Search This Blog

Friday 26 February 2010

Marshmallow...

Semalam ke Pasar Tani menemani Nada membeli kuih untuk jamuan mesyuarat Kawasan PAS Serdang. Bersama Kak Kinah juga kerana nak tolong dia tampal poster untuk program Tuisyen Rakyat anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

Tengah berjalan2 terjumpa gerai yang menjual Marshmallow. Wow! Teringat Yoo Hee yang selalu makan marshmallow kat opis untuk alas perut atau ketika tekanan atau ketika sedang berfikir mengenai perasaan dan kehidupannya. Pas2 dipelawa oleh Kakak2 untuk merasa marshmallow yang dijualnya.

Ada 2 pilihan tupperware yang RM5 atau RM 10. Perasa, memang macam2 lah. Bentuk2 pun macam2. lastly decide untuk amek RM 10 sebab ada pelbagai warna, bentuk dan rasa.

Letak kat opis je makan ye. Dah tercapai satu impian, nak makan marshmallow. Kata kakak gerai2, marshmallow ni dibuat oleh 'orang kita' means tu melayu dan Islam la tu. Dapat sijil halal dari JAKIM. So xda la ragu2 nak beli tu. OK la tu..marshmallow, so sweet.. =P


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers