Search This Blog

Friday 10 May 2013

Law Kaana Bainana : 7 Sunnah Rasulullah SAW Semasa Menyambut Kelahiran Bayi


Sebelum ini, saya tertanya2, antara banyak2 sunnah Rasul, semasa kalut dalam wad kelahiran, mana satu yang perlu didahulukan?

Mengazan/iqamat di telinga anak? Bertahnik dulu? Atau nak susukan anak dulu?
Tapi bila menghadap internet, saya lupa nak cari maklumat tentang ini.

Petang tadi dengan tak sengaja terbuka TV Alhijrah.
Saya tau, siri Fattabiouni Law Kana Bainana dah lama orang tengok dari tahun lepas lagi kat TV Alhijrah ni.
Saya ja yang lambat sket banyak.
Almaklumlah xda TV kat rumah.
Masa kat umah bujang pun, areal tak superb sangat, so siaran TV Alhijrah tak clear sgt, rosak2 je.

Nak cari kat internet pun selalu sibuk/lupa semua.
Cari cerita Korea, ingat plak huhuhu.
Allah nak tunjuk kot ilmu ni kat saya.
Saya pun menunggu topik apa.
Sekali dapat tajuk yang saya tercari2 selama ini.

Akhirnya terjawab sudah, mana yang kena buat dulu.

Kalau tak dapat ilmu ni hari ni, mungkin saya bergantung sepenuhnya tunjuk ajar dari Doktor, nurse dari hospital Islamik yang saya hajat nak bersalin kat situ.

Ohh ye, harap2 ada la rezeki nak bersalin kat Az-Zahrah, walaupun mungkin masa tu, saya dah tak tinggal kat Bangi lagi, ce ne tu, huhuhuhu...
Mudah2an murah la rezeki baby ye, nak bersalin kat situ, insyaAllah. [setakat ni, macam tu la keputusannya, kalau ada perubahan, saya roger lain OK. xtau la kalau terberanak kat spital lain ka, huihui]

Jadi 7 Sunnah ini, sebolehnya ikut turutan, terutamanya yang 1 dan 2.

  1. Mengazankan Bayi (Azan ke telinga kanan, iqamat telinga kiri)
  2. Bertahnik (melenyek/mengunyah kurma terlebih dahulu dan menyapu ke langit2 dan seluruh dalam mulut bayi, lepas tu baru boleh susukan baby)
  3. Menamakan Bayi (letak nama biar ada makna yang baik, bukan sedap disebut, sampi tergeliat lidah nak panggil, huuu)
  4. Bercukur (Bercukur rambut, kikis 1 kepala OK, bukan gunting kat jambul je)
  5. Bersedekah mengikut berat rambut anak yang telah dicukur tadi
  6. Aqiqah (bayi lelaki 2 ekor kambing, perempuan seekor, dimasak dan dihidangkan kepada tetamu)
  7. Berkhatan (bayi lelaki wajib, perempuan digalakkan)


OK, boleh tonton video lengkap tentang ini, siaran ulangan la kan dan boleh ulang2 banyak kali ikut suka ahti ekau la ekkkk....



Harap ianya bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama, insyaAllah. ;)

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers