Search This Blog

Monday 3 September 2012

enSuami bergaya dengan Future BLU 1527



Bye Sayang, Abang nak pi sekolah dah...
Tatatatata.

Hehe, ini je pertama kali tengok enSuami pi sekolah.
Tu pun sebab terlupa bawak handset ke pejabat.
Tertinggal kat atas katil terselit bawah bantal kot.
Tu yang lupa nak amek.

Telefon dari pejabat, enSuami bagitau ada miskol dari enSyam.
Oh, baru teringat, maybe enSyam tepon nak tanya pasal komputer dah ok ke belum.
Kalau enSuami rajin, mai la hantaq sat handset tu kat pejabat, hehe
Mentang2 la enSuami sekolah petang, kekeke.

Teringat nak amek gambar tadi.
Dia beli kaler merah ok. Oren xdak stok.
enSuami mula bermotosikal ke sekolah selepas cuti hari raya.
Hanya ada motor sahaja.
Kotak belakang n bakul depan, masih belum ada.

Almaklumlah motor baru la sangat.
Kelengkapan dia xlengkap lagi.
Janji ada motor je la kan, asal bo jalan.
Ruang simpan helmet pun dah cukup untuk enSuami simpan barang2.
Orang laki bukan ada handbag pun nak bawak, kan...
Kalau ada beg pun, beg laptop.
Tu pun kalau dia ada presentation kat student.
OK la tu, kan Sayang.

Minggu pertama dia pakai tu, masa dok preh kat hiway tu, ada plak seorang encik yang naik motor lalu sebelah dia, siap tunjuk thumbs up kat dia, hahaha.
Maknanya???
Canggih la enSuami saya, naik motor baru yang power, gitu ke?
Nak tergelak je enSuami masa tu.
Heran pun ada, nape dia tunjuk 'bagus' tu?
Hehehe, enSuami tergeleng2 dia.

OK la tu, kalau enSuami happy.
Saya pnIsteri pun suka.
Tapi kalau enSuami balik lambat dari biasa, mula la risau.
Bila hujan lebat di Bangi, risau la plak kot2 dia pun kena hujan lebat kat jalan.
 
Camtu la keadaannya.
Sejak naik motor ni, ringan sket beban dari segi kewangan terutamanya.
Masa juga lebih singkat.
Dalam masa 40minit atau kurang, enSuami dah boleh sampai Bangi.
Kalau hujan, lambat la sket.
Bahaya la kan, bila hujan lebat2 ni.
Untuk ciri keselamatan, enSuami dah tukar awal2 lagi pakai tayar tubeless.
Boleh elak masalah tayar pancit.
Maklumlah dok kat bandar ni, kalau tayar pancit, minyak habis, susah jugak nak dapat bantuan.
Orang nak tolong kita pun takut, kita nak minta tolong orang pun takut.
Zaman sekarang, macam2.
Malang tak berbau.
Jadi masa hujan lebat, tubeless xleh laju2.
Sebab tayar jenis ni kecekapan mencengkam kurang pada permukaan yang basah sebab licin.

Harap2 enSuami selamat pergi dan pulang.
pnIsteri sentiasa menanti dengan setia, cewahhh.

InsyaAllah, ada rezeki, nak tukar sekolah lagi.
Nak ubah angin lagi.
Sekolah sekarang xbest katanya.
Kesian plak cikgu2 sekarang.
Pasangan cikgu pun kesian jugak.
Kena sabaq dengaq ngomelan seorang cikgu, hehehe.
Mood pun xtentu.
Tapi nasib baik la enSuami saya lelaki.
Kesabaran lelaki kan tinggi.
Jangan cabar lelaki sudaaa.

Nanti merah telinga dia...
Maknanya marah lah tu.
Tapi enSuami saya penyabar kan, hehehe.

Sayang, jom tukaq sekolah baru.
Balik kampung, hohoho balik kampung.
Dapat dok umah sewa baru, yehhhh!


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers