Search This Blog

Tuesday, 11 April 2017

Rutin Sarapan Saya buat masa ni...

Assalamualaikum...

Jumaat lepas dah cerita pasal minum air gula tu kan...

Sadisnya saya tersangkut juga dengan kencing manis tu..
Memang metabolisma badan saya rendah agaknya...
So tetap tak dapat nak elak GDM semasa mengandung ni, huhu (T_T)

Saya makan tak ada la berselera pun..
berat pun tak naik mendadak...
tapi dah keturunan je kot..
saya redha....

Harap jangan kritikal sangat la..
Kakak saya pesan, kena kawal pengambilan gula tu..
jangan sampai kena cucuk insulin pulak...

Alamak, baru tau kewujudan cucuk insulin tu semasa kehamilan..
dulu2 tengok ayah je dok cucuk2 badan sendiri untuk suntik insulin tu..
Nauzubillah, harap normal je...

Hari Isnin semalam, dah mula ujian BSP..
adoi penat nak berulang alik tu la, tak larat...

Dulu-dulu, ujian BSP ni buat di bahagian makmal..
sekarang semua kena buat di klinik..
sama juga kalau kanak-kanak, demam/sakit, mesti kena pergi bahagian ibu bersalin dan kanak-kanak..
tu yang berlaku lambakan di bahagian ni...

Dah la BSP hari Isnin kan...
hari Isnin tu, ramai ya amat, tak tahu nak cakap la..
dengan saya tak makan lagi sejak 10malam, pening je kepala..

Siap bangun lagi pergi ke kaunter, nak cepatkan..
buku saya masih lagi dalam bakul..
selagi tak dapat nombor giliran, selagi tu tak boleh masuk bilik nak amek darah..
dah tu, acaner...
terpaksa la minta cepat sikit, saya dah tak larat ni...iskkk

Sepanjang 4 kali ambil bacaan tu..
Alhamdulillah bacaan dalam bacaan normal, tak ada lebih, tak kurang...
tapi masa malam nak test tu, dia terus bagi tarikh untuk BSP yang seterusnya...
2 minggu sekali la jawabnya...
saya ingat sekali je sebulan, (T_T)

Ok la, berbalik pada cerita sarapan saya tadi
Inilah rutin sarapan pagi saya buat masa ni...


Lepas solat Subuh tu, memang terus masuk dapur untuk masak sarapan..
saya memang keturunan celik mata je, kena makan...
tak boleh la kalau lambat-lambat...
secepat mungkin saya akan masuk dapur selepas solat tu..

Tambahan sejak mengandung ni lagi la..
kadang2 tak makan malam, sebab lepas Maghrib terus tidur, dah tak larat sangat..
jadi bila bangun pagi, kelaparan la kan....

Dan mengandung kali ni, alahai angin satu badan tak habis2...
cakap kat doktor banyak angin, dia bagi ubat gastrik terus..
ingatkan doktor nak bagi ubat biji, sekali dapat ayaq kapooq, huhuhu..
tapi air kapur ni dah upgrade la, ada perasa mint gitu...
telan juga la...
tapi sekali je makan sehari, waktu betul-betul perut kosong..
waktu nak sarapan pagi...

Telan sekali dengan pati delima..
Madu kelulut...
Kalau ikutkan nak bagus lagi, kena tambah lagi dengan minyak zaitun dan minyak kelapa dara..
nak telan 3 ni pun dah tak tahan la..
habis telan ketiga-tiga tu, terus minum air kopi...

Memang kena sedia semua depan mata..
baru boleh mula nak makan..
hoi tak tahan kot...
rasanya macam2, susah nak terangkan....yerksssss...


Ni satu lagi sarapan wajib...
2 biji telur setiap hari..
Kalau ikutkan Penulis Pn. Aisyah Samat dari e-book hamil tu, dia buat scramble egg..
saya cuba jugak buat..
tapi macam bosan pula nak makan...
nak kena makan dengan roti...

Roti pun, elok makan roti bijirin penuh...
tapi tengok dalam gambar, nampak 2 keping kan..
tapi satu je yang saya boleh makan..
tak masuk pula tekak saya dengan roti bijirin ni...


Akhirnya setiap hari telur separuh masak je dengan sedikit kicap..
memang letak sikit je, nak bagi perasa sikit untuk telur tu...
tu pun enSuami suruh letak lada sulah bagai...
tak payah la, kicap ni pun terpaksa je letak..

Bila makan telur macam ni, mengimbau zaman kanak-kanak je...
saya sendiri pun dah terlupa sangat pasal telur separuh masak ni..
walhal kegemaran masa kecil dulu..
ayah memang suka buat telur separuh masak untuk sarapan..
almaklumlah, bela ayam telur sendiri...
memang kaya dengan telur la masa tu, Alhamdulillah...

Teringat balik sebab tengok video Prof Muhaya, dia sebut dia sarapan telur separuh masak..
terus terfikir boleh ganti dengan scramble egg ni..
buat telur ni lagi senang, cepat boleh makan...

Setiap hari makan telur ni saja tanpa roti..
tapi kena juga masak sarapan lain untuk enSuami..
nasib la kite, huuuuuuuu....

Bawah ni antara kepingan info/ilmu bermanfaat yang saya amalkan untuk kandungan kali ini..
Terima kasih pada bekas teman serumah bujang dulu yang kongsikan dalam group WA tu...
bila dapat info, baru la nak membaca...
nak mencari tu, jarang la sangat...
melainkan kalau terfikir nak tahu sangat, baru nak tercari-cari..heee

Benda pertama yang saya ikut yang ni..
sebab kes dulu, HB saya rendah..
so kali ni, kena jaga HB, biar cantik je angkanya...
Jus naga ni saya buat seminggu sekali..
kalau tak dapat, paling kurang sebelum nak pergi appoiment klinik tu, kena minum hahaha...

Sayur daun hijau ni, susah sikit nak buat..
tapi kalau susah sangat, beli salad je..
saya suka salad kerinting tu, rangup..
beli sebungkus tu pun, tahan berhari-hari, sampi melecur dah daunnya..

Ini yang saya sebut tadi, makan pati delima, madu, VOO, dan VCO...

Ini info makan telur 2 biji sehari..
Prof Muhaya sebut, maksimum 4biji sehari untuk setiap orang...

Masa beras nak habis tu..
saya cadangkan beli beras perang..
enSuami cakap beras perang tak sedap, dia pernah makan..
So beras perang tak dapat, jom beli beras basmathi..
kebetulan Tesco ada offer, Beras Cap Udang, tak pernah tahu ada Basmathi, tup2 besar2 dalam poster..
Apa lagi, amek terus beli...
Syok la dapat makan beras basmathi..
sebelum ni beli sekilo je untuk masak istimewa ke...
kali ni beli makan hari-hari..
boleh la ada 3 beranak je..
kalau family besar, kaya tak pe...
tapi kalau nak jaga kesihatan OK je la kan...
Baru nak merasa makan Basmathi, peghak sangat kan...hahahaha

Yang ni ikan kembung tgh mahal plak oi...
nak beli salmon tuna, belum lagi buat masa ni...
Untuk kurma, kismis tu ada makan..
untuk badam belum beli lagi..
baru-baru ni, ada buat kacang dhal/parpu pedas macam saya pernah buat sebelum ni...
ubi2 belum amalkan lagi...

Ha, yang terakhir ni je tak buat lagi...
adoi malasnya nak keluar rumah nak berjogging/jalan...
yang ni tak tahu la bila akan terlaksana, hahaha...
Doakan ye, Nabilah Ahmad rajin nak jalan, squat dan kagel huhu...

Haa, amacam...
bukan senang nak beranak kannnnnnnnnnnn..........

1 comment:

  1. Lama xjenguk sini. Tau2 dah preggy second baby kan. Hihi..tahniah. smga sihat & dipermudahkan urusan.

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers