Search This Blog

Friday 15 March 2013

Selepas dua tahun....


emmm, Nabilah Ahmad, masih tak membesar, hehehe........

Ingat macam baby ke nak nampak membesar dalam masa dua tahun?

Isk isk, rasa sedih la, bila fikir2, tanpa perubahan pada diri untuk dua tahun ini?

Yang berubahnya, dari bujang menjadi isteri orang.

Dari tinggal beramai2 dengan kawan2, pastu tinggal berjauhan dengan enSuami, pastu tinggal berdua dengan enSuami, pastu PJJ balik, huhuhu...

13 Mac 2011 telah melalui 13 Mac 2012, dan hari ini 13 Mac 2013 pula....
13 Mac 2012, tiada sambutan pape, kebetulan masa tu cuti sekolah juga, cuti tu balik kampung kat Kedah.
Nak kata ada surprise, enSuami xrasa pape pun masa kita present tu.
Hampeh tak? Huuuuuu.
Apa nak buat, camtu jek reaksi dia, emmmmmmm.

Tahun ni, 13 Mac 2013, kami terpisah lagi.
Dah 12hb semalam, enSuami balik ke Tanjong Karang untuk memulakan tugasnya di sekolah baru hari ini.
Masa tu tak ingat pun pasal anniversary ni...

Rehat tengahari semalam, balik umah kejap.
Konon nak jahitkan seluar baru yang dibeli.
Alek2 habis masa makan tengahari sama2 ja.
Pastu amek masa berdua jap selepas solat Zohor.
Ohh, beratnya nak lepas.
Apa la nak jadi kat saya sorang2 nanti, huuuuuuu....

enSuami pujuk, nanti Abang balik la.
Sekejap ja sekolah, minggu depan cuti sekolah daaa.
Emmmmmmmmmmmmm.

Esok pagi sedar tengok handset, ada reminder la anniversary.
Oh iya, 13hb, baru nak ingat.
Emmm, apa la...
Bila tepon, buat2 tanya enSuami, dia pun tak ingat sangat.
Pastu kebetulan malam ni ada program alumni kami, dia janji nak datang.
Oh yeh? Baru nak rasa PJJ, kekeke.
enSuami pun gagah gak nak datang, saya sambut aje, hehehe.
Jangan tolak lak kan, rugi ar...
Malam2 nak tido kang, sedih sorang2, huuuu.

Bila YB dapat tahu saya tinggal sorang sekarang, dia boleh pula tanya, tak takut ke?
Takut mende?
Suruh saya ajak kawan teman la, bahaya la, macam2 plak dia takutkan saya.
Nanti sakit pape, sape nak tolong katanya.
Nak sakit mende, bukan nak beranak lagi pun.
Lambat lagi kot...


Hujung tahun lepas, balik kampung Kedah masa cuti sekolah, dapat la cuti 3 hari.
YB bagi ke tak bagi ke, kena bagi juga, hehe.
Nak balik jauh kan, dua hari tak padan ar. 1 hari dah habis kat jalan, huhu..
Masa balik tu, sempat pergi kenduri kawen anak tok saudara, masa dok makan tu, berkongsi meja dengan seorang kakak [boleh saya panggil, lingkungan 40-an ke atas].
Mak saya tegur, tengok muka macam nak kenai.
Mula la sembang2, tanya anak ape semua.
Sekali kakak tu tegur kat mak saya, anak ni sekolah tingkatan berapa?
Erk, nak tersedak saya masa tu.
Mak saya jawab, sekolah apa nya, dah jadi bini orang dah aih, beranak ja dak lagi, dah nak dekat dua taun dah kawen.
Terasa kelat ja muka masa tu, saya buat muka kat Mak. Amboi, sedap aih, xpa xpa...
Syok hatiku, kikiki, muka budak sekolah menengah tuuu, kira nampak muda lagi la, wawwawa. Alhamdulilllah.
Sekali kakak tu jawab, xpa xpa, lambat pun tak pa. nak dapat anak bukan qeja kita, qeja Allah. Allah ja yang boleh buat bagi ada anak.
Huuhhhhhhhhhh, terasa berangin saya. Saya pun tersenyum kat kakak tu.
Dalam hati tu, terima kasih la kakak bagi jawapan yang best kat Mak saya.
Yeyeh turn Mak saya pulak, senyum kambing, hihihi.

Memang ada betulnya.
Kalau hal lain, kita boleh usaha lagi, sampai dapat.
Tapi bab anak, usaha2, ada rezeki Allah nak bagi ada la kan.
Sebenarnya, sebelum ni kawan2 yang tanya, Nabilah bila hang nak dapat baby?
Saya jawab ja, watpa tanya kami, hang tanya la kat Allah bila nak bagi baby kat kami?
Pedas tak ayat? kuang kuang kuang.
Hai mana la boleh dibuat anak dengan sendirinya, kejadian bayi dalam rahim kita.
Tunggu je la rezeki Allah nak bagi bila.

Ada orang amal petua macam2, xleh minum kopi, teh konon ada kafein.
Xleh minum air ais, [isk hat ni memang xleh nak pantang, huhu]
Saya hentam ja makan apa yang saya nak makan.
Lagi2 favourite Rasulullah, kita kata tak elok plak.
Memang tak makan saman la saya...
Orang Turki suka minum teh, xde mende pon, beranak jugak kot.
Tapi nak kata ayaq teh, kopi dah favourite orang kampung macam saya.
Cuma saya pilih sikit la, kalau dapat teh herba, teh hijau lagi bagus. Teh Bharat, teh Sabah, favourite la.
Kopi pun saya minum kopi Radix, Sawda, Tok Guru, yang diketahui keluaran bumiputera Muslim.
Yang 3in1, cap popular kat tv, dah berakhir la.

~Masa ni hari pertama nak buka buku pink, menunggu masa nak amek darah~
Hehehe, pengalaman hampir 4 bulan.
Alhamdulillah saya tak ada alahan pape.
Tak ada macam kawan2 lain, xleh masuk dapur, xleh masak, xleh bau hanyir, macam2 la.
Muntah pun tak.
Sebab tu dua bulan pertama, rasa macam tak pregnant je...
Betul ke ni ada baby dalam perut ni kan? heee

Oh ya, tambah lagi risau2 ni.
Bila pi scan, doktor kata tak nampak la, baby kecil la, saya salah bagi tarikh LMP la, aihhhhhh.
Sampai dua kali scan, dengan dua doktor, ayat sama juga.
Dan soalan yang sama, ada scan kat private tak? Saya kata tak pi pon lagi.
Haa la, sampai dah 4bulan pon saya tak pi scan2 lagi.
Macam tak excited ke nak tengok baby? hmmm conpius jap.....

~Doktor dah tukar tarikh bersalin~

Sampai la bulan lepas, doktor telah tukar tarikh due saya, dari 23.8.13 kepada 3.9.13.
Tetap tarikh lepas hari raya, alhamdulillah.
Boleh raya dulu, yeh!
Tapi risaunya masa bulan posa tu.
Boleh bertahan ke perut saya ni.
Sekarang pun, lambat makan rasa nak termuntah, keluar angin macam2.
Nak berus gigi pon susah, asyik nak termuntah jek, sensitif sangat dengan ubat gigi.

~Eh, anak sape la ni, saya terpandang baju dia yang comel, dapat ilham nak buat nanti untuk anak sendiri, insyaAllah~
Pengalaman yang tak boleh lupa, saya sakit gigi bongsu masa hujung bulan Januari.
Tak tahan punya pasai, nak jugak2 pi klinik gigi.
Masa tu pi klinik gigi Kuala Selangor, sebelah TESCO.
Doktor kata kena cabut, sebab gigi tu dah tak berfungsi, sebab tinggal serpihan je.
Yang saya tak paham, sebelum ni dah beberapa kali sakit, doktor lain tak suruh cabut pun, apesal la doktor nak simpan2 lagi, kalau dah tinggal akar je lagi.
Masa semak gigi untuk pakai braces, doktor kata, gigi bongsu saya [yang keadaan macam tu] tak ganggu saya, jadi biar je dia di situ.
Sekarang gigi tu bengkak lagi.
Bila nak cabut tu, doktor tanya saya, berani tak? Saya kata OK je.
Dia tanya tak da sakit pape kan? Saya pun geleng.
Dia tak tanya pun Puan pregnant ke kan? Saya pun tak cakap pape.
Saya fikir, perlu ke saya nak bagitau saya pregnant, kalau doktor tak tanya kan? emmm.
Masa bagi ubat tu je, saya bagitau, saya pregnant.
Sebab seingat saya, pregnant tak boleh makan ubat sebarangan, especially pain killer, ubat tahan sakit.
Jadi pembantu tu tukar dengan PCM.

Sekali malam tu badan panas macam demam panas lak.
Esok pagi sedar, buat saya jadi risau.
Terus tepon MakCik Dinah.
Sekali saya kena marah sebab cabut gigi masa pregnant.
Hah, kenapa tak boleh?
Banyak la yang Makcik cerita, yang sangat ingat, tak boleh cabut gigi masa pregnant.
Dah la saya telan je semua darah yang kuar, sebab saya tak boleh letak kapas kat tempat cabut tu, sebab saya sensitif sangat dengan tekak, rasa nak terbatuk, termuntah sebab xselesa.
Makcik siap pesan lagi bagitau kawan2, time pregnant jangan cabut gigi.

Habis tu sedih la sangat2.
Apa la nasib saya ni, hihihi.
Saya pun xtau, saya pun xtanya.
Takut la effect pape kat baby.
enSuami datang je, saya bagitau dia, minta google kat tenet, sungguh ke xleh.
Sambil2 tu saya telefon kakak kat Sabah.
Tanya doktor la plak, betulka tak boleh?

Kakak saya jawab, awat plak tak boleh?
Hahaha, camtu la jawapan doktor moden.
Setahu dia, xda plak tak boleh cabut gigi masa pregnant.
Kat buku pink tu pun, xda la amaran tak boleh cabut gigi.
Dia suh jaga kebersihan gigi dengan lebih baik daripada sebelum pregnant.
Pastu kakak siap pi tanya kawan dia yang doktor gigi tu, doktor tu cakap boleh je, xdak masalah.
Haihhhhhhhhh, sakit jiwa saya, separuh mati.
Kakak cakap kalau efek pun kat jantung la.
Jantung baby ka jantung kita? Dua-dua, kakak saya jawab.
Ish wat suspen je.
Alhamdulillah saya sihat.
Harap baby pun sihat.
Kesimpulannya, secara moden, doktor perubatan memang cakap tak de pape, sebab diorang tak belajar ada efek macam tu kan...
Tapi petua orang2 lama, jangan dikesampingkan.
Mungkin Makcik Dinah ada sebab/pengalaman tertentu yang memberi pengajaran pada dia.
Sebab ikut cerita makcik masa dia pregnant 6 bulan pun, Doktor gigi tu tak nak cabut gigi dia, walaupun masa tu dia bengkak teruk. Doktor gigi tu la kata tak boleh cabut gigi masa pregnant, hehe. Dia belajaq kat U lain kot, huhuhu.
Walau apa pun, kena berhati2 ya.
Apa2 yang tak da pengalaman kena tanya orang lain dulu.
Kalau segan nak tanya kat orang2 lama, mak ayah kita, mertua, tanya kawan2 yang dah ada penglaman sikit pon tak pe.
Asalkan ada panduan dulu, jangan main terjah je.
Kang tersalah langkah, menyesal tak berguna, hiiiiii.



Januari lepas, angin pe ntah, saya pi survey2 mesin jahit tepi Singer.
Masa ni gambar kat kedai Singer, Seksyen 16.
Yang ni gambar, 3benang 1 jarum.
Saya minta nak beli RM1200, tiga kali bayar.
Kalau dapat beli dengan harga RM1200, maknanya sama la harga mesin jahit yang saya ada.
Masa ni kakak tu boleh bagi RM1190, bayar cash.
Kalau nak 3kali bayar, harga sama.
Adeh, kemudian terperasan dengan 4benang plak, 2jarum.
Saya tanya apa beza, function lebih sikit. tapi sama la boleh jahit tepi biasa, dengan tepi tudung.
Yang 1 jarum pun boleh jahit tepi tudung yang halus tu.
Survey lagi 1 kat kedai seksyen 9 plak.
Sama ja, sebenarnya saya nak cari PakCik Syed, suami MakCik Ton. Dia mekanik untuk kedai Singer kat situ, tapi tak nampak plak kelibat dia kat situ.

Akhirnya saya pun kontek MC Ton tanya pasal mesin jahit tepi.
Rupanya suami dia dah berenti dah, pencen.
Patut la tak dak kat kedai, apa la Nabilah ni, huuu.
Pakcik bagi dua pilihan, 1 jarum ka 2 jarum.
Dia pun bagi harga untuk kedua2 mesin tu.
Kalau nak cash, atau ansuran 3kali, atau setahun.
Tapi banyak juga la beza, kalau bayar cash n ansuran.
Saya memang xsuka faedah2, bunga2 ni.
Kalau ada duit, memang nak beli cash.

Bincang jap dengan enSuami, dia kan bank saya, kekeke.
Ikut bajet, saya ada, cuma sebab tak nak lepaskan peluang nak bayar cash, buat saya fikir banyak kali.
enSuami tanya, apa kepentingan ada mesin ni?
Ye la, lepas potong kain, boleh terus jahit tepi, pastu terus jahit baju. Haritu jugak boleh siap [cewahhh]
Kalau tak da mesin jahit tepi, bila potong kain, kena pi kedai dulu. Nak tunggu nak pi kedai tu yang lama tu.
Selalu dok potong kain, hari Sabtu Ahad. Hari tak kerja malas la nak kuar pi kedai, nak tunggu Isnin baru nak jahit tepi.
Nak jahit baju plak, tunggu wekend seterusnya plak.
Tu pun kalau xdak program, dok rumah sepanjang hari.
Kalau nak jahit sikit2, kim salam la.
Malas saya, haih.........
Kalau boleh, nak sehari free, baru nak stat jahit. Kalau dah mula jahit, xtengok keja lain dah.
Kalau enSuami rajin, dia yang masak. Fuyooo syoknya [cayang suami saya, mekasih ya, muah]

Say pun buat keputusan untuk beli cash.
Sebelum tu, dah baca2, kat internet review orang tentang mesin jahit tepi.
Nak beli jenama lain, memang tak berani ar, ada kawan beli Brothers, beli dari Pahang ke Johor ntah, sekali dah rosak. Mana nak cari la tukang servisnya. Tapi tau kat Puchong kot pengeluar dia. Saya pun xtau la apa cerita mesin dia sekarang.
Untuk mesin jahit, saya pilih Singer je, Menawan Keluarga Bahagiaaaaaaa
Sebab harga mampu. Cawangan meluas, insyaAllah kat mana2 pun boleh jumpa kedai Singer.
Pakcik Syed bagi RM1200 untuk 2jarum, 4benang.
Huyoo, dapat harga yang 3benang, kalau beli kat kedai.
Jadi, kedua2 mesin saya sama harga.
Tapi sampai sekarang kualiti jahit tepi saya tak berapa cantik.
Nak pasang benang, dah xpening dah.
Tapi xtau nak adjuz kat mana pasal hasil yang tak berapa nak kemas tu.
Nanti saya tanya pakcik Syed balik la. Haritu dah cakap kat MC Ton, yang saya punya jahit tepi jadi tak lawa. Kalau jahit tepi tudung, OK je.

~Baju kakak ni pun saya nak tiru jugak design nyer~
Hari Jumaat petang saya amek mesin, esoknya saya ada kelas jahit tudung lycra.
Rupanya MC Ton pun amek kelas yang sama juga.
Cuma dia sesi pagi. Saya dapat sesi petang sebab dah full.
Lepas siap jahit semua tudung, bergambar dengan cikgu yang ajar n kawan2 yang join kelas.
Cikgu, yang bertudung kuning, kulit putih tu.
Tuan kedai, yang baju hitam tengah berkaca mata.
Saya? ce cari mana saya? heee, ramai yang pakai tudung sama corak.
Kualiti jahit, ikut kepakaran la.
Saya terlebih senyum la masa ni, nampak tembam sungguh.
Tapi sebelum ni macam tu jugak, bukan fotogenik.
Kalau dalam gambaq, mesti nampak gemokkkkkkkk.
Kalau tengok depan, semua tak caya, cengkungnya muka, huhuhu..



Misi sekarang, tengah siapkan barut baby.
Saya dah siap potong untuk 8helai barut.
Mak saya kata dah cukup dah.
Cawat baby, orang dah tak pakai la yang ikat kain tu.
Nampaknya samada beli pampers atau beli cloth diapers untuk new born.
Barang pertama yang saya beli bila tau dah pregnant, saya beli cloth diapers.
Bajet RM300 dapat 14 helai. 7 biasa, 7 charcoal. [prepare klu anak kulit sensitif, saya plan nak pakai malam2 untuk charcoal]
So cloth diapers dah setel, harap2 saya kuat rajin untuk basuh, jangan lemah semangat, p beli pampers pulak.
Ada gak kawan saya yang kata malas nak basuh, walaupun dah ada beberapa helai CD, sebab tu pakai pampers, aduh...
Nabilah Ahmad kena kekal rajin ni. Yang conpem, boleh cuci dengan mesin basuh, xda la berat sangat nak basuh, cuma sabun je sabun khas. xperlu guna softener. Jimat lagi.
Boleh jimat banyak bila guna CD ni. RM 300 untuk 4-5 tahun, 4-5 orang anak. [bayangkan]
Kalau pampers, RM300 baru bajet untuk 10bulan ke, saya pun xtau harga pampers berapa, huhuhu.

Mulai bulan 3 ni, ada banyak ekspo baby, mum, parents la kan..
Boleh katakan tiap2 bulan ada, saya dah tengok jadual. Klik sini
Pilih ja nak pi yang mana.
Tempat yang mampu saya pi mungkin Mid Valley, Mines, atau area Shah Alam.
Hat tempat PWTC, KLCC, enSuami masih pikir2 lagi.
Dapat tau PWTC RM10 per entry untuk parking eh, mak aiii, xsanggup den.
Jalan nak pi pun xtau. Besa dengan tren je.
enSuami mana la mau naik tren, emmmm....

Nak pi survey2 dulu la.
Saya dok pikir2, merancang nak kawen lebih mudah dari merancang persiapan baby ni, aiii...
Semua barang baby, saya tak dapat bajet, agak2 berapa RM untuk satu2 barang tu.
Nak beli apa pun saya xtau lagi.
Dah banyak kali kata nak tulis, nak tulis, tak tulis tulis lagi, aihhhhhhh.
Jom la pi tengok2 dlu, barang yang saya akan senaraikan, insyaAllah.
Nabilah, chayokkkkkkk!

2 comments:

  1. as salam,

    erm... tetiba teringat mesin jahit kat umah, x berusik sejak dah siap jahit langsir taun lepas, nak jahit apa plak yerk lepas ni... hehe

    p/s : yang pasal kipas monte air tu kan, setakat ni ok je saya pakai, sebab speed dia kena tambah 2 daripada kipas biasa (contoh kalu buka speed 1= speed 3 kipas biasa) tapi kalu cuaca panas sangat, kena bantuan aircond jugak.... huhu

    ReplyDelete
  2. Ye ke, ok la kalau camtu, risau gak saya.

    First time membeli brg2 camni.
    Rumah baru pun SemiD saiz teres je. bumbung pun tak la tinggi sangat. harap2 sejuk2 aje.

    Sis ada jahit langsir sendri, nak tengok le, hasilnya, ada share kt blog x? saya cuba cari tapi tak dak label la, lambat nak jupa, hihi..

    Hajat di hati nak roman blind, tapi, dah ada idea untuk wat mcm roman blind tp bukan roman blind, conpius tak, hehe.

    Tunggu le, menjadi ke tak nanti, huhu...

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers