Assalamualaikum...
Lasagna makaroni...
dah lama tak buat lasagna..
stok lasagna bila punya entah..
sebab teringin buat juga la..
ada 4 keping je lagi..
kalau kiraan asal, 2 keping lah..
sebab bekas simpanan tu pendek, saya patahkan 2..
Saya suka guna makaroni bersama lasagna..
sebab tak nak makan lauk /daging semata-mata..
so boleh penuhkan ruang antara lasagna dengan makaroni..
Bahan-bahan
1@ 1/2 bungkus makaroni
1 labu bawang besar, hiris atau dadu.
3 biji sosej, hiris bulat-bulat.
1 keping daging burger, dipotong dadu
1 SB lada hitam ditumbuk halus / serbuk lada hitam.
1 biji tomato, dipotong dadu / puri tomato
3 SB sos cili
1 inci capsicum, dipotong dadu
1 SB yellow mustard (tambahan, tak ada pun takpe)
secubit oregano/basil/mixed herbs
1 SB parmesan
Cara Masak
Masak air di dalam periuk sehingga mendidih. masukkan makaroni. sesekali kacau, supaya ia tak melekat di permukaan periuk. Masak sehingga kembang dan lembut.
Tuang makaroni ke dalam besen penapis yang dibawahnya diletakkan lasagna di dalam besen. * ni cara nak jimat air panas. saya suka lasagna dicelur dulu, sebab nak dia lembut. ada orang kata tak perlu, sebab nama pun instant, tapi dah pernah tak celur, jadi keras, so susah sikit nak makan. Biarkan ketepi.
Dalam kuali, panaskan 2SB butter/marjerin/minyak. Tumis bawang besar sehingga layu.
Masukkan daging, sosej kacau sehingga masak..
Masukkan serbuk lada hitam, sos cili, tomato/puri tomato dan capsicum. kacau sehingga sebati.
Masukkan makaroni dan garam. Taburkan sedikit oregano. Kacau sehingga sebati semua rasa.
Yang kuning tu yellow mustard.
Alang-alang dah ada, saja la tambah2..
sebab tak ada parmesan.
Saya kebetulan masa ni, masak ikut dan je..
lada hitam guna lebihan sos lada hitam untuk lamb chop.
pastu sos cili pula, ada botol sos nak habis, so masukkan air ke dalam botol, goncang2 sampai bersih, tuang...
hahahhaa, belasah je..
Makaroni goreng ni boleh je makan terus..
kalau nak makan terus boleh letak terus parmesan gaul-gaul sekali dengan makaroni. atau nak tabur atas makaroni semasa hidang dalam pinggang pun boleh, terpulang.
kalau nak buat lasagna, boleh buat masa lapis-lapis nanti.
Lasagna masa dicelur, jangan ditindan2, nanti melekat plak diorang..
saya punya memang dah terpatah dua..
guna loyang ni, memang ngam-ngam saiz lasagna...
terlupa nak amek gambar lasagna, comot je, sebab dah terpatah-patah, huhu...
Loyang ni, saya gris dengan planta.
Lapis pertama dengan lasagna..
pastu ratakan makaroni...
Selalunya sos putih buat dari butter, tepung, keju dan susu kan..
tapi kali ni saya guna sup cendawan yang makan dengan garlic bread tu..
sekali buat hari tu, dapat banyak..
so saya nyahbekukan 1/4 dari bekas tu untuk lasagna kali ini...
atas sos putih ni, boleh tabur mozarella/parmesan...
Pastu lapis lagi dengan lasagna. Pastu makaroni. Pastu sos putih.
Akhir sekali, semestinya mozarella...
Dulu2, saya tak pernah beli mozarella..
selalu ada stok chesdale yang keping tu je, buat makan dengan burger..
tapi beza la hasilnya kalau guna yang parut ni, dia boleh cair habis, tak ada bentuk parutan tu dah...
dan nampak lebih berseri dan menyelerakan...hihihi
Ada jumpa kat blog mana entah, katanya kena balut dulu atas dengan aluminium foil..
mungkin tak nak kering sangat kot mozarella tu...
Kepingan terakhir aluminium foil ni.. habis sudaa..
yang semalam buat quesadillas tu, tak ada la balut, sebab AFoil ni dah habis..
yang ni masak hari Ahad lepas, kalau tak silap..
hujung minggu, bosan nak makan nasi, penat masak..tukar selera la pulak, [alasann!]
Bakar 180C selama 30minit.
Api atas bawah. Panaskan dulu 10minit sebelum..
10 minit terakhir baru buka aluminium foil tu, dan sambung bakar balik sampai habis 30minit tu..
Lasagna ni, kena biar sejuk dulu, bagi kering sikit kuah/keadaanya..
baru senang nak keluarkan dari loyang..
tapi masa makan tu, masih ada rasa panas2 la.. kalau dah sejuk betul, tak sedap pula nak makan..
Kalau saya biar je dia dok dalam oven tu..
sebab oven tu masih panas lagi..
so kepanasannya maintain sampai petang [oven ni memang lama amek masa nak sejuk]
Kali pertama kali ni, terfikir nak keluarkan lasagna ni dari loyang dengan terbalikkan loyang macam nak keluarkan kek..
sebab kali ni saya yakin lasagna saya tak berair sangat, so boleh la main terbalik2 ni..
sebelum ni, berterabur je guna pisau, spatula, atau senduk plastik...
nak keluarkan lasagna dari loyang, ayyyaaa...
Memang sedap dimakan panas-panas...
baru lembut sikit nak makan kalau celur dulu lasagna tu..
sebab dah pernah buat dua2 cara, saya suka kalau lembut..
tak ada la enSuami nak komplen 'tak masak' sebab lasagna tu liat, keras..waaaaaaaaaa....
Sabo je lah..............
WhatsApp : 019-3330382
Tempahan Design:
Banner | Buku Iklan | Label | Logo | Header/Edit Blog | Kad Nama | Poster
wah sedapnya, dah lama tak makan lasagna
ReplyDeletedulu rajin juga buat, nampaknya kena buatlah ni dah terliur
ReplyDeletenyum nyum sdp tgk..
ReplyDeleteSalam sis ni lari Dr topik...sarung bantal yg sis jahit u bantal kat sofa tu sis guna kain pe ek ? Wslm
ReplyDeleteYg mana satu tu?
Deleteada 3 jenis;
1 kain jeans, memang dr seluar jeans.
2 kain bercorak2, kain lebihan dari baju kurung..
3 kain yang jalur, merah-hitam tu, kain english cotton, bidang 60, kategori kain langsir/kraf/sarung kusyen@sofa.. beli di nilai3, semeter *rm6 (selepas diskaun, asal rm10)
harap menjawab soalan ;)
Time kasih sis..yg no 3..aritu sy nk beli kat Nagoya tp x jd sb pekerja sana syorkn kain langsir yg semeter dlm rm20..yg murah cpt berbulu..cmne nk ngk kain langsir yg murah n sesuai?
ReplyDeletehuhu, saya pun tak pandai sangat nak pilih kain langsir..
ReplyDeletebaru sekali pengalaman membeli langsir..
tapi melalui pembacaan, org ckp cari kain yang 150++ thread utk langsir, spya lebih cantik dan jatuh elok semasa pasang.
selalunya kalau dah memang kain untuk buat langsir, mmg dah sesuai, cuma kena pilih ikut bajet/corak/warna yang dikehendaki..
wallahualam..
Thz sis..
ReplyDelete