang maha berat..
Rasa naik pedih tulang bahu, huuuu....

Menunggu masa nak bersalin, MasyaAllah...
Semoga semuanya berjalan lancar, Amin...

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers