Search This Blog

Showing posts with label Simpan Emas 1Gram1Bulan1Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Simpan Emas 1Gram1Bulan1Keluarga. Show all posts

Wednesday, 9 March 2016

CELIK EMAS : Simpan Wang Kertas vs Simpan Emas Fizikal



Sebelum kita bertindak menukarkan duit simpanan kita kepada emas, paling tidak pun kita kena juga menyediakan minda kita dengan ilmu emas.
Maksud ilmu emas ialah bagaimana cara kita nak uruskannya sebaik mungkin supaya kita tidak menjadi sebagai penyimpan emas tanpa ‘menggunakanya’ sebaik mungkin.
Tanpa ilmu la tu.

Kenaikan harga emas sejak 10 tahun lalu ialah sebanyak 30% setahun (purata) berbanding ASB hanya 7% sahaja.
Dari fakta ini pun kita sudah boleh membandingkan keuntungannya berbanding simpanan duit kertas biasa.
Semestinya emas lebih untung kan?
Tapi ramai yang fobia dengan anggapan bahawa harga emas adalah mahal.
Betul la tu.

CONTOH 1
Ali dan Ahmad mendapat kerja pada tempat yang sama iaitu pada tahun 2000.
Mereka diberi kebebasan untuk bayaran gaji samada dengan wang kertas dan dinar emas tapi dalam nilai yang sama iaitu RM700.00.

#Ali memilih untuk dibayar dengan wang sebanyak RM700.00 sebulan dengan kenaikan gaji secara mendatar sebanyak RM60.00 setahun.

#Ahmad pula memilih untuk dibayar dengan dinar emas iaitu 5 dinar sebulan tanpa kenaikan gaji sehingga pencen.
(Nilai 1 dinar pada tahun 2000 ialah RM140.00 x 5 = RM700.00 )

Setelah 10 tahun Ali telah mengalami kenaikan gaji sebanyak 10 kali iaitu RM60 x 10 = RM600.
Gaji Ali pada tahun 2010 ialah RM700 + RM600 = RM1300 sebulan.
Kenaikan gaji Ali adalah 18.57% setahun.

Manakala gaji Ahmad pula tidak berubah sejak 10 tahun dulu iaitu 5 dinar tapi kenaikan harga emas adalah 30% setahun (anggaran).
Pada tahun 2010 harga satu dinar ialah RM655
Jumlah gaji Ahmad ialah 5 x RM655 = RM3275 dengan kenaikan sebanyak 46.78% setahun.

Kesimpulannya jika gaji pekerja dibayar dengan dinar emas kita tidak memerlukan kenaikan gaji tahunan seperti yang diamalkan kini.
Bayangkan berapakah gaji Ahmad untuk 10 tahun akan datang???
Mungkin majikannya tidak lagi mampu untuk membayar gajinya sebab pada masa berkenaan harga emas mungkin akan mencecah RM600/gram!
( 1 dinar = 4.25g x RM600 = RM2550)
Jadi gaji Ahmad pada than 2020 ialah RM2550 x 5 dinar = RM12,750. Wow!

CONTOH 2 
Kos untuk menunaikan haji sejak tahun 2000 hingga sekarang menurun dengan mendadak apabila kita menggunakan dinar sebagai ukuran.
Oleh kerana nilai emas meningkat saban tahun jumlah penggunaan dinar sentiasa menurun walaupun dengan wang kertas ia meningkat.
Ini boleh dilihat dengan keadaan berikut.

Tahun 2000 (RM9,100) = 1 dinar RM140. 65 dinar diperlukan
Tahun 2005 (RM12,000) = 1 dinar RM263. 46 dinar diperlukan
Tahun 2010 (RM15,000) = 1 dinar RM655. 22 dinar diperlukan

Berdasarkan rekod-rekod tersebut kemungkinan kos untuk mengerjakan haji pada masa akan datang terus menurun hingga sekadar 10 dinar sahaja diperlukan untuk mengerjakan haji ke Mekah.
Inilah hikmahnya menyimpan emas.

CONTOH 3
Ali dan dan Ahmad membuat pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 untuk melabur dan akan mendapat pulangan dalam masa 10 tahun.

Ali melabur dalam ASB manakala Ahmad membeli emas dan menyimpannya sendiri.
Selepas 10 tahun kesimpulannya adalah seperti berikut.

Dividen dan bonus bagi ASB ialah 7% setahun.
RM100,000 x 7% x 10 tahun = RM170,000.
Keuntungan sebanyak RM70,000 selama 10 tahun.
Tolak inflasi 4% setahun maka baki keuntungannya ialah RM30,000.

Peningkatan harga emas adalah 30% setahun (purata)
RM100,000 x 30% x 10 tahun = RM400,000.
Keuntungan sebanyak RM300,000 selama 10 tahun.
Inflasi bagi emas ialah 0% sebab ia kalis inflasi.

Di sini kita boleh lihat keuntungan yang boleh dijana oleh emas manakala dengan menyimpan wang kertas ia sentiasa dimamah inflasi saban tahun.
Sebenarnya walaupun pihak kerajaan menetapkan kesan inflasi negara diparas 4% setahun namun hakikatnya ia jauh lebih tinggi dari angka berkenaan.

#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

Saturday, 5 March 2016

CELIK EMAS : Membudayakan Simpanan Emas di Kalangan Rakyat Malaysia



Emas telah digunakan sejak daripada zaman dahulu, seawal zaman pra-sejarah lagi. Emas juga telah dilaporkan dalam beberapa dokumen-dokumen lama yang menyatakan emas digunakan sebagai barang hiasan.

Selain digunakan sebagai hiasan, emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga, dan nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak matawang dalam sejarah. Emas telah digunakan sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut.

Tahukah anda bahawa wang kita simpan sebagai tabungan di bank itu sebenarnya telah dicuri? atau dengan kata lain telah dirampas. Sedar atau tidak bahawa tiap-tiap tahun wang yang kita simpan telah diambil oleh inflasi. Tak percaya? Baiklah, saya akan buat satu perbandingan. Kita anggapkan 10 tahun lepas harga emas 1 gram RM100. Pada 10 tahun lepas Anda menyimpan 1 gram emas yang berharga RM100 dan pada masa yang sama anda juga menyimpan Wang kertas RM100. Hari ini, Wang Kertas RM100 itu tetap juga RM100 dan Emas 1 gram tetap juga 1 gram tapi, emas 1 gram hari ini sudah berharga RM165.

Perasan atau tidak kalau 10 tahun lalu RM100 boleh beli macam-macam. kalau pergi pasaraya tu, penuh 1 troli tapi sekarang, RM100 tu sudah sangat beza nilainya.. sentiasa berubah nilai mengikut kestabilan ekonomi dan peredaran masa, emas tahan inflasi dan kegawatan ekonomi. Emas penyimpan nilai sebenar sepanjang zaman walau di negara mana anda berada. Harga emas juga naik dari semasa ke semasa. Cadangan saya, jika anda ada wang simpanan di bank, sebaiknya sebahagian wang simpanan anda itu tukarkan kepada emas. Beli emas.. anda sudah nampak potensi emas yang merupakan penyimpan nilai terbaik, kalis inflasi.


Disebabkan kelebihan emas fizikal ini, POWERGOLD DOT BIZ SDN BHD kini menganjurkan kempen "Simpan Emas 1 Gram 1 Bulan 1 Keluarga" bagi membuka peluang kepada orang ramai memanfaatkan emas sebagai aset simpanan berharga untuk masa depan.

Emas mahal? Tak mampu nak beli emas? Tidak mengapa, kerana POWERGOLD DOT BIZ SDN BHD memastikan semua orang mampu memiliki emas dengan pembelian secara sedikit demi sedikit pada harga murah melalui kempen "1 gram 1 Bulan 1 Keluarga".

Selain itu anda mampu menjadi TAUKE EMAS dengan modal yang sangat minima tetapi untung yang berganda (Bukan skim cepat kaya ya..harap maklum). Anda beli emas, anda dapat emas.


#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#0193330382
Daisypath Anniversary tickers