Dulu-dulu, saya nak sangat beli katil baby.
Saya survey harga, baca review blogger2 lain, compare kualiti katil kayu, besi atau plastik.
Sampai satu masa, saya rasa xmau beli plak.
Tapi saya nak ada.....
Bila datang semula mood nak membeli, saya baca lagi review orang.
Kebanyakannya adalah negatif, sangat mendukacitakan.
Alasan mereka,
Baby xnak dok dalam katil la.
Baby kerap menyusu tengah malam, masa tido.
Ibu plak malas nak bangun banyak2 kali, nak senang angkat terus tido dengan ibu.
Emmmmmm....
Saya plak, kenapa nak sangat beli katil?????????
Dulu saya terbaca ada junior saya yang anak dia susah nak dok asing, asyik nak mengikut je.
Time tido lagi la kan, jadi mak ayah xda privasi.
Dah tu, jadi masalah baru plak.
Update 28.6.2013 : Saya dah jumpa semula artikel tersebut. Nasib baik ada dalam blog ini, hehe. Kawan2 boleh baca kat sini
Lepas tu, kebetulan saya terbaca 1 artikel kat FB, cara untuk nak ajar anak tidur asing.
Ha kan dah kena tambah 1 kerja plak...
Nak dapat adik baru lagi la susah2, tambah2 kalau anak sulung, mesti manja lebih, sebab dia paling awal, lama, dapat perhatian dari mak ayah.
Nak cari balik artikel tu dah xtau kat mana.
Buat masa sekarang, saya ada jupa artikel seperti di bawah, lebih kurang la manfaatnya:
Kebaikan mengajar anak tidur asing1. Latih kendiri anak dan jati diri mereka.
2. Ibu bapa mempunyai ruang waktu eksklusif bersama.
3. Anak lebih berdikari dan kurang manja.
4. Lebih bijak dan matang kerana diasuh untuk lebih menghormati orang tua.
5. Sunnah nabi memisahkan tempat tidur anak tatkala anak sudah berpisah susu dengan ibu(2 tahun ke atas).
6. Lebih berani.
7. Lebih cerdik kerana banyak melakukan sesuatu dengan sendiri
8. Anak menjadi lebih bertanggungjawab.
Dan saya ada terbaca, kehebatan mak ayah Us Don mendidiknya dari kecil.
Salah satunya, menyusukan anak dalam keadaan duduk, bukan baring, mengiring atau sebagainya.
Sebab makayah berdisiplin ni, anak boleh jadi hebat, SubhanaAllah.
Tapi lagi hebat sebab ayah Us Don siap buat minuman/susu untuk mak dia, pastu siap sandarkan belakang badan mak dia semasa menyusukan anak.
Hebat tak? maknanya ayah dia pun berjaga jugak la masa mak dia berjaga untuk susukan anak kan?
Adakah kita mampu?
Saya kalau tak minta enSuami pun, saya disiplinkan diri menyusu dalam keadaan duduk pun dah OK.
Sebab tu saya perlukan katil untuk letak anak tidur asing daripada Abi n Umi nanti...
Saya nak, saya dan enSuami macam biasa.
Bila saya cakap nak tido asing, enSuami saya kata, xpe ke nanti kesian kat anak...
Ohhhh, ok ke kesian kat anak.. satni Abi dia plak yang terasa hati kot...
Sebab dok baca pengalaman orang, ada plak, suami yang terasa hati, isteri asyik sibuk dengan anak...
Aihhhh, anak ni anak sape la kan, bukan anak dia jugak ke, dengan anak sendiri pun nak cemburu, aiiii...
Ada juga anak bila lama2 dok besa tido dgn mak ayah, susah plak nak ajar tido asing bila dah besar sket.
Saya baca tadi, ada orang tu ajar anak dia setahun lebih, tido bilik asing. Bukan tido tilam asing.
Saya masih kira OK la, asing katil je, tapi masih dalam bilik yang sama untuk peringkat awal ni...
Cam tu la saya plan.
Orang kata, masa berpantang tu, kerap la peluk baby, tidur sekali rapat2.
Ada sentuhan dengan ibu, bagi semangat/aura pada anak untuk lebih sihat, bertenaga untuk hidup.
Lepas habis pantang, baru mula asingkan tido dalam katil...
Sebab pikir macam ni la, saya perlukan katil sangat.
Sampai satu blogger tu kata, elok beli yang second hand saja.
Sebab nak kata guna sangat, xda la guna lama2.
Nak kata xguna, guna la jugak...
Lepas habis anak dah besar, boleh simpan untuk anak seterusnya sampai la dah tak guna langsung kan...
Bila dia cakap beli 2nd hand saya pun terfikir, OK jugak tu.
Daripada kot2 rugi beli mahal2, baik beli 2nd je, kot2 duit lebih tu boleh guna untuk hal lain.
Saya pun cari la kat Mudah.my.
Memang ada pun orang jual.
Reason pun cam sama la, sebab anak xnak dok dalam, sebab susah, sebab anak dah besar.
Tapi OK la semua masih elok, boleh consider baru jee...
Saya pun terjumpa dengan katil yang saya survey dolu2 tuuuuuuu...
Yang kaler oren, bunga tulip tu....
Jenama Sweet Cherry rupanya, saya pun tak ingat.
Masa tengok dalam Mudah tu, tengok gambar je, eh macam yang saya minat dulu.
Tapi xda la terus beli...
Pikir2 lagi, OK ke tak.
SMS tanya tuan empunya ada lagi barang ni?
Kang awak dok berangan nak beli, walhal dah terjual dah.
Almaklumlah laju je kat Mudah ni kalau barang best2...
Lepas saya SMS, senyap 2hari. Saya pun dah terlupa.
Lepas tu akak tu SMS saya balik tanya, nak ke tak.
Aik, lupa plak saya pasal ni...
Fikir2 lagi, bincang2, tawar2 lagi. Setuju.
Saya pun beli la.
Hari Ahad lepas baru sempat nak amek.
Walhal dah bayar sebelum bulan Mei lagi.
Masa pergi amek tu, husband kakak tu bagitau ada tempat salin lampin...
Ooo, baru saya tau..
Masa tengok kat kedai tu, mana la boleh nak pandai2 sendiri buka...
OK, dah lega 1 hal, boleh la tukaq2 lampin kat situ...
Xda la nak menyibuk kat katil pantang saya kan, hehe...
Ini yang saya cakap lapik katil tu adalah kayu tebal, dan berspan nipis.
Tapi masih kena beli tilam OK.
Tak patut letak anak atas tu tanpa tilam yang lebih selesa...
Ini bahagian depan yang berspan tu....
Yang sebelah kiri tu, rangka katil tu...
Yang sebelah kanan, yang buaian kecik yang saya tunjuk dalam gambar lepas...
Termasuk juga tiang kelambu yang bergumpal2 tu...
Sekarang dah bawa balik terus ke Sekinchan.
Adeh asyik nak menyemak kat sini jekkk...
Dalam bilik ni pun dah penuh barang2 rumah.
Ni nak mengamuk ni, bila nak dapat kunci rumah nih?
Kalau dah ada kunci rumah, boleh la letak barang2 yang dok angkut dari Bangi masuk rumah terus..
Xda la nak kena transit sementara kat rumah mertua ni, adehhhhhhh...
Lepas pi amek katil kat Putrajaya, kami terus ke Econsave.
Asalnya nak beli barang2 dapur, nak memasak kat Bangi.
Pastu saya terfikir plak nak tengok bakul baju, penyangkut baju bulat tu untuk kegunaan baby nanti.
Dah tengok, bukan tengok aja, terus amek beli.
Malas lagi nak fikir.
Selagi tak beli, selagi tu saya dok fikir.
Naik sakit kepala sudaaa...
Saya beli bakul baju, tuala mandi, tisu muka, penyangkut baju, n tuala nak lap hingus ke susu sendawa ke...
Hari tu ada berbincang dalam grup, ada junior tanya nak beli baju baby murah2 kat mana? Kalau pi ekspo berbaloi ke beli kat sana?
Dalam sembang2 tu saya cerita la apa yang saya dah buat.
Macam saya cerita dalam entri2 lepas.
Dan saya ada attachkan entri blog saya tu untuk review junior2 ni.
Ramai tahun ni, yang pregnen dan nak bersalin.
Apa lagi jom jadi geng mengeteh la, sharing2 kan apa yang patut.
Diorg cakap semangatnya saya, dah hampir lengkap semuaaaa
Apa yang lengkapnya? baju pun tak cukup lagi, baru 4 pasang, baru cukup untuk 2hari...
Adakah sebab saya dah beli set bersalin?
Sebab dah beli CD?
Sebab dah beli katil?
Jadi nampak semua macam dah lengkap?
Ada kawan pesan beli kapas untuk nak cuci luka kat pusat baby.
Dan perlu juga breast pump walaupun kami semua kebanyakannya bakal n suri rumah selepas bersalin nanti.
Sebab masa kat spital lepas bsalin, mana tau baby masih tido ke, masa tu conpem breast bengkak untuk disusui. atau mungkin, puting tersumbat sebab 1st time nak guna, jadi pam la yang akan membantu untuk perah susu.
Macam tu plak..
Baru ingat nak jimat duit.
Setakat ni, saya dah berbelanja hampir RM 1226.00 sudah untuk persiapan bayi dan bersalin.
Rasanya macam dah habis berjimat.
Rupa2nya bila jumlahkan semua, sampai seribu jugak rupanya.
Kos besar dekat CD, Salindah, n katil tadi.
Yang lain harga puluh2 je...
hari Sabtu sebelum tu, on the way nak balik Bangi, tengah dok sembang dalam keta, entah macamana, enSuami tersebut pasal langsir.
Saya plak baru baca cerita blogger Xora yang pergi Nilai 3, dah jumpa langsir idaman dia.
Saya pun terus tanya, boleh dak nak pi Nilai 3, nak tengok langsir?
Saja tengok2 dulu, conpem tak beli lagi.
Sebab xtau ukuran apa semua.
Saya cuma nak cari n tau jenis fabrik yang sesuai untuk idea langsir yang saya plan selama ini.
Dah tengok kat internet, majalah, macam senang.
Nak cari kain tu yang susah.
enSuami saya xpenah sampai Nilai 3.
Bila sampai situ, gila bapak besar, larat ke nak survey nih, 1 hari pun tak habis tengok ni...
Isk ayat dia ni, memang nak kena la ni.
Ni yang susah ni ajak orang laki pi shopping ka, window shopping ka...
Cepat ja mengeluhhhh, dolu2 bukan main janji nak teman isteri pi mana saja, shopping ka xkisah la, janji nak berdua dengan isteri.
Ohh indah khabar dari rupa la ni, plastik sungguh...
Ok, ok, jangan la marah Abang.
Sayang tu larat ka? larat, xlarat... reta ada, jalan dengan reta laaaaaa....
Keluar masuk keluar masuk kedai...
Tengok frame, tengok karpet, tengok langsir.
Ada sampai kat 1 kedai tu, kami berehat sekejap, xtau nak pi mana dah.
Sekali berhenti kat depan orang jual kain batik lelong.
Kain pelekat pun ada kat sebelah.
Saya pun teringat nak beli kain batik. Nak pakai masa pantang nanti.
enSuami plak tengok kain pelekat tu macam kualiti dia dok pkai..
Sungguh ka 10ringgit, suami saya tanya.
Hahahaha, suami saya ni...
Terkejut la tu...
Kain pelekat dia ada macam2 pilihan kaler.
Kain batik saya nampak macam sama jaa...
Kalau tengok, kain batik saya xda la kualiti sangat, tapi nak beli je la...
Janji saya boleh pakai masa pantang nanti.
Beli 3helai dulu.
Saya ingat enSuami amek 3 jugak, boleh minta kurg RM 50 ja.
Sekali dia amek 2 ja, aisey, spoil betoi...
Kena bayaq jugak RM 50.00.
Barang baby yang xselesai, lapik getah tukar lampin tu, besen mandi, sabun basuh baju, tilam n set bantal.
Dan beberapa pasang baju lagi diperlukan.
Oh ya, barut baby, saya xsiap jahit lagi, aduhhhhhhh