Search This Blog

Thursday 13 March 2014

Yang ketiga masih berjauhan...


13 Mac 2014
tarikh ulang tahun yang ketiga
usia perkahwinan Nabilah dan Hasyim.


tapi situasi masih tak berubah.
tahun pertama
enSuami masih di Sarawak.
tahun kedua
enSuami dah dapat pindah ke Kuala Selangor
tahun ketiga
saya pula berada di kampung atas sebab yang tak dapat dielakkan.

Ya Allah
banyak dugaan di awal perkahwinan
kalau la
tanpa KESABARAN
kalau la
tanpa KASIH SAYANG
kalau la
tanpa KEPERCAYAAN

tentu punah ranah rumah tangga yang dibina...
tetapi kerana LAFAZ SAKINAH menuntut janji menunaikan tanggungjawab, sebagai tanda keimanan kepada sang Pencipta
kami bertahan
kami bersabar
kami merangkak
meneruskan asam garam kehidupan

Terima kasih enSuamiku, Hasyim Rahimi Muhamad Shahri
kerana sudi
menikahi diriku yang serba kekurangan
kerana sudi
memberi kasih sayang
kerana sudi
membenihi si comel lambang kasih sayang yang disemai...

Semoga rumah tangga ini kekal hingga ke akhir hayat kita berdua
dan bertemu semula di syurga Allah, insyaAllah.

Selamat ulang tahun perkahwinan NabilaHasyim yang ketiga.
Ayang minta ampun salah silap keterlanjuran yang negatif sebelum ini.
Lepas ni nak berubah untuk bersabar, memahami, dan menerima segala kekurangan yang kita hadapi dalam rumah tangga ini.
kerana hanya Sayang harta yang Ayang ada di dunia ini sehingga akhir hayat.


*entry peribadi untuk enSuami, [mode jiwang, kekeke]

2 comments:

  1. Alhamdulillah..Semoga Allah peliharakan rumah tangga kalian.. Semoga kesabaran dan ketabahan sentiasa di hati kalian dalam mengharungi rumah tangga.
    Amin

    ReplyDelete
  2. sabar ye kak..kenapa berjauhan lagi?bukan ke dah duduk sama..apepun..ada hikmah kak nabila..Allah tahu yg terbaik untuk ummatnye

    ReplyDelete

Terima kasih untuk komen bernas anda :)

Daisypath Anniversary tickers