Search This Blog

Thursday 7 April 2011

Ziarah NISA : Saida Farhana Sarkam Selamat Pulang ke Rumah

Last weekend, daripada tiada aktiviti terus jadi pack. 
Sabtu pi PWTC hari Ahad pi ziarah Saida kat Johor plak.
Sakit kaki ceq dari PWTC lagi, huhuhu.
Ingat ramai nak join, tapi tau la 1 keta ja pi. Atleast 4-5 orang yang ikut, biar penuh keta, hehehe.
Tengok2 tiga orang je.. Lina pun xdapat pi sebb tolong mak kat kedai, huhuhu.. 
Lina xdak, jadi rasa kekurangan plak. 
Terpikir apa ceq nak cakap satni dgn parents Saida. 

Nasib bek ada Huda Sakinah, dia peramah... =)
Kawan sorg lagi, kawan Saida masa di UiTM Terengganu dulu, Miza. 
First time baru Nabilah kenal dia ni.

Apa2 pun Alhamdulillah, kalau bersahabat kerana Allah, semua jadi baik. Bo ngam la katanya.
Xyah risau la kalau bab2 nak cari kawan baru, kan kan kan?
Susulan dari petikan blog NISA Serdang (*dah penulis pun orang yang sama kan, jd kedua2 blog copy n paste)

Walaupun sedikit keletihan, dan berasa pening akibat duduk lama di sofa, Saida tidak lokek bergurau dan bersembang melayani tetamu. Kami sempat makan tengahari bersama Saida sebelum Saida meminta izin untuk berehat di bilik kerana berasa sakit di kepala.
Balutan dari pembedahan akan dibiarkan sehingga 16 April untuk dibuka. Sahabat-sahabat NISA mendoakan Saida cepat sembuh dan kembali ke Bangi untuk bersama-sama kami di sini. Semangat Saida yang berkobar-kobar sentiasa terngiang-ngiang di fikiran sahabat-sahabat di sini dan gurau sendanya sentiasa dirindui.
Selamat beristirehat. Semoga kesempatan yang Allah beri ini, memberi kekuatan  dan impak terbaru untuk kembali menyambung perjuangan di sini. 

UKS sepi tanpamu... *Adikmu Aisyah, yang kata hehehe*

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers