Search This Blog

Thursday, 21 April 2016

DAPUR : Susun atur kabinet tinggi bahagian bawah...

Assalamualaikum...

Lambat bersiaran hari ni..
ada kebakaran di taman ni..
petang semalam, padang golf sebelah taman ni terbakar, maka merebak ke pokok-pokok hutan sempadan antara padang dengan taman rumah..

Terbakar dari jam 3petang, masa nak Maghrib, baru bomba sampai...
pagi ni, awal lagi jiran dah telefon, guard telefon, bomba kata ada kes lain di Bukit Kuching.
tunggu dalam 9.45pagi, asap dah tebal sangat baru bomba sampai dengan van bomba..
lama sikit baru trak bomba yang besar tu datang..
halaman rumah dah penuh dengan habuk2 hitam..
sempat la hafni tengok bomba sembur2 air..
selama ni, dok tengok dalam Upin Ipin je, kali ni nampak real...

Ajak balik rumah pun tak nak..
jenuh Abi nak pujuk dengan panas terik lagi, bahang api lagi..
hai anak, anak....

Ok, dalam entri lepas pernah kongsi untuk susun atur kabinet tinggi bahagian atas di entri ni..
bahagian atas ni pun dah berubah..
sekali harung saya kemas dengan bahagian bawah ni..
sebelum ni dah ada ambil gambar lama, tapi lama2 lupa nak update..
untuk kali ni ada perubahan, maka langsung terus update ke blog..
dah buat jadual blog katakan, semangat la sikit nak meng'update' ^^,

Untuk rak bahagian bawah ni, saya kekalkan para yang disediakan oleh kontraktor..
tak ada la buat projek gila seperti bahagian atas tu..wakakaka
walau bagaimana pun, terpaksa juga guna kekreatifan dan kebijaksanaan otak sendiri untuk memudahkan sistem simpanan dan akses...

Memandangkan rak simpanan tak banyak, saya maksimakan penggunaan ruang dengan setiap rak, akan ada kotak2 set gelas hadiah kahwin..
buat masa ni, saya guna satu set sahaja yang ada jar air..
yang set2 lain, masih tersimpan dalam kotak..
senang nak simpan kalau masih dalam kotak...


[gambar lama]
rak pertama ada dua set gelas..


Rak kedua ada satu set gelas...


Rak ketiga, ada satu set gelas juga, semua belum guna lagi...


Untuk rak pertama tadi, saya sandarkan dengan satu2nya dulang yang saya ada..
Kemudian saya DIY kotak simpanan untuk barang2 kecil...

Contohnya macam ni...


Ada dua set kotak saya buat macam ni..
satu lagi, 2 partition sahaja..
gambar masa DIY ni, tak tahu lah ke mana...
ni pun kebetulan gambar lama..
yang terbaru, tak ingat pula nak ambil...

Asbab buat, sebab nak senang ambil barang.
tak ada rak/bakul/bekas yang ngam dengan saiz kabinet, tak jumpa cari..
lagi senang buat sendiri, sebab boleh adjust saiz dan keperluan.
guna kotak2 barang elektrik seperti kotak blender, kotak toaster, kotak nicer dicer tu pun saya guna juga..
habis sudah dikorbankan untuk projek DIY ni..
yang penting sekali, JIMAT dan PUAS HATI, hehehe....


Untuk tingkat pertama ni, saya letak set acuan-acuan yang saya ada..
dan yang hijau tu, set nicer dicer...


Caranya tiap kali nak ambil barang-barang, kena la tarik-sorong kotak2 DIY ni...


Acuan-acuan ni dah elok dah dalam bekas biskut raya ni..
tapi sebelum ni, merata-rata menetap..
kemudian bila dah mula mengemas ni, saya cuba untuk pusatkan satu tempat untuk barang2 keperluan bakeri atau memasak..


Nicer dicer tu pun jarang-jarang nak guna..
kalau nak buat inti karipap, baru saya keluarkan nak dadukan kentang dengan cepat.
Yang selalu guna, pemarut cheese ini sahaja...


Untuk para kedua, baru kotak yang atas tadi, saya guna untuk letak besen dan penapis untuk aktiviti memasak..
Caranya pun sama juga kena tarik-sorong..


Sebelum ni, bahagian yang ada penutup periuk tu di bahagian depan..
tapi disebabkan kotaknya dah mula lembik/lunyai sebab dah lama pakai..
saya tukarkan pula bahagian tu ke belakang..
selalu dok tarik-sorong, sebab nak amek besen pink tu la, saya letak sekali set dengan penapis..
sebab saya fikir, kalau guna besen, mesti nak guna penapis, kalau guna penapis, mesti guna besen juga kan?
jadi nak senang, buat set berpasangan sesiap, senang nak ambil..

Yang set hijau tu, kalau ayak tepung nak baking, baru guna yang tu..
penutup periuk tu pula, memang jarang guna, sebab periuknya dah kena buang..
penutupnya sahaja yang saya simpan, boleh guna buat tutup kuali goreng ikan tu...
jadi tak ada masalah kalau ditukarkan ke belakang...


Untuk bahagian bawah sekali, tak berapa nak berfungsi sangat untuk sistem simpanan...
rak putih tu, beli dari DAISO, 3 keping dah RM15, tapi tak berguna..
asalnya beli untuk letak kertas2 A4 di bahagian printer..
tapi disebabkan dia rapat sangat [tak ada kaki antara dua para] nak letak 1rim kertas pun tak muat.
apatah lagi nak masukkan tangan nak ambil kertas..
jadi bila rasa macam tak praktikal, saya pun ubah la ke dapur pula..
fungsinya macam tu je la..
tarik-sorong, benda-benda simple je saya letak...

Kalau ada sape2 tau, cara yang lebih efisen nak guna rak ni, tolong habaq mai naa...
dah tak tahu nak buat apa..
saya kemas2 ni, sebab nak kosongkan ruang sebaik mungkin sebab, aksesori baru nak masuk...
nak beli aksesori baru pun nak kena fikir banyak kali, nak letak mana, nak letak mana..
tak beli, tapi nak guna sangat pula...
itu la yang asyik dilema tu...


Memandangkan acuan donat, pengayak tepung dah transfer ke tempat lain...
jadi pintu kabinet bakery station ni dah kurang sikit sesaknya...
dapat la pemutar mixer tu bergantungan dengan selesa.
sebelum ni agak sesak dengan pengayak tu semua...
aluminium foil pun dah habis, lupa lagi nak beli....

Macam mana, OK tak susun atur saya???
huhu...




#Kempen1Gram1Bulan1Keluarga
#NabilaHasyimKayaEmas
#SemuaTentangEmas
#0193330382

4 comments:

  1. saya punya gelas hadiah kahwin semua dah bagi kat mak dengan kakak..
    masa tu xde tempat nak letak...
    sekarang dah ada tempat melopong xde barang nak letak..kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, syokk noh kabinet dia lawa la..
      xpe lama2 nanti penuh la tu..

      Delete
  2. saya suka cara nabila gantung kat pintu kabinet tu. sy cari tempat gantung tu tak jumpa lah. beli kat mana? kabinet bawah saya semua buat sistem rak besi yang boleh sorong tarik. beli kat ikea aje. senang nak ambik barang. mungkin nabila boleh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. nabilah beli penggantung tu di MRDIY, klu sana ada DIY, bo la cari..

      oh ye, IKEA ada camtu ek? sbb dulu msa pasang KC, mmg ada minta dr kontraktor, tp diorg ckp, diorg xda rak saiz 1kaki. nanti nak usha web IKEA..tp kategori apa tu ek, nak cari?

      Delete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers